Eliya 7

255 4 0
                                    

Aku duduk di atas bangku yang disediakan di luar bilik ketibaan di KLIA 2. Sebentar lagi keluarga aku akan sampai. Aku jeling skrin ketibaan. Penerbangan dari Tawau belum sampai lagi. Aku tengok jam tangan dan mencongak sendiri bila penerbangan dari Tawau akan sampai. Mengikut perkiraanku lagi lima belas minit.

Aku mengeluarkan novel "The Ideal Wife" dari handbag ku dan mula membaca. Bau minyak wangi Huge tiba-tiba mengalih perhatian ku dari bacaanku dan mengingatkan aku kepada Jacob. Aku toleh ke tepi kiri dan kanan, tiada kelibat Jacob kelihatan. Aku menoleh ke belakang dan ke depan. Juga tidak kelihatan langsung bayang-bayangnya. Ah, mungkin khayalan aku semata-mata. Orang lain agaknya yang pakai minyak wangi tu. Bukan dia seorang je kan. Aku seboleh-bolehnya cuba menidakkan perasaan aku terhadapnya dan mencuba untuk menghilangkan perasaan itu. Entah kenapa sejak kali kedua dia melanggar aku di 1 Utama, aku asyik memikirkannya. Aku bukan budak kecil untuk tidak mengerti perasaan itu, namun aku cuma takut untuk bercinta semula. Sejujurnya, aku masih sukar untuk menerima lelaki lain dalam hidup aku. Seolah-olah hati aku mati bersama arwah suamiku. Ah, perasaan. Makin dilayan, makin hanyut aku. Aku menepuk kepala perlahan untuk menghilangkan bayangannya.

Aku menutup buku sebaik sahaja mendengar pengumuman bahawa penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur baru sahaja mendarat. Aku melihat jam. Jam 1.20pm. Mungkin dalam 10 minit lagi mereka akan keluar kerana sudah tentu mereka perlu menunggu untuk mendapatkan bagasi. Aku meneruskan pembacaan ku. Bacaanku terganggu lagi. Kali ini bukan disebabkan bauan seakan Jacob, tapi disebabkan deringan telefonku. Nama bapa terpapar di skrin.

"Assalamualaikum Eliya. Kami sudah sampai. Tapi masih menunggu bagasi lagi." Rindunya aku dengar suara bapa.

"Waalaikumussalam Pak. Aku ada sudah di luar ni. Tengah tunggu kamu."

"Okey" Bapaku mematikan telefon sebelum sempat aku menjawab. Bapa...Bapa...

"Kak El..." Tidak lama selepas itu aku mendengar suara Elyana. Aku mendongak dan tersenyum memandang mereka. Pantas aku meletakkan novel yang ku baca tadi kedalam handbag dan mendapatkan mereka.

"Kau sihat?" Ucap mak sebaik sahaja ku menyalami tangannya. Pantas dia memelukku.

"Mak rindu tu. Dah tiga bulan tak jumpa katanya. Elina menyampuk.

"Sihat mak. Mak sihat ka?" Aku menyalam bapa pula selepas melepaskan pelukan mak. Bapa mengusap-usap kepala ku. Aku tersenyum. Elina, Elisha dan Elyana menyalam tanganku dan memelukku.

Sepanjang perjalanan ke rumah, bapa mengambil alih pemanduan dan mak duduk di sebelahnya. Aku dan adik-adikku duduk di belakang. Banyak yang kami bualkan. Tentunya memfokus kearah Elisha yang akan bertunang tidak lama lagi dan Elyana yang paling banyak menyakat.

"Tulah Kak Lisa ni. Gatal. Muda lagi nak tunang dah." Elisha memukul kepala Elyana yang berada di hadapnnya. Elyana menolak kepalanya ke arahku untuk mengelak dari terkena pukulan Elisha. Ketawaku dan Elyna bergabung.

"Hello...aku dah 22 tahun okay!" Kedengaran suara geram Elisha.

"Eleh, memanglah. Tapi tak habis belajar lagi." Kali ini Elyana berbaring sebelum tangan Elisha menyentuh kepalanya. Kami semua tergelak melihat telatah mereka. Memang Elisha dan Elyana suka saling menyakat namun mereka yang paling rapat. Selalunya sakatan mereka membuatkan kami tidak kering gusi.

"Dokumen-dokumen Lina dah siap ke?" Aku bertanya kepada Elina tentang persiapan dia ke Ireland untuk menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran.

"Ok... Lina dah settlekan. Bapa dan mak yang tolong." Elina tersenyum. Selang beberapa minit, suara Elyana sudah tidak kedengaran. Rupa-rupanya dia dah terlelap. Kepalanya terlentok dibahuku. Tidak lama kemudian kami sampai ke rumah ku.

EliyaWhere stories live. Discover now