"Selamat pagi El" Sapa Andria.
"Selamat pagi Dria". Aku mengekori langkah Andria yang menuju ke lif.
"El dah sihat ke? Aku tengok El pucat lagi ni." Andria menyentuh dahiku. mungkin ingin merasa suhu badanku.
"Ye...aku dah sihat." Aku tersenyum melihat gelagatnya.
"Betul tak nak ambil cuti? Aku boleh tolong buat kerja kau." Ucap Andria bersungguh-sungguh.
Aku cuba tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Andria masih lagi boleh dikategorikan sebagai pekerja baru walaupun dia telah berkerja di sini selama hampir dua tahun memandangkan tempat kerja kami ini memiliki ramai pekerja yang telah lama di sini. Dan sepanjang tempoh itu jugaklah kami telah menjadi rakan karib. Jawatan Andria sama jawatan dengan aku. Cuma dia lebih kepada dokumentasi manakala aku lebih kepada kewangan.
"Harini aku ingat nak balik awal lah. Abang aku balik dari Zurich harini." Andria memberitahuku sebaik sahaja kami keluar dari lif. Sepanjang hampir dua tahun kami menjadi rakan karib, aku tidak pernah menemui abang Andria. Cuma gambar-gambarnya yang menjadi tatapanku. Menurut Andria, abangnya sebelum ini seorang doctor sebelum dia menjadi seorang jurugambar bebas dan kini merupakan seorang jurugambar yang terikat dengan majalah National Geografi.
"Aku dah bagitahu bos semalam tapi tak tahu lah bos kita tu ingat ke tak. Kau tau lah kan bos kita tu. Pelupa semacam je. Ntah macam mana dia boleh jadi bos." Aku cuma tersenyum mendengar bebelan Andria. Andria memang kuat membebel namun dia memang ringan tulang dalam membantu orang lain.
"Nak aku cakapkan kat bos lagi ke?"
"Boleh jugak." Aku tersenyum memandang dia tersengih macam kerang busuk.
"Takut sangat jumpa bos tu."
"Bukan takut El, tapi malas nak dengar bebelan dia tu. Dah tu kalau tengok orang, macam nak makan orang je." Hujah Andria sambil matanya dijegilkan meniru mata En. Arshad.
Ketawaku dan dan ketawa Andria berpadu sebaik sahaja dia menghabiskan ayat terakhirnya.
"Eh, mana boleh merungut pasal bos. Kang kena pecat" Aku cuba mengusik Andria.
"Dah tu, nak jadi kaki kipas mcm seseorang tu." Andria sekali lagi menjegilkan matanya. aku tahu siapa yang dimaksudkannya. memang satu pejabat tahu siapa kaki bodek plus kaki kipas bos-bos di pejabat ni. Namun aku malas ambil kisah selagi ianya tidak mengganggu kerja aku.
"Dah...dah..jangan merungut lagi. Kang orang tu dengar, mau kita kena ngan bos nanti."
Aku sekali lagi tersenyum melihat Andria menjegilkan mata.
Kembali berkerja setelah seminggu bercuti membuatkan aku sibuk sangat. Banyak laporan kewangan yang datang dan semuanya mesti diperiksa dalam tempoh sebulan. Adoi...boleh jatuh sakit aku semula dibuatnya.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...