Eliya 5

336 4 0
                                    


Hurm... ramainya orang pergi One Utama ni. Bebelku sendirian. Dari tadi sudah tiga kali aku berpusing didalam tempat letak kereta ni. Namun masih belum mendapat tempat parking. Aku jeling jam di tangan. Sudah pukul 2.05pm. Sudah lewat 5 minit. Ah, pusing sekali lagi. Kalau kali ni takde tempat parking jugak, aku terpaksa beritahu Andria yang aku tak boleh nak temankan dia sebab tempat parking tak de.

Ketika aku berura-ura hendak keluar, tiba-tiba ada satu kereta di sebelah kiri di hadapanku keluar. Syukur... cepat-cepat aku memandu ke tempat parking tersebut kerana terlambat sikit, pasti ada orang yang akan masuk dulu. Dorang bukan kira pun kita dah bagi signal ke tak. Haih...

Sebaik sahaja aku keluar dari kereta, telefon ku berbunyi. Terpampang nama Andria.

"Assalamualaikum. Kau kat ne? Jalan jammed ke?" Terdengar suara Andria.

"Waalaikumussalam. Aku kat B2 ni. Jap lagi aku naik. Baru dapat parking ni. Kau kat mana?" Aku mengunci kereta dan bergegas ke eskalator. Jauh jugak aku parking ni. Keluhku, kerana panggung wayang berada di hujung belah kanan dan tempat parking kereta ku di hujung kiri.

"Kami tunggu kau kat McDonald yea. Dah sampai nanti, call tau."

"Cerita pukul berapa?"

"Cerita pukul 2.40pm."

"Ok... Ok... On the way." Aku mematikan panggilan sambil bergegas ke atas.

Ketika berada di eskalator menuju ke tingkat empat, bahu ku dilanggar seseorang sehingga menyebabkan aku hampir terjatuh. Pantas tangan aku memaut pemegang eskalator.

"Sorry." Aku mendongak memandang orang yang meminta maaf. Dia lagi???

"Eliya." Aku membalas senyumannnya. Dia lagi? Memang dia ni suka langgar orang eh?

"Nak jumpa Andria ke?"

"Ha'ah. Awak?"

"Samalah. I ingatkan I seorang je lambat." Wajah dia kelihatan lega apabila mengetahui bahawa aku juga terlambat. Andria ajak dia sekali ke? Bisik hatiku.

"Dorang tunggu kat McD kan? Im so hungry. Andria ni memang suka ajak last minute." Kini aku dengar dia membebel pulak. Eh, membebel??? Mamat ni memang suka membebel ke? Haritu kat hospital aku dengar dia membebel jugak dengan Andria dan Arshad.

"Wake up. Kita nak sampai dah." Dia menarik tanganku. Eh... eh... eh... suka hati dia nak pegang tangan aku.

"Wake up apa plak?" Getusku perlahan.

"I tengok you tadi macam berkhayal je." Tak sangka pulak dia dengar.

"Tangan I, boleh lepaskan tak?" pinta ku

"Eh, sorry." Pantas dia melepaskan pergelangan tanganku.

Hatiku berdegup kencang. Sudah lama aku tidak merasakan perasaan sebegini sejak tiga tahun lalu. Ah...perasaan...

Aku tidak perlu menelefon Andria kerana Jacob sudah menelefon Andria terlebih dahulu. Tidak sampai seminit, Andria dan Arshad sudah terpacak di depan kami.

"Lambat korang sampai. Kitaorang dah makan dulu." Comel aku tengok Andria tanpa mekap tebal diwajahnya.

"Tapi kamiorang ni lapar." Aku tergelak mendengar kata-kata Jacob. Kamiorang... hehehehe... Entah bahasa apa lah yang dia pakai ni.

"Alah, nak makan tak sempat dah. Cerita start 2.40pm." Andria memaut lengan Jacob. Mesranya mereka.

"But I'm starving right now. Siapa suruh ajak last minute? Tak sempat I nak makan." Mata Jacob meliar ke McDonald.

"Nanti jap lagi makan popcorn yea. Lepas tengok wayang I belanja apa je yang you nak makan." Andria mengelip-ngelipkan matanya memujuk Jacob lagi. Aku dan Arshad hanya memerhati mereka. Mesti orang menyangka mereka berdua pasangan kekasih.

"Eeee... suka menyusahkan orang betul lah!" Jacob mendengus. Andria tersenyum kemenangan.

"Dari tadi aku perasan kau tengok aku je. Apa hal?" Andria menyergah aku yang ketika itu memerhati Jacob dan Arshad beratur membeli popcorn.

"Comel dan cantik kau hari ini." Aku menjawab soalannya.

"Kau perli aku yea?" Andria merenung aku.

"Tak de. Aku serius. Sebelum ni aku tengok muka kau penuh ngan make up je. Tapi bila kau tak bubuh make up ni, aku rasa kau lagi cantik." Aku memujinya ikhlas. Wajah neutralnya lagi cantik berbanding wajahnya yang dipenuhi make up.

"Abang aku pun cakap macam tu. Tu yang aku cuba tak bersolek ni. Betul eh cantik?" Senyuman Andria makin melebar apabila aku mengangguk.

"Jom ambil gambar. Kita pakai Jacobnye kamera." Andria pantas menyeluk saku beg Jacob yang dipegangnya dari tadi.

"Eh, Jacob tak marah ke?"

"Tak lah. Berani dia marah?" Akhirnya aku benarkan juga Andria mengambil gambarku. Memang betul apa yang Auntie Agnes cakap, Andria jenis yang tidak mudah putus asa. Apa jua yang di inginkannya akan cuba diperolehinya sedaya upaya.

"Kenapa eh dulu kau rahsiakan hubungan kau dengan Arshad tu?" Soalku sebaik sahaja aku selesai mengambil gambarnya.

"Aku tak mahu orang bergosip sana sini."

"Dengan aku pun nak rahsiakan?"

"Alah, dengan kau aku cuma rahsiakan sebulan je."

"Eleh...yea laaaa tu... dulu bukan kemain lagi kutuk. Rupa-rupanya nak cover line. Patutlah pepagi selalu je Arshad tu panggil kau." Andria menujal kepalaku sambil ketawa mendengar hujahku.

"Well..." Tangan Andria didepakan.

"Well apa? Eleh...Malu-malu pulak. Blah laa." Aku mencubit lengannya yang sudah memaut bahuku.

"Dah sudah bergurau? Boleh kita masuk? Hall 5 dah menyala tu." Jacob menegur kami.

"Ok...Jom."

Kami berjalan masuk menuju ke hall 5, tempat duduk kerusi A1 sehingga A4. Atas sekali. guman hatiku melihat tiket yang Andria pegang. Arshad duduk di hujung kanan sekali. diikuti oleh Andria. Jacob pulak meminta aku duduk di sebelah Andria dan dia duduk di sebelahku.

"Kalau cerita ni tak best, siap you!"

Aku dengar Jacob sempat memberi amaran kepada Andria. Andria cuma tersengih mendengar ugutan tersebut.

Dipertengahan cerita, aku lihat mata Jacob melirik ke arah lengan Arshad yang sudah berada dibahu Andria. Aku cuma tersenyum. Aku sudah lali melihat perkara tersebut kerana aku selalu menemankan mereka menonton wayang.


********************************


"Wah, bestnyaaaaa cerita tu." Aku bersuara setelah filem yang kami tengok selesai siarannya.

"You suka ke?" Jacob memandangku. Opsss... aku terlupa yang dia ada kat sebelah aku. Sudah menjadi kebiasaanku memberi pendapat sebaik sahaja habis cerita bila menonton wayang bersama Andria.

"Er..."

"Cerita ni best kan. Tak rugi tengok." Andria memotong percakapanku. Huh... Lega... tak perlu jawab soalan dia.

"Jom makan. Lapar." Jacob pantas berdiri dan beredar. Kami mengekorinya. Lapar sangat agaknya sebab popcorn aku pun dia bedal tadi.

EliyaWhere stories live. Discover now