Natrah menyerahkan sehelai fail kepada ku. Kami ketika itu sedang duduk menghadap taman mini di bahagian tepi rumah banglo keluarga arwah Amran.
"Apa ni Nat?" Soal ku.
"Tengok je." Natrah tersenyum memandang ku sambil berlalu meninggalkanku.
Aku selak halaman pertama. Gambar bayi comel menyambut pandangan mataku. Tertera nama Amran di bawah gambar tersebut. Aku renung semula gambar tersebut. Comel jugak arwah suami aku ni ketika kecil. Aku selak lagi ke halaman seterusnya. Gambar ketika arwah berusia setahun kelihatan. Masuk tahun ke enam, gambar arwah suamiku sedang konvokesyen di tadika kemas mencuit hatiku. Topi graduasinya senget ke tepi. Muka pulak monyok ketika itu padahal Arman disebelahnya tersenyum lebar. Entah apa yang menyakitkan hati arwah ketika itu. Sebelah kiri gambar tersebut, terdapat sijil penghargaan menandakan arwah telah tamat menempuhi alam tadika. Begitulah seterusnya. Sehingga arwah berusia 23 tahun. Semua gambar dan sijil-sijil yang dia perolehi sepanjang dia belajar dan membesar ada dalam fail tersebut.
Namun lama mataku terpaku di halaman terakhir fail tersebut. Di sebelah kiri, gambar kahwin kami berdua. Di sebelah kanan pulak, tertera sijil kematian arwah Amran. Lama mataku terpaku pada sijil kematian arwah. Ku congak tarikhnya. sembilan bulan selepas kami terlibat dalam kemalangan tersebut, barulah arwah suamiku meninggal dunia.
Tapi kenapa aku tidak mengetahuinya? Seingat aku, dua minggu selepas kemalangan tersebut aku sudah sembuh walaupun tidak sepenuhnya. Dan sebulan selepas kemalangan itu, aku diberitahu mengenai kematian arwah dan bayi yang aku kandungi ketika kemalangan itu berlaku. Maknanya ketika aku sudah sedarkan diri dan pulih sepenuhnya, Amran masih hidup lagi. Masih bernyawa dan aku... Aku menganggapnya sudah mati.
Argh... Kenapa ini semua harus berlaku? Air mata yang bertakung di tubir mata mula pecah secara perlahan-lahan. Sungguh kejam mereka memberitahu kepada kami sekeluarga arwah telah meninggal sedangkan ketika itu dia masih bernyawa. Kenapa perlu memisahkan kami? Kenapa? Aku tutup mata perlahan-lahan. Terasa seseorang mengusap bahuku.
"Nat minta maaf. Nat pun tak tahu sebab ketika itu, Nat tak ada di Malaysia. Kalau Nat ada, sudah pasti Nat bawak El jumpa arwah." Terdengar suara Natrah.
"Kenapa Nat?" Terasa tidak mahu keluar suaraku ketika ini. Fail yang mengandungi gambar-gambar dan sijil-sijil arwah ku peluk dengan kuat.
"Kenapa kejam sangat mengatakan arwah telah meninggal sedangkan ketika itu dia masih bernafas? Dia tak tahan sakit Nat. Dia mesti sedih ketika itu El tak ada untuk menemani dia mengharungi kesakitan dia." Air mata sudah tidak mampu ku tahan lagi. Aku cuba mengawal suara. Namun nada suaraku tetap meninggi. Aku tahu Natrah tidak bersalah dalam hal ini. Namun aku tidak dapat menahan perasaan marah ku terhadap keluarga arwah.
"El..."
"El balik dulu. Assalamualaikum." Aku berlalu pergi meninggalkan Natrah yang terpinga-pinga. Aku berlari sekuat hati menuju ke kereta. Tidak mahu Natrah datang menghalang aku pergi. Aku perlukan ketenangan. Buat masa sekarang, aku tidak mahu memandang wajah sesiapa pun yang ada kaitan dengan arwah. Ianya menyakitkan hati aku memikirkan mereka sanggup memisahkan aku dan arwah di saat-saat akhir dalam kehidupannya. Sepatutnya sebagai keluarga, mereka harus menemukan aku dengan arwah, bukannya memisahkan kami berdua. Sungguh, aku sangat terkilan sekarang ini dan hati ini terasa sangat sakit sehinggakan aku tidak mampu untuk berfikir apa-apa yang rasional sekarang ini.
Kereta ku pandu laju. Ingin segera sampai ke rumah nak mahu menangis semahunya. Dari jauh, kelihatan Jacob sedang berdiri sambil menyandar di depan pintu apartment yang ku diami. Air mata yang mengalir laju, aku lap menggunakan belakang tapak tangan dan cuba untuk menahannya dari keluar. Jacob tersenyum dan aku cuba sedaya upaya membalas senyuman seceria mungkin. Tidak mahu dia mengesan apa yang ku alami sekarang. Kehadirannya membuatkan air mata ini ingin mengalir terus.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...