Eliya 40

173 1 0
                                    

Aku muncul semula di depan rumah agam milik keluarga arwah suamiku. Hampir sebulan jugak lah aku menghilangkan diri daripada keluarga arwah Amran. Beberapa hari selepas kejadian itu, Natrah ada menelefon dan menghantar WhatsApp, namun tidak aku hiraukan. Barangkali memahami dengan keadaan diriku yang perlukan masa untuk menenangkan diri, tiada lagi panggilan dan WhatsApp dari Natrah.

Namun, entah apa yang mendorong aku untuk datang ke sini semula, aku pun tidak pasti. Mak cakap, mungkin disebabkan keterbukaan hati aku untuk memaafkan mereka, membuatkan aku datang ke sini. Aku tekan loceng rumah. Sengaja aku tidak memberitahu kedatanganku. Tidak mahu mereka berharap andai aku beritahu kerana aku takut berubah fikiran.

Kali ini, aku datang lagi melawat keluarga arwah Amran. Tapi kali ini bukan dengan hati yang berbelah bagi. Tapi dengan hati yang penuh keazaman untuk memperbaiki dan memulihkan hubungan kami. Kepada mak dan bapa, semuanya telah aku ceritakan dan luahkan. Nasihat mereka, meminta aku menjaga diri dengan baik dan mereka juga akan menyokong apa jua yang aku lakukan.

"El, masuklah." Seperti biasa Natrah menyambutku dengan penuh senyuman.

"Daddy mana?" Tanyaku. Rumah ini sentiasa sunyi dan sepi.

"Daddy kat atas temankan Mummy. El dah sarapan?" Natrah menuju ke ruang dapur. Aku membuntuti langkahnya.

"Dah Nat." Aku kerling jam ditangan. Pukul 12:00 tengahri. Natrah ni tak sarapan lagi ke?

"Owh... Ok. Nat masak tengahari kejap eh. El pergi duduk dululah." Natrah masak tengahari? Pembantu rumah mana?

"Pembantu rumah mana?" Soalku.

"Dia cuti sejak dua hari lepas. Insyaallah lusa baliklah tu. Katanya nak melawat anaknya yang baru bersalin." Natrah mencapai sayur kailan dan mula memotongnya.

"El tolong Nat ye." Kataku sambil meletakkan handbag ke kerusi.

"Eh, tak perlu lah. Segan pula Nat." Nat tersengih memandangku yang sudah mencapai ikan kerapu di sinki sebelum Natrah sempat menghalang.

"Alah, tangan El dah terpegang ikan ni. Alang-alang dah basah, biar El siang terus jelah." Natrah tergelak mendengar penjelasanku.

"Nak masak apa?" Aku bertanya.

"Ikan tu masak sweet sour. Kailan ni masak kailan ikan masin. Dan buat sup tom yam sikit. Arman tu kalau makan, kena ada sup. Kalau tak, memang tak berselera dia. El ok kan dengan menu tu?"

Aku mengangguk menjawab pertanyaan Natrah. Sepanjang kami menyediakan makanan tengahari tu, gelak ketawa kami memenuhi ruang dapur. Tak ku sangka Natrah seorang yang kuat bergurau. Mengingatkan aku kepada arwah Arman. Kenapalah setelah arwah pergi, barulah keluarganya dapat menerima diriku dengan tangan yang terbuka? Kenapa takdir seolah-olah mempermainkanku? Eh, apa aku ni?! Tak baik mempersoalkan takdir. Aku cepat-cepat beristighfar dalam hati. Menghalau fikiran jahat yang memasuki kotak fikiranku.

Hari itu kami makan tengahari bersama-sama. Gelak ketawa kami menemani kami. Cuma Arman yang mash bersikap sedikit dingin namun tidak sedingin dulu. Dia sudah pandai menyampuk ketika kami berbicara. Aku pulang ke rumah selepas solat Maghrib dan makan malam. Itupun Natrah dan daddy memaksa aku bermalam disitu. Namun aku masih berasa kurang selesa lantas ku tolak. Aku berjanji akan datang lagi melawat mereka sekiranya ada masa kelapangan.

EliyaWhere stories live. Discover now