ELIYA 6

296 4 0
                                    


Aku bertungkus lumus menyiapkan kerja aku hari ini kerana bermula esok aku akan cuti selama seminggu. Yahoooo... aku bersorak dalam hati.

"Senyum sorang-sorang nampak." Rika tiba-tiba datang bertenggek di tepi mejaku. Ah...apalah minah opera ni nak.

"You ada boyfriend ke?" Aduh... Apa punya soalan ni.

"Kenapa?" Aku memandangnya sepintas lalu.

"You nak rampas Micheal dari I kan?" Kali ini pandangan aku tepat menghala ke wajah Rika. Entah papelah dia ni.

"Apa lah yang you merepek ni?" Aku menjawab dengan nada malas menandakan aku tidak suka dengan apa yang dikatakannya.

"I tahu you nak rampas Micheal dari I. I bagi you amaran, jangan you berani rampas Micheal dari I. kalau tak, nahas you." Serentak dengan ugutan Rika itu, dia menghempas fail keatas mejaku.

Aku cuma mengeluh. Sejak bila pula aku nak merampas si Micheal tu. Cemburu buta dan tak bertempat langsung lah dia ni. Baru je aku gembira apabila berangan-angan nak bawa family aku pergi kemana selama seminggu mereka di sini.

Aku menyambung kerja tanpa mempedulikan ugutan Rika. Malas mahu memikirkan perangai-perangai manusia yang pelik. Yang pelik? Jacob... Suka jalan main redah tanpa pedulikan orang di hadapnnya, suka membebel dan... Eh, kenapa tiba-tiba aku teringatkan dia? Ah...sudah...sudah... Aku cuba membuang jauh bayang-bayang Jacob dari menghantuiku. Lantas aku capai fail yang di campak Rika sebentar tadi.

Baik aku sambung fikir pasal keluarga aku yang akan datang esok. Mujurlah kereta yang aku miliki sekarang kereta MPV. Kalau tak, mesti aku pening memikirkan untuk menyewa kereta sewa. Aku sangat-sangat merindui keluargaku. Sejak aku menetap di Kuala Lumpur ni, kami cuma berjumpa tiga atau empat bulan sekali. Jarak yang jauh antara Semenanjung dan Sabah serta kesibukanku menyebabkan kami jarang bertemu. Namun aku percaya, jarak yang jauh itulah yang membuatkan kasih sayang kami semakin erat.


********************************

"Jom makan tengahari. Aku lapar lah." Adria menepuk bahuku.

"Jap. Aku nak habiskan ni jap. Sikit je lagi."

Andria membelek-belek frame gambar yang berada di mejaku sementara menunggu aku menyiapkan kerja ku.

"Aku rasa kan, sekarang ni kau patut fikir pasal cinta dalam hidup kau lah." Aku membiarkan Andria berkata-kata sendiri.

"Dah lima tahun kan kau hidup sendiri. Kau patut fikirkan pasal cinta lah."

Aku cepat-cepat menutup fail dan mencapai handbagku sebelum Andria mula membebel pasal betapa pentingnya cinta dalam hidup. Aku bukan menolak atau menidakkan cinta, cuma pintu hatiku belum terbuka lagi sekarang.

"Jom. Aku lapar." Aku mengambil frame gambar dari tangannya dan menolak tubuhnya untuk bergerak.

"Tengok tu." Andria yang memahami perangaiku mencebik.

"Alah, tak semestinya kau bercinta semua orang kat dunia ni mesti bercinta."

"Iyelah, tapi kau kena jugak cari cinta semula. Sampai bila nak begini? Dah lima tahun tau." Andria melebarkan jari jemarinya dihadapanku.

"Eee...tak maulah bincang pasal ni." Aku menolak jarinya.

"Tukar topik lain lah." Aku menekan butang lif sebaik sahaja kami memasuki lif.

"Esok family kau datangkan? Kau nak bawak dorang kemana?"

"Tak tahu lagi. Aku ikut je kemana dorang nak pergi. Tak plan apa-apa pun. Kenapa? Nak join? Boleh je."

"Tak lah. Mummy ajak dinner kat rumah esok ni." Andria tersenyum memandangku.

"Esok dorang sampai dalam pukul dua. Oklah. Sempat nak siap-siap."

"Oklah. Janji tau. Nanti aku confirmkan dengan mummy."

EliyaWhere stories live. Discover now