ELIYA 19

140 2 0
                                    

***AMARAN. BAB INI MENGANDUNGI UNSUR 18SX***


"Oi! Bangunlah." Kedengaran suara Andria apabila aku membuka mata. Terasa goncangan di tubuhku makin perlahan.

"Penat sangatlah tu sampai tertidur." Andria tersengih memandang. Mata aku pejam celik beberapa kali. Jam tangan aku pandang.

"Alamak! Dah jam 9:45 malam." Aku bingkas bangun.

"Haaa... nak ke mana pulak tu?" Andria menyikat rambutnya menghadap cermin.

"Nak mandi. Tak solat lagi. Lepas tu nak balik." Aku bergegas ke tandas namun terhenti di pintu tandas.

"Tuala." Aku menghulurkan tangan.

"Ambil lah sendiri." Andria mendengus.

"Alah... please lah... Aku dah sampai toilet ni."

"Mengada-ngada!" Dalam membebel, Andria bergerak jugak ke almari mengambil tuala. Aku tersengih memandang jelingannya.

"Thanks! Sayang awak!" Aku cepat-cepat menutup pintu tandas.

Usai solat, aku menghadap Andria.

"Dria, aku nak balik ni." Aku mencapai handbag.

"Tidur lah sini." Andria mengambil handbagku dan meletakkannya semula.

"Tak nak lah." Aku capai semula handbag ku.

"Dah lewat malam El. Dah lebih pukul sepuluh pun. Nanti mesti tengah malam bila kau sampai rumah kalau kau balik sekarang."

Betul juga cakap Andria. Lagipun Brunsfield tu kalau dah tengah malam, tempat parking kereta sunyi sepi je. Guard pun jarang ada yang meronda.

"Dah lah. Tak payah fikir. Esok kita boleh kerja sama-sama. Macam kau tak biasa pulak. Andria mengambil semula handbag ku dan meletakkannya semula di atas meja.

"Jom dinner. Aku tak makan lagi ni. Lapar!"

"Okey lah." Aku membuntuti langkah Andria.


***********************************


"El, dah bangun?" Auntie Agnes menyapaku.

"Dah Auntie." Aku tersipu malu.

"Pergilah makan. Jacob pun baru nak makan tu. Dia pun baru bangun tidur." Auntie Agnes menuju ke ruang tamu.

"Dria, pergi bawak El makan. Mummy nak tengok tv dengan daddy." Andria mengangguk sambil menarik tanganku menuju ke dapur.

"Andria." Jacob mengusap lembut lengan Andria namun matanya memandang ke arahku. Mungkin ingin melihat apa ekspresi wajahku ketika itu. Namun, perasaan cemburu yang aku rasakan ketika Anita memeluk Jacob petang tadi tidak aku rasakan ketika ini kerana aku mengetahui hubungan Andria dan Jacon hanyalah adik beradik.

"Baru nak makan." Suara Andria kedengaran.

"Baru bangun?" Aku cuba menyapanya supaya tidak kelihatan terlalu kekok.

"Yes. I baru bangun. Tired. Makanlah. Mummy masak ayam lemon. Your favorite." Jacob menarik kerusi di sebelahnya. Aku biarkan Andria yang duduk di situ manakala aku duduk di sebelah Andria.

Selepas makan, kami duduk di gazebo sambil menenangkan fikiran. Gazebo di rumah ibu bapa Andria berbumbungkan kaca. Tidak seperti kebiasaan gazebo yang berbumbungkan kayu atau simen atau zink. Aku pandang langit dan bintang-bintang di angkasa. Dari dulu aku sangat suka memandang bintang di langit. Perasaan tenang yang aku rasai membuatkan aku tidak berhenti memandang ke bintang.

EliyaWhere stories live. Discover now