Eliya 42

54 1 0
                                    

Aku dan Jacob meneruskan hubungan jarak jauh kami dengan penuh kesabaran. Kadang kala, aku langsung tidak boleh menghubunginya walau sekali dalam dua atau tiga hari. Aku hanya mampu menunggu dia menghubungiku terlebih dahulu. Aku masih tidak memberikan jawapan mengenai persoalan sama ada aku menerima lamarannya atau tidak. Masih amat sulit untuk aku putuskan.

Andria sudah memulakan pengajiannya sebagai pelajar sarjana di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur dalam bidang perniagaan. En. Arshad masih lagi cuba untuk memujuk aku bagi mendapatkan maklumat berkenaan Andria. Namun, yang menjengkelkan aku, hubungannya dan Suraya masih berjalan. Suraya masih memuat naik gambar dia dan En. Arshad di Instagram.

Hari ini aku, Natrah, Farid dan Arman berjalan-jalan di Pasaraya Aeon. Aku mengambil keputusan untuk memaafkan apa jua yang berlaku antara aku dan keluarga arwah Amran. Aku yakin, arwah pasti gembira dengan keputusan ku. Sungguh, sepanjang enam tahun kehilangan arwah Amran, kali ini aku benar-benar redha. Keadaan mummy masih seperti sediakala. Masih koma dan masih bergantung dengan mesin untuk meneruskan kehidupan.

Salwa, sepupuku merupakan jururawat bertauliah mula berkerja untuk menjaga mummy. Jururawat baru yang menjaga mummy selain Salwa adalah Ana, jururawat yang direkomendasi oleh kawan daddy. Setakat ini, tidak ada aduan daripada Natrah dan daddy mengenai Salwa. Cuma kadangkala, Salwa ada mengadu dengan aku bahawa Arman seperti tidak menyukainya dan kerap marah apabila dia berdekatan. Aku cuba untuk bercakap dengan Arman mengenai perkara ini, namun Arman tidak mahu memberitahu mengapa dia selalu marah apabila Salwa berada berdekatan dengannya. Aku hanya mampu memujuk Salwa untuk bertahan. Namun, menurut Salwa, dia mula biasa dengan keadaan tersebut. Katanya dia harus bertahan kerana gaji yang di bayar oleh daddy sangat lumayan, dengan gaji yang dia terima, kini adik-adiknya boleh fokus untuk belajar tanpa memikirkan soal kewangan.

Manakala Andria sudah mendapat perkerjaan lain di sektor perbankan. Kehidupannya sebagai eksekutif di sebuah bank di Kuala Lumpur dan juga sebagai seorang pelajar membuatkan dia agak sibuk. Namun, aku masih tidur di rumahnya selalu kerana Auntie Agnes memastikan aku akan bermalam di sana sekurang-kurangnya dua hari setiap bulan. Sejak Auntie Agnes dan Uncle Jaafar tahu aku dan Jacob menjalinkan hubungan percintaan, mereka berdua selalu menyuruh aku menginap di bilik Jacob kerana menurut mereka, selepas berkahwin kelak, aku akan tinggal di sana. Aku hanya menyeringai setiap kali perkataan kahwin keluar dari mulut mereka. Aku belum memberikan kata putus lagi terhadap soalan Jacob.

Ketika Natrah dan Farid sedang berada di tingkat lain, aku menemani Arman yang ketika itu membelek thermos jenama LA Gourmet.

"Elok tak ni?" Soal Arman sambil menyuakan kepada ku.

"Elok, I ada satu. I dah lama pakai. Almost three years. Still in good condition and still in good shape." Aku memberikan respond berdasarkan pengalaman aku sendiri.

"Aku ingat nak beli untuk Salwa satu." Guman Arman. Aku menoleh memandang Arman dan tersenyum.

"Dont smile. This is apologize gift." Arman membalas senyuman ku.

"Want to share with me what happen? The reason kenapa selalu bentak dia?" Aku mengambil thermos yang Arman hulurkan.

"Every time I saw her smile, I saw the way she treat mummy, and all that things, it make me feel I want to hug her. So, one day, I went to meet her and hug her, but she reject me. She push me and run away. Since that day, I hold grudge against her. I mean no harm. I just want to thank her. But she's acting like I want to hurt her." Arman memandangku.

Ah... kini aku faham kenapa. Mesti Salwa terkejut dengan kelakuan Arman.

"Arman, you cannot simply hugging some else. Others might be like it, but others might feel uncomfortable." Aku tertawa kecil.

"Really?"

"Yes. Lagipun Salwa tu anak dara orang tahu. Mana boleh you peluk suka hati. Memang patutlah dia terkejut."

"Jadi maksudnya dia bukan marahkan saya?" Soal Arman, inginkan kepastian.

"Tidak, dia cuma terkejut kenapa you tiba-tiba peluk dia."

"But I..." Arman berjeda. Memikir mungkin apa yang perlu di katakan.

"Hey, mana boleh suka hati peluk anak dara orang. She's not your sister, family, wife or girlfriend. Lagipun Salwa tu, seorang yang sangat menjaga batas pergaulan, mana pernah peluk lelaki suka hati. No wonder la dia push you away." Aku menasihati Arman.

"Aku patut minta maaf dengan dia lah kan." Arman memandangku.

Aku mengangguk sambil tersenyum.

Arman memaut tangan ku dan mengucapkan terima kasih. Genggaman tersebut bertahan beberapa minit. Aku hanya tersenyum dan perlahan-lahan melepaskan genggamannya.

Kini terjawab sudah kenapa Arman selalu marah-marah dengan Salwa. Hanya kerana salah faham. Selepas ini, aku akan berjumpa dengan Salwa untuk menjelaskan perkara sebenar.

********************************


Aku baring keletihan di dalam bilik. Seharian keluar berjalan dengan Natrah, Farid dan Arman agak memenatkan. Esok aku perlu menemani Andria lagi. Seolah-olah aku mempunyai tiga keluarga yang perlukan perhatian bak kata Andria. Penat, namun aku puas.

Deringan telepon menghilangkan lamunan ku.

"Hi Jack" Sapaku mesra.

"El, tadi keluar dengan siapa?" Ayat yang pertama keluar dari Jacob. Tidak ada sapaan darinya.

"Jack, is something wrong? You didnt even say hello to me." Getus ku.

"Answer me. Tadi keluar dengan siapa?" Kali ini naik nada Jacob. Aku mula tidak sedap hati.

"I keluar dengan Natrah, Farid dan Arman. Kenapa?"

"Are you sure with Natrah, Farid dan Arman? Not with Arman only" Dia tekan ayat di hujung.

"Ya, I keluar berempat. Jacob, what is this about?" Aku mengubah nada.

"Anita sent me a video of you and Arman. And both of you holding hand. Are you cheating on me with Arman?"

"You tuduh I curang? What is this Jack? Do you believe Anita story?" Kali ini nafasku turun naik. Sakit hati ditudung curang tanpa usul periksa.

"El, you berubah hati? Adakah di sebabkan Arman menyerupai arwah Amran, dan you mula jatuh cinta dengan Arman?" Tuduh Jacob lagi. Boleh tahan cemburu buta lelaki ni!

"Jack, first you tuduh I curang, now you tuduh I berubah hati pula?!" Nada ku semakin geram.

"I only believe what I saw and heard." Tegas Jacob.

"But you choose to not heard what I say and you choose to not believe me!" Getus ku.

"Anita said to me..." Aku terus mematikan panggilan dan mematikan telepon. Malas aku mendengar apa yang Anita katakan padanya. Jacob boleh saja bertanya mengenai perkara tersebut dengan aku, tapi dia memilih untuk mempercayai Anita sebelum dia bertanyakan kepada ku.

Tapi bila masa aku terserempak dengan Anita tadi? Aku tidak perasan pula ada Anita di Aeon tadi.

EliyaWhere stories live. Discover now