Aku duduk memandang tasik yang keruh dihadapanku. Suasana di kawasan Taman Tasik Shah Alam pada jam 7 pagi itu masih sunyi. Hanya ada seorang dua yang berjogging mengelilingi tasik yang besar itu. Teringat kebiasaannya aku dan arwah Amran selalu berjogging di tasik ini setiap pagi Sabtu dan Ahad. Ketika kami menjadi kekasih sehingga lah menjadi suami isteri, itulah rutin kami setiap pagi Sabtu dan Ahad.
Namun semua itu kini tinggal kenangan. Masa tidak mungkin akan berputar semula. Ah... betapa rindunya aku dengan arwah Amran ketika ini. Air mata yang menitis perlahan pantas aku lap menggunakan belakang tapak tangan agar tiada siapa yang melihat. Aku memejamkan mata perlahan-lahan. Menghirup udara pagi yang segar sedalam-dalamnya. Aku cuba menangkan hati yang berkocak.
Jacob!
Hatiku menyeru lagi nama itu. Dadaku terasa sebu. Rasa rindu terhadapnya datang menggila lagi. Selepas kejadian itu, aku memutuskan untuk tidak menghubngi Jacob lagi. Segala pesannnya tidak aku hiraukan. Selepas sebulan aku tidak menjawab segala panggilan dan pesannanya, dia tidak pernah menghubungiku lagi. Menurut Andria, Jacob masih asyik mengembara ke serata dunia dengan pihak National Geografi. Percubaan Andria dan Aunty Agnes untuk mempertemukan kami semula sebelum Jacob berangkat ke luar negara gagal. Aku merayu dengan Andria untuk membiarkan saja kami membawa haluan masing-masing. Aku masih terkilan dengan tuduhan Jacob dan juga sikapnya. Sekiranya masih ada jodoh antara kami, biar masa dan takdir yang menentukan.
Terasa seperti ada orang duduk disebelahku. Mungkin orang berjogging duduk melepaskan lelah seketika. Begitulah kebiasaannya. Aku terus memejam mata tanpa menghiraukan orang tersebut. Haruman badan Jacob yang selalu aku rindukan makin menerjah kerongga hidung. Dah teruk angau aku ni!
"I wish I have my camera right now." Suara garau itu lembut menusuk ke telingaku.
Jacob? Aku membuka mata dan menoleh kekiri. Jacob! Sah memang dia!
"Jack!" Aku terkejut. Baru sahaja hati aku menyeru namanya. Agak lama kami tidak bertemu sejak aku memutuskan hubungan kami. Hampir lima bulan berlalu sejak kali terakhir kami bertemu.
"Are you okay?" Jacob menyentuh tanganku.
"Yes. Im okay." Aku menarik tanganku perlahan.
"I missed you." Kata-kata Jacob menghentikan perbuatanku.
"You dah lama tak contact I. Dah lama tak datang rumah parents I." Dia mengemaskan genggamannya.
"I'm busy." Dalih ku. Masih cuba menarik tangan ku dari genggamannya.
"Jangan tarik. I want to hold your hand. Stay still please." Rayu Jacob dan mengemaskan lagi genggamanya.
"You still marah kat I kan?" Kali ini tangan kiri Jacob mengusap pipi kananku. Aku hanya diam. Dia masih ingat yang aku sangat menyukai elusan tangannya di pipiku. Perasaan rajuk dan marah tiba-tiba menyala dalam hati ku.
"You nak I terus terang ke?" Anggukan Jacob menjawab soalan.
"You yang tak angkat call I dan you yang tak reply mesej I. You ghosting I. You left me hanging." Aku berjeda sebelum meneruskan.
"You yang halau I. You yang tak nak jumpa I. You bring Anita to meet your parents while we still in relationship. You pegang tangan Anita depan I, you peluk Anita depan I. Do you think its not hurt? Do you think I don't deserve to be angry???" Luahku. Biar dia tahu aku merajuk dengan dia.
"Im sorry" Jacob meminta maaf lagi.
"No you don't!" Tukas ku.
"Even after that, because of my feeling to you, I still try to contact you several time and come to your house. But you accused me and keep ignoring me. I don't deserve this, Jacob." Getus ku.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...