Sekembalinya dari Cameron Highland, kami pulang semula ke Shah Alam. Rancangan kami untuk pergi bercuti ke Danga Bay Johor, kami batalkan memandangkan Elyana diserang demam panas yang teruk sehingga menyebabkan dia di masukkan ke dalam wad hospital untuk pengawasan selama dua hari. Doktor yang merawatnya bimbang dia terkena demam denggi, namun keputusan menunjukkan sebaliknya. Doktor mengatakan Elyana hanya penat dan kurang dehidrasi. Kami cuma memerap di rumah saja selama beberapa hari. Cuma Elyna dan Elisya saja yang berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Kami menerima pelawaan keluarga Andria untuk bermalam di rumah mereka.
*****************************
Aku duduk sambil memandang panorama dihadapan. Rambut ku biarkan lepas. Tiada panorama indah yang boleh ditatap kecuali langit-langit yang hitam memekat dan gelap gelita yang di hiasi dengan bintang-bintang yang berkelip.
Rumah Andria berkonsepkan tropika yang mana menurut Andria, rumah ini rekaan ayahnya sendiri. Menurut Andria, rumah ini merupakan rumah idaman ayah dan ibunya. Ayahnya yang mereka sendiri pelan rumah dibantu dengan imaginasi ibunya. Banglo dua tingkat ini mempunyai dua buah bilik pembantu rumah di bilik bawah serta bilik belajar dan ruang tamu. Kolam renang berbentuk L menghadap ruang makan dan balkoni luar begitu menarik.
Tingkat pertama pula mempunyai empat bilik. Satu bilik utama iaitu bilik ibu bapa Andria dan dua bilik tetamu. Setiap bilik mempunyai berandanya tersendiri. Manakala satu bilik dikhaskan sebagai bilik untuk beribadah.
Manakala tingkat kedua menempatkan bilik pandang dengar, bilik Andria dan bilik Jacob. Bilik Andria bersebelahan dengan bilik Jacob. Beranda bilik mereka juga bersebelahan dan hanya dipisahkan oleh pasu-pasu bunga yang agak besar yang digunakan sebagai pembahagi.
Aku memandang ke beranda sebelah bilik Andria. Kosong dan gelap. Hanya samar-samar lampu beranda bilik Andria membias ke beranda biliknya. Mesti dah tidur. Agakku. Andria juga sudah lama terlena di atas katil. Seisi rumah mungkin sudah tidur kerana ketika ini, jarum jam menunjukkan angka satu. Hanya aku seorang saja yang masih terjaga. Aku menghela nafas sedalam-dalamnya.
Lusa keluarga aku akan pulang semula ke Semporna. Bererti kesunyian akan melanda diriku semula. Aku rindukan arwah Amran ketika ini. Arwah juga suka melihat bintang-bintang dan kegelapan malam. Satu-satunya persamaan yang kami miliki.
Melihat malam yang penuh dengan kerdipan bintang menenangkan hatiku. Walaupun cuma seketika bahagia yang aku kecapi bersama arwah Amran, namun aku bersyukur. Bersyukur kerana pernah diberi peluang merasa kebahagian itu. Bak kata bapa, ALLAH S.W.T cuma meminjamkannya kepada aku. Dan aku patut bersyukur atas kurniaan itu.
Entah untuk yang keberapa kalinya aku mendongak lagi. Kali ini bintang-bintang tadi telah tiada. Mataku meliar mencari bintang-bintang. Mengharap agar bintang-bintang muncul dalam kepekatan malam. Namun gelap. Awan tebal menutupi bintang-bintang tersebut dari memancarkan sinarnya.
Tiba-tiba, aku terasa seperti diperhatikan. Aku menoleh ke belakang. Cahaya bilik masih suram. Sama seperti tadi. Habis tu, kenapa aku terasa semacam? Terasa seperti ada yang memandang dan memerhatikan aku. Bulu roma meremang tiba-tiba disertai perasaan takut yang muncul entah bila. Heee...Aku cepat-cepat masuk ke dalam bilik dan menutup serta menguncinya. Andria masih lena diulit mimpi. Aku memanjat anak katil dan berbaring di sebelah Andria. Memaksa mata ini untuk tidur.
******************************
Entah pukul berapa aku tertidur semalam. Dalam keadaan mamai, aku mencapai telefonku yang berbunyi. Aku angkat sedikit kelopak mata untuk melihat angka jam di skrin telefon. Jam 5.30 pagi. Aku gagahkan diri untuk bangun dan menuju ke bilik air. Selesai mebersihkan diri aku menghantar whatsapp kepada mak. Mungkin mak sudah bangun ketika ini.
-Assalamualaikum mak. Dah bangun? El baru bangun ni.-
Betul seperti jangkaanku. Tidak sampai seminit, telefonku berbunyi menandakan mesej masuk.
-Waalaikumussalam. Mak dah bangun-
-Kejap lagi El turun ye.-
-Ok-
Aku mengejutkan Andria yang sedang enak berbungkus dengan selimut tebal.
"Andria, bangun. Nak solat subuh dah ni." Tapi kejutanku tidak memberi kesan kepada Andria.
Ketukan di pintu kedengaran. Andria nampaknya tidak terusik dengan bunyi ketukan pintu. Perlahan-lahan aku menghampiri pintu dan membukanya. Wajah Auntie Agnes terjegul di pintu.
"Morning El. El tolong kejutkan mama papa El dan adik-adik El. Kita solat Subuh berjemaah. Auntie nak kejutkan Andria. Dia ni tidur mati" Seloroh Auntie Agnes. Aku tersenyum mendengar kata-katanya.
Sejak Auntie Agnes mengetahui kedatangan keluarga ku ke Shah Alam, dia begitu bersemangat untuk menyambut kedatangan mereka. Aku tahu keluarga Auntie Agnes di New Zealand merupakan keluarga besar. Sebab itu agaknya dia begitu beria-ia mengajak keluargaku ke rumahnya. Mungkin lagi ramai orang lagi dia suka. The more the merrier agaknya. Entahlah. Sejak aku memberi amaran kepada Andria agar tidak memaksa aku dan Jacob untuk bersama, Auntie Agnes pun ku lihat sudah tidak agresif seperti dulu dalam hal kami. Agaknya dia memang memahami apa yang aku katakan kepada Andria dulu.
Tiba-tiba aku terasa seperti terlanggar sesuatu. Semua khayalanku terbang melayang entah ke mana. Sedar-sedar aku sudah berada dalam pelukan Jacob.
"You memang suka langgar I ke?" Jacob bersuara sambil melepaskan pelukannya. Aku memandang wajahnya.
"Apa pula, tadi I tengok tak de orang kat sini pun. Laluan ni clear je pun. You je yang suka muncul tiba-tiba." Aku membela diri. Walaupun aku sedar, salah aku sendiri jugak sebab terlalu asyik dengan dengan dunia ku sendiri sehinggakan tidak sedar ada orang di hadapanku.
"Batal wudhu I." Getus Jacob sambil meraup wajahnya.
Baru aku perasan ketika itu Jacob sedang berbaju melayu dan bersongkok. Ya Tuhan, kacak sungguh lelaki di hadapanku ini. Ini kali pertama aku melihatnya memakai baju melayu. Sebiji macam muka Kim Rossi Stuart versi muda. huhuhu.. Kan Kim Rossi Stuart sekarang ni dah berusia. Dah menjangkau usia 40-an. Yang di hadapanku ini baru berusia 30 tahun. Elok saja baju melayu berwarna kuning cair tu tersarung di badannya. Memang ngam-ngam. Hehehehe..
"Handsome kan I."
Mendengar suara itu, aku pantas menoleh ke tempat lain dengan wajah yang ku rasakan teramat panas dan malu sekali. Aduhai...macam mana aku boleh berani mati merenung dan menilik wajahnya di depannya sendiri ni.
"So, setelah menilik wajah I, layak tak I menjadi suami kepada Eliya Wafi?" Dia tersenyum puas. Aduh, kenapa lah pepagi ni mata aku berani merenung Jacob, kan dah kena!
"Jangan nak mengarut, boleh tak?" Aku membasahkan bibirku sambil memandangnya.
"I have a sinful thought when you're doing like that."
"What are you mean by that?"
"Your fuller lips make me want to kiss you hardly." Aku terkaku. Pengakuan jujurnya membuatkan aku terpaku.
"Now, please go down before I kiss you here." Tolakan lembut dari Jacob menyedarkan aku.
"I turun dulu." Aku terus bergegas turun.
"You owe me. Sebab you I kena ambil wudhu lagi. So, you owe me." Sempat aku mendengar kata-kata Jacob namun aku buat-buat tidak dengar dan tidak menoleh. Gila betul aku. Entah kuasa apa yang merasuk aku sehingga aku berani merenung wajah Jacob secara terang-terangan. Jiwaku berkecamuk. Arghhhhh...
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...