Eliya 48

51 1 0
                                    

Semua orang termasuk aku yang menanti kepulangan Jacob berdebar-debar dan gelisah menanti Jacob muncul dari balai ketibaan lapangan terbang. Uncle Jaafar sudah lebih 30 minit hanya mundar mandir. Sementara aku menanti kepulangan Jacob dengan penuh debaran. Andria di sebelah mengenggam erat tangan ku sementara tangan kirinya menggenggam erat tangan Auntie Agnes. Sejak kedutaan memberitahu kami yang Jacob terselamat dari serangan bom dan dijadualkan pulang hari ini, kami semua tidak sabar menantikan kepulangannya. Hanya Uncle Jaafar yang kelihatan tenang. Namun aku tahu, jauh di dasar hatinya, dia mesti merasa gundah. Sememangnya lumrah alam memang begitu. Dalam apa jua keadaan, selalunya lelaki lebih tenang daripada perempuan.

Kedengaran pengumuman yang mengatakan penerbangan daripada Baghdad telah selamat mendarat di lapangan terbang. Auntie Agnes yang dari tadi duduk, bangun dan mundar mandir di hadapan pintu ketibaan. Aku dan Andria tersenyum. Dari jauh kelihatan Jacob berjalan melintasi pemeriksaan imegresen dan berjalan menuju ke pintu keluar. Sebaik sahaja Jacob melangkah keluar, Auntie Agnes pantas meluru ke Jacob sambal menangis.

Aku menahan diri daripada mengalirkan air mata. Manakan tidak, sepanjang tiga hari kami terpaksa menunggu untuk mengetahui keadaan Jacob. Auntie Agnes yang paling risau. Aku apatah lagi. Perasaan yang aku alami ketika mengetahui khabar kematian arwah Arman, aku rasakan sekali lagi apabila mengetahui Jacob antara orang yang tersenarai sebagai mangsa yang hilang ketika kejadian pengeboman tersebut terjadi.

Auntie Agnes, Uncle Jacob dan Andria bergilir-gilir memeluk Jacob. Aku Cuma tersenyum memandang Jacob. Tidak berani berganjak untuk menghampirinya. Takut seandainya aku tidak mampu menahan diri daripada memeluk dirinya.

Tiada bagasi yang di bawa Jacob. Hanya beg sandangnya yang tersangkut di bahu kirinya. Tubuhnya disaluti t-shirt berwarna merah dan dilapisi dengan jaket kulit berwarna hitam. Jeans lusuh yang dipakainya menambahkan kekacakan pada wajanya.

Aku bermalam di rumah Andria dan membantu mereka sekeluarga menyediakan barang-barang yang akan digunakan untuk kenduri kesyukuran keesokannya. Aku masih tidak dapat peluang untuk bercakap dengan Jacob. Namun aku cukup gembira melihat dia di depan mata. Auntie Agnes, Uncle Jaafar dan Andria menjemput jiran tetangga dan rakan-rakan mereka. Uncle Jaafar juga menjemput anak-anak yatim tempat dia membesar satu ketika dahulu pada hari esok.

Usai solat Isyak, aku bergegas ke dapur untuk membantu apa yang perlu. Kek-kek buatan Mak Som aku hiris dan kemudiannya meletakkan kek tersebut di dalam bekas yang telah Auntie Agnes beri sebelum ini. Auntie Agnes, Uncle Jaafar dan Andria mungkin berada di luar menyusun kerusi.

"Nanti El masukkan dalam bekas ni ya. Mak Som nak pergi solat ya." Mak Som menghulurkan bekas berwarna perak. Aku mengangguk dan mula memotong kek.

"Sedapnya". Suara Jacob kedengaran di sebelahku.

Aku tersenyum memandangnya.

Jacob menarik kerusi di sebelahku lalu duduk. Tangannya pantas mencapai hirisan kek di tengah-tengah bekas kek dan mencacatkan susunan kek yang telah aku susun.

"Mak Som yang buat." Aku memberitahunya. I missed you. Bisik hatiku. Ayat itu yang sepatutnya aku ucap dahulu, namun lidah ku kelu dari menuturkannya.

Hatiku berdegup laju. Senyumannya mengurangkan kerinduan di hatiku, namun menambahkan debaran di dadaku.

Tangan kami berlaga ketika dia mengambil lagi sehiris kek. Kali ini aku rasa dia sengaja melakukannya. Sengaja melagakan tangan kami dan sengaja mencacatkan susunan kek yang telah aku buat kerana Jacob mengambil lagi hirisan kek di tempat yang sama.

"Jack, ambil yang ni lah. Itu I dan susun." Aku memberikan dia satu pinggan hirisan kek yang bentuknya tidak sempurna. Tapi Jacob seolah-olah tidak mendengar apa yang aku cakapkan.

Jacob mengambil sekeping hirisan kek yang aku telah susun di dalam pinggan. Aku meletakkan sekeping lagi kek di ruang yang telah Jacob kosongkan. Tetapi Jacob tetap mengambil hirisan kek yang baru di letakkan aku di tempat tadi. Perkara ini berulang beberapa kali. Aku memandang Jacob dengan pandangan yang menjengkelkan. Jacob tersengih lebar.

"Janganlah ambil yang itu." Aku menepis tangan Jacob dari mengambil hirisan kek di dalam bekas.

"La... kek ni kan untuk di makan." Jacob tersengih melihat aku mengetap bibir menahan geram. Makin aku tepis tangannya, makin galak dia mengambil.

"Memanglah untuk di makan, tapi I dan susun yang ini."

"Jangan lah ambil. Kalau macam ni, sampai esok pun tak habis." Kali ini aku menolak tangan Jacob daripada mengambil hirisan kek di tempat sama. Namun ketika aku memotong kek, tangan Jacob pantas mengambil hirisan kek di tempat yang sama sekali lagi.

Eeee... mamat ni. Memang nak kena ni. Getus hati ku. Kalau macam ni, sampai bila pun tak selesai.

Geram dengan sikapnya, aku bangun dan mengalih bekas yang berada di sebelah ku. Aku meletakkan bekas kek tersebut di di hujung meja.

Jack turut bangun dan tangannya menjulur ke depan dan ingin mengambil lagi semua hirisan kek di tempat yang sama.

"Jack!!!" Kali ini aku pegang tangannya.

"What?" lembut suara Jacob menjawab.

"Dont. Please! Kalau macam ni, sampai bila-bila pun tak akan selesai." Aku merengus. Tahu dengan sikapnya yang sengaja mengenakan aku.

"I rindukan you." Tangan Jacob sudah mengenggam tanganku. Aku kehilangan kata. Tiba-tiba suasana sekeliling kami menjadi romantis.

"Jacob, I tengah geram ni!". Boleh pula dia buat muka romantis.

"Sepanjang I travel, I just thinking about you. I can't stop thinking about you." Jacob memandangku redup. Suasana tiba-tiba berubah menjadi romantis.

"Hmmm." Aku cuma mampu berdehem.

Jacob melepaskan tangan ku perlahan-lahan sebelum jari jermarinya mengenggam jari jemariku sekejap.

Namun dia tetap meneruskan aktivitnya merosakkan susunan hirisan kek ku.

"You nak buat apa sebenarnya" Soal ku dengan sebal.

"Nak makan kek lah. Lagipun kek ni memang untuk di makan kan." Selamba dia menjawab.

"Memang lah untuk di makan. Tapi tak boleh kah you ambil yang I letak kat tepi ni? Yang dalam bekas tu biar jelah kat dalam tu. Lepas tu ambil pun tak hati-hati. Ambil yang kat tengah pula tu. Habis kat kiri kanan tu roboh. Penat-penat I susun, dah roboh. Apa lah salahnya you..."

Kata-kataku mati apabila bibirnya melekap di bibirku. Tergamam dengan tindakan Jacob, aku hanya mematungkan diri apabila Jacob menarik aku masuk ke dalam pelukannya sebelum mengucup bibirku lama. Dan tanpa aku sedari, aku juga membalas pelukannya. Sesungguhnya aku rindukan kucupan Jacob, pelukan Jacob dan belaian Jacob. Sungguh, aku rindukan semuanya tentang Jacob.

"El, aku penat..." suara Andria mengejutkan kami daripada hanyut di buai asmara.

Jacob meleraikan pelukannya. Aku cuma menunduk. Malu terhadap Jacob dan malu terhadap Andria kerana kantoi bercumbu dengan Jacob.

"Opsss, sorry. Wrong time." Andria berlalu meninggalkan kami.

Beberapa saat berlalu, dapat aku rasakan tangan Jacob melingkar pinggang ku sebelum satu kucupan hangat singgah di tepi kepala ku.

"I masuk dulu sweetheart." Jacob mengucup bibirku sekejap sebelum berlalu pergi.

Aku memegang pipiku yang masih lagi terasa panas sebelum jari jemariku menyentuh bibirku yang masih berdenyut-denyut akibat kucupan Jacob.

"Huuuuu...diam-diam ye." Entah sejak bila Andria sudah berada di sebelahku. Aku Cuma tersenyum memandang Andria. Debaran di dada masih terasa kencang. Lidah ku masih kelu dan tidak tahu hendak berkata apa.

"Oit, dah hilang suara?" Andria masih menyakatku.

"Ooo...Jacob dah ambil suara kau eh? Bahaya juga ciuman Jacob ni." Andria mengekek ketawa.

Aku memandang Andria. Perasaan cinta terhadap Jacob semakin kuat dan mekar di dalam hatiku.

EliyaWhere stories live. Discover now