Bunyi deringan telefon menganggu kosentrasiku. Kalkulator aku tolak tepi. Telefon bimbit di dalam kotak kecil aku capai.
Jacob. Hatiku berbunga riang melihat nama tersebut.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Suara Jacob di hujung talian.
"How are you?" Aku tolak fail ke tepi.
"Fine. How about you?" Luruh segala stress yang aku alami sebentar tadi.
"Baik."
"Dah balik Malaysia?" Soalku.
"Yes."
"When?"
"Just arrived." Aku tergelak kecil. Nak mengakalkan aku lah tu.
"Yelaaahhh"
"Betul lah. I am just arrived. Now waiting for my luggage." Bersungguh-sungguh dia menyakinkan aku.
"Jack, are you serious?" Aku menyusun pen di atas meja.
"I am serious darling!" Tegasnya.
"Oh..." Hanya itu yang terkeluar dari mulutku. Gembira kerana aku orang pertama yang dia hubungi sebaik sahaja sampai ke Malaysia.
"I missed you so much." Dia rindukan aku.
"I missed you too." Ujarku perlahan.
"I nak jumpa you malam ni, boleh?" Ajaknya.
"Malam ni?" Andria menuju ke mejaku.
"Tak boleh ke?" Lemah suaranya.
"Boleh. Tapi you kan baru balik. Tak nak rehat dulu?"
"Tak nak. I nak jumpa you."
Nak jumpa aku juga? Betul-betul rindukan aku ke sampai tak menyempat-nyempat nak rehat?Jacob... Jacob... janganlah buat macam ni. Kata nak jadi kawan je.
"Okay. When? Where?"
"You habis kerja jam berapa?"
"5.30 petang." Aku kerling jam di tangan.
Andria sudah ada di hadapan ku. Tangannya di hulurkan. Aku buat isyarat 'apa'?. Tangannya menunjuk telefon bimbit ku.
"Errr... Jack, Andria is here." Aku memberitahu Jacob.
"Kacau lah dia tu." Rengus Jacob. Aku tersengih memandang Andria.
"Dia nak cakap dengan you."
"Okay." Jacob menjawab sepatah.
Aku serahkan telepon kepada Andria.
"Oh, you dah sampai Malaysia, tapi you call Eliya dulu instead of me?" Marah Andria.
"Kawan?" Andria tergelak. Apalah agaknya Jacob katakana.
"Banyaklah punya kawan." Andria menggoncangkan jari telunjukknya di hadapan ku. Aku buat muka selamba ja.
"I bawak dia balik rumah." Diam.
"Okay, don't worry. I bawak dia." Diam lagi.
"Okay. See you then." Dan diam lagi.
"Okay, bye. Assalamualaikum." Andria memberikan telefonnya kepada ku.
"Cakap!" Andria mendekatkan mukanya.
"Cakap apa?" Aku menyoal semula.
"Apa hubungan kau dengan Jacob?"
"Kawan." Aku sendiri tidak pasti.
"Kawan je?" Suara Andria mengejek.
"Kawan jelah." Aku tujal dahinya.
"Kalau kawan, kenapa dia call kau sebaik sahaja sampai sini?" Andria bertenggek di tepi meja ku.
"Laaa... manalah aku tahu."
"Kawan konon."
"Kawan jelah." Ulangku dengan nada yang kurang yakin.
"Boleh percaya ke?"
"Kitaorang dah decide nak jadi kawan je." Aku berterus terang.
"Kawan ya? Tengok lah nanti. Kawan konon." Usik Andria. Aku biarkan sahaja usikkannya.
"Malam ni tidur rumah."
"Tak nak lah." Aku menggeleng.
"Alah, Jacob nak jumpa kau tu. Boleh lah." Pujuk Andria.
"Jumpa boleh. Tapi tidur sana, tak nak lah aku." Nanti Auntie Agnes ingat aku sedang menjalin hubungan dengan Jacob sebab asalkan Jacob ada je, mesti aku tidur sana juga. Tambah berharap lagi nanti orang tua tu.
"Kenapa?" Andria tidak berpuas hati.
"Nanti mummy dgn daddy kamu cakap apa?"
"Tak cakap ala-apa lah. Macam kau tak biasa tidur sana." Tukas Andria.
"Atau kau takut mummy ingat kau dengan Jacob ada apa-apa?" Begitu mudah Andria memahami ku,
"Jangan risau lah. Tak ada apa-apa punya. Lagipun mummy faham lah. Aku dan Jacob dan explain dengan dia." Andria menjelaskan.
Hmmmmmmm.....
"El, takkan lah sebab hal tu kau takut nak datang rumah." Andria menguis rambutku ke belakang.
"Tak nak lah macam ni." Tambahnya lagi.
"Nanti parents kau ingat aku ada apa-apa dengan Jacob." Aku meluahkan kegusaran ku.
"Parents aku faham lah. Malah mummy yang galakkan Jacob berkawan dengan kau. Mummy rasa bersalah buat kau dan Jacob bermasam muka." Jelas Andria.
"Betul ke ni?" Aku buntu.
"Betul lah. Au yakin sekarang Jacob mesti dah call mummy and bagitahu mummy yang kau akan tidur sana malam ni. Jadi, kalau kau tak datang, mummy lagi rasa bersalah."
"Aku tak tahu." Hatiku berbolak balik.
"Datang jelah!" Putus Andria.
Malam itu, aku bermalam di rumah ibu bapa Andria. Seperti biasa, pelukkan Auntie Agnes menyapa ku. Pelukan yang selalu mengurangkan rasa rindu ku terhadap pelukan ibu. Pelukan yang penuh dengan rasa kasih saying yang mendalam. Pelukan yang selalu membuatkan aku rasa selamat.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...