Eliya 31

139 2 0
                                    

Ketika berada di dalam bilik mesyuarat semasa mesyuarat jabatan kewangan berlangsung, telefon ku bergetar beberapa kali. Nombor tersebut di mulakan dengan kod +86 menunjukkan bahawa pemanggil adalah dari China. Tidak lama beberapa minit kemudian, telefon ku sekali lagi bergetar beberapa kali menunjukkan ada nortification WhatsApp yang di hantar kepada ku.

Pandangan ku dari telefon aku alih kepada Andria yang menguis lenganku. Aku tolak kepada dia telefon bimbit ku. Mesti dia merasa getaran tadi.

- Hi El...-

Andria menunjukkan skrin telefon ku. Aku pandang sepintas lalu.

- I want to inform you something. After this I will go to Bandung for few weeks and then go to Namibia for three or four months-

Aku mengeluh. Sudah empat bulan aku tidak berjumpa dengan Jacob. Kalau campur dengan yang ini, alamatnya selepas setengah tahun lah baru jumpa. Patut lah Andria merungut.

Andria menaip sesuatu di telefon ku dan membalas WhatsApp Jacob. Aku hanya biarkan sahaja kerana aku tidak suka memegang telefon ketika mesyuarat sedang berlangsung. Seolah-olah tidak menghormati mesyuarat walaupun situasi di mana pekerja-pekerja tertumpu kepada telefon bimbit ketika bos bercakap di hadapan adalah perkara biasa.

Kedengaran ketawa kecil terbit dari mulut Andria. Aku pandang Andria di sebelahku. Entah apa lah yang dia balas mesej Jacob tu.

Setelah sejam lebih mengharungi mesyuarat, kami terus keluar untuk makan tengahari. Aku mengambil telefon bimbit ku dari Andria.

"Kau balas apa?" Aku menekan aplikasi WhatsApp.

"Baca lah." Adria sudah tersengih. Ada lah ni akal dia.

-I love you and I missed you. I want you right now. Don't reply me. Reply me once we meet in person.-

Selepas membaca ayat tersebut, aku tepuk lengan Andria.

"Hey! Apa ni?" Adui, apa lah Andria ni buat.

"Eleh, memang tu pun kan dalam hati kau." Aku tersengih memandang Andria. Dengan Andria memang tidak boleh menyembunyikan apa-apa.

"Tapi jangan lah balas macam ni. Malu lah aku. Aku ni perempuan. Kena jual mahal sikit. " Sengih ku. Memang aku akui, hatiku sudah terpaut dengan Jacob, namun masih terdapat keraguan di situ. Dan aku juga turut merasa perkara yang sama dengan Jacob. Kami masih kurang pasti dengan perasaan kami. Sebab itu lah aku rasa Jacob seolah bermain tarik tali dengan aku.

"Alah, nak malu apa. Dah dua-dua membisu je. Entah bila nak ke step seterusnya. Cepat-cepat lah bercinta. Aku dah tak sabar nak jadi adik ipar kau ni." Bebel Andria.

"Kau ni kan. Mulut tu, kalau tak cakap yang ntah pape, tak sah!"

-I am sorry Jacob. That WhatsApp, Andria yang hantar-

Emoticon jari telunjuk menunjuk ke atas aku hantar berserta ayat tersebut.

Tidak sampai beberapa saat, Jacob membalas WhatsApp ku.

-I would like to believe you yang hantar.-

Debaran di dada ku berentak irama riang.

"Haaaa... Sengih...sengih..." Andria mengusik ku ketika kami keluar dari lift.

"Andria, ada kah kita akan masih berkawan rapat kalau contohnya aku dan Jacob ada masalah?" Tiba-tiba hal ini muncul dalam minda ku. Aku tidak mahu kehilangan Andria sebagai kawan baik ku.

"Aku akan support kau dalam apa juga hal. Macam kau cakap lah, hal cinta kita tidak boleh paksa. Kalau antara kau dan Jacob tak ada jodoh, nak buat macam mana? Aku tak nak kehilangan kau sebagai kawan karib." Andria juga seolah-olah baru tersedar hal ini. Sudahnya kami terhenti di tengah jalan memandang satu sama lain.

EliyaWhere stories live. Discover now