ELIYA 16

167 4 0
                                    


Selepas seminggu kepulangan keluargaku ke Sabah, barulah aku dapat menbiasakan diri semula untuk hidup sendiri. Sebulan lagi, syarikat akan membuat audit dalaman. Bertungkus lumus jugalah aku menyiapkan kerja. Bukan saja aku, malah Andria dan seluruh kakitangan pejabat juga bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja yang tertunggak. Selalunya audit dalaman diadakan dua tahun sekali. Sama seperti tahun ini.

Dalam kekusyukan aku menyiapkan kerja, telefon bimbitku berbunyi. Hanya nombor telefon yang terpampang di skrin telefon. Siapalah agaknya.

"Hello. Eliya disini." Aku menjawab panggilan telefon.

"Hello. Assalamualaikum El." Nada suara lembut dihujung talian. Hatiku tertanya-tanya siapakah yang menghubungi aku.

"El, Natrah ni. Kakak Amran. Ingat lagi tak?" Natrah? Kakak kedua Amran ke?

"Natrah... Ingat. Kakak arwah abang Amran kan? Ada apa?" Mestilah aku ingat. Setiap wajah, nama dan suara keluarga arwah Amran masih terpahat kukuh dalam ingatanku.

"Ada masa tak? Boleh kita jumpa?"

"Urgent... Please..." Belum sempat aku menjawab, dia bersuara lagi.

"Boleh. Bila?" Perasaan cemas yang mula menurun tadi tiba-tiba menaik semula apabila Natrah tiba-tiba ingin berjumpa dengan aku.

Selama aku berkenalan dengan arwah Amran, hanya gambarnya yang menjadi tatapan. Tidak pernah sekali pun aku berjumpa atau bercakap dengannya. Selama lima tahun ini jugaklah kaum keluarga arwah Amran menyepi tanpa khabar berita, kini tiba-tiba muncul kembali. Entah bagaimanalah agaknya keadaan mereka sekarang.

"Boleh. Kat mana dan bila?" Aku menyatakan persetujuan.

"Nanti Nat text El ye." Nat...Dia membahaskan dirinya Nat. Apa yang sedang berlaku ni?

"Ok." Beberapa saat selepas talian dimatikan, satu whatsap dari nombor yang tidak dikenali masuk ke dalam telefon ku.

- Hi El. Nat here. Tomorrow we met at Lobby @ Hotel Concorde Shah Alam. Tomorrow at 6pm. Really hope El akn dtg. Betul2 urgent.Thanks -

Perbualan itu membuatkan aku teringat akan ahli keluarga arwah Amran. Syakilla adalah kakak sulung arwah Amran. Syakilla yang ku kenali sangat tegas. Syakilla jugaklah orang yang paling kuat dan lantang menentang hubungan cinta kami selain mak mertuaku. Dia juga tidak mahu aku memanggilnya dengan panggilan kakak. Sebab itu, walaupun beza umur kami enam tahun, aku memanggilnya dengan nama tanpa ada 'kakak' di pangkalnya.

Sejak kematian arwah Amran lima tahun lepas, keluarga arwah Amran tidak pernah menghubungiku. Apabila aku menghubungi mereka, mereka meminta aku untuk tidak menghubungi mereka lagi kerana menurut mereka, aku bukan pilihan mereka. Arwah Amran yang memilihku. Jadi, menurut mak mertua ku, kematian arwah Amran membawa kepada putusnya tali kekeluargaan kami.

Nombor telefon jugak mereka tukar. Aku yang tidak mampu berbuat apa-apa, hanya menurut. Malah sijil kematian dan kad pengenalan arwah Amran, mereka yang menyimpannya. Aku tidak pernah melihat sijil kematian arwah Amran malah aku jugak tidak sempat melihat wajah terakhir arwah Amran sebelum dia dikebumikan kerana aku mengalami koma selama dua minggu.

Arwah Amran mempunyai empat orang adik beradik. Syakilla merupakan kakak sulungnya. Natrah pula merupakan anak kedua dalam adik beradik arwah Amran. Natrah yang menetap diluar negara langsung tidak pernah ku temui. Malah hari pernikahan kami pun dia tidak pernah pulang ke Malaysia. Menurut Arwah Amran, Natrah merajuk dengan mummy dan daddynya kerana memaksanya berkahwin dengan rakan perniagaan daddynya yang jauh lebih tua darinya. Disebabkan itu, Natrah melarikan diri ke luar negara dan tidak pernah kembali. Arman pula adalah adik kembar Amran.

EliyaWhere stories live. Discover now