ELIYA 41

166 1 0
                                    


Malam itu, aku tidur di rumah ibu bapa Andria. Sekali lagi kami duduk menghayati malam yang penuh bintang di pagoda haman rumah. Jacob akan ke Rusia pula kali ini selama beberapa bulan.

"Bila la sunburn aku ni nak hilang." Guman Andria meramas jari jemarinya. Aku hanya tersengih melihat kerenahnya. Mana tak gelap, seminggu berjemur di pantai. Sejak tidak berkerja, Andria kerap berjalan-jalan ke pantai dan menghabiskan masa berjemur di sana.

"Mana nak hilang kalau kau hari-hari berjemur kat pantai tu." Aku memandang lengannya yang mempunyai kesan sunburn.

"Tak apply sunburn protection ke?" Jacob memegang jari jemari Andria dan menilik wajahnya.

"Dah, tapi masih terbakar juga." Keluh Andria.

"Sini aku sapu losyen." Tangan ku sudah mencapai losyen dan mengoles ke lengan Andria sebelum menyapu dengan rata di seluruh kulit lengannya.

Sebaik aku selesai menyapukan losyen kedua belah lengan Andria, Jacob pula menghulur tangannya ke arah ku.

"Apa?" Aku yang tidak memahami tindakan Jacob mencapai tangannya lalu ku genggam erat. Rindu sebenarnya. Sudah dua bulan aku tidak melihat wajahnya. Dia baru sahaja sampai pagi tadi dari Kazakhstan. Minggu depan dia akan ke Rusia pula.

"I nak you tolong pakaikan losyen juga." Jacob tersenyum nakal.

"Hey, di larang manja-manja depan I." Tukas Andria sambil tersenyum.

"Alah, kasi can la. I rindu my girlfriend." Kali ini Jacob beralih duduk ke sisi ku. Jika sebelum ni Andria berada di antara aku dan Jacob, kali ini aku pula berada di antara Jacob dan Andria.

"Alahai korang berdua ni. Patah kaki I kena kencing manis begini." Andria mengekeh ketawa sambil merebahkan diri berbaring.

"I missed you." Bisik Jacob di tepi telinga ku. Aku tolak sedikit badannya. Segan bermesraan di depan Andria.

"Nak I sapu losyen kat tangan mana?" Aku lihat jari jemari ku yang sudah berada di dalam genggaman jari jemari Jacob.

"Can I kiss you?" Perlahan suara Jacob, namun masih jelas di pendengaran ku.

Aku juga ingin mempunyai perasaan yang sama, namun mengenangkan ada Andria di situ, aku hanya memandang Jacob dengan pandangan rindu yang menggebu.

Seolah-olah mengerti perasaan ku selari dengan perasaannya ketika ini, Jacob membawa jari jemari ku bibirnya dan mengucupnya agak lama.

"Hey you guys, I told you. No manja-manja infront of me. Kesian la I." Andria mengusik kami.

"You ni kacau daun lah. You juga yang suruh I pikat El dulu. Ni dah jadi girlfriend I, you merungut pula I nak belai girlfriend I." Jacob tersengih.

"I'am happy when both of you dating each other. I rasa I orang yang paling gembira." Andria memandang kami berdua. Entah kenapa, aku rasakan pandangan itu adalah pandangan sayu. Mungkin dia masih mengingati En. Arshad.

"Please jangan putus. If not, my heart will broken twice." Air mata Andria mengalir tiba-tiba.

"Andria." Aku memeluk Andria. Kali ini aku tahu maksud pandangan sayu tersebut. Dia masih memikirkan En. Arshad dan dia pastinya teringat momeri indah bersama En. Arshad saat melihat Jacob megucup jari jemari ku.

"I promise to myself I wont cry over Arshad again." Andria melepaskan pelukan ku.

"I think I want to go eat some ice cream." Andria mula berdiri.

"No, dont follow me. Temankan Jacob. Kasihan dia rindukan you." Andria berkata apabila melihat aku berdiri.

"Tapi Andria..." Aku risau sebenarnya melihat keadaan Andria. Seolah-olah banyak yang ingin dia ceritakan kepada ku. Namun, aku tahu dia tidak mahu mengganggu aku dengan Jacob.

"Kita ada banyak masa untuk berborak. Malam ni, you temankan Jacob. Nanti Jacob merajuk dengan I." Andria memeluk Jacob di sebelah ku.

"You also stay here. Dont follow me." Tegasnya dengan Jacob.

Kami berdua melihat Andria berjalan menuju ke belakang. Sejak Andria dan En. Arshad berpisah, Andria yang dulunya periang berubah menjadi muram. En. Arshad pula terus-menerus menekan ku untuk mengetahui di mana Andria. Namun aku tidak mempedulikannya. Sendiri yang buat perangai, sendiri yang meroyan mencari Andria. Aku mengeluh.

"Pity her. I dont know what to do." Jacob bersuara di belakang ku.

"Dont worry, I akan pujuk dia."

Baru sahaja aku ingin berpusing menghadap Jacob, pinggangku di paut dari belakang.

"Jack!" Seru ku terkejut.

Perlahan-lahan Jacob mengeratkan pelukannya. Kepalanya di letakkan di bahu ku.Tangannya erat memeluk pinggang ku. Aku mengusap tangan Jacob menandakan aku senang dengan pelukan tersebut. Rindu ku seolah-olah terlerai dengan pelukan ini.

"I missed you so much". Bisik Jacob. Sekali lagi dia meluahkan rasa rindunya.

"I missed you too."

"I selalu fikirkan you. Everytime. Everywhere." Jacob mengusap lembut tangan ku. Kemudian mencium pipi ku.

"Marry me." Bisik Jacob di tepi telingaku.

Aku tergamam. Nada Jacob ketika mengucapkan kata-kata tersebut lebih kepada penyata. Bukannya ajakan mahupun soalan. Ini kali kedua Jacob melamarku selepas kejadian yang berlaku di rumah ku.

"El..." Kali ini Jacob meleraikan pelukkannya dan memalingkan tubuh ku menghadapnya setelah suasana sunyi menyelubingi selama beberapa minit.

"I..." Aku ingin mengatakn "ya" kepada Jacob tapi entah kenapa lidahku kelu untuk melafazkannya. Mungkin tidak menyangka Jacob akan melamar ku lagi sekali sebegini cepat.

"Why El? What make you hesitant to accept me?" Jacob memandangkan dengan pandangan redup.

"I tidak lamar you di sebabkan kita pernah tidur bersama, tapi I lamar you disebabkan I memang nak you jadi isteri I. I nak you jadi peneman I sehingga mati memisahkan kita." Pandangan Jacob menusuk ke dalam hati ku.

"I want to say yes, but to be honest, I'm not sure Jack." Desah ku. Hati ku masih berbolak balik. Aku takut kerana masih di bayangi kebahagian yang aku miliki dengan arwah Amran. Bagaimana sekiranya aku tak mampu membahagiakan Jacob? Bagaimana sekiranya aku tak mampu bahagia seperti dulu?

"You take your time to think. I will go to Russia in two days. When I come back from Russia, I hope you already have an answer." Belum sempat aku membalas kata-kata Jacob, Jacob mula mencium aku dengan lembut. 

EliyaWhere stories live. Discover now