"Boleh lah." Andria sudah bertenggek di meja ku. Aku buat-buat tidak dengar.
"El, dengar tak ni." Andria sudah berada ditepiku.
"Dengar." Aku menjawab sepatah. Malas mahu melayan kerenahnya. Aku masih tidak bersetuju dengan caranya bercinta dengan En. Arshad. Dah kalau suka sama suka, buat apa hendak sembunyi lagi. Ni tidak, nak keluar pun mesti berteman. Takut orang sepejabat tahu katanya. Ah, biarlah mereka tahu. Dah memang dorang bercinta.
"Boleh lah yea." Andria membuat muka seposen.
"Aku malas lah. Dah empat kali tau aku jadi minah pacak setiap kali temankan korang dating. Tak kuasa aku jadi minah pacak lagi." Aku merungut. Biar dia tahu perasaan aku ketika terpaksa berada ditengah-tengah mereka.
"Aku ajak Micheal eh." Andria tersenyum melihat aku mencebikkan mulut mendengar nama Micheal.
"Then, biar aku kena serang ngan minah opera tu?" Aku menjegilkan mata memandangnya. Gila apa, tak pasal-pasal aku kena serang dengan Rika. Dahlah tengok orang macam nak makan je.
"Tak nak Micheal, aku ajak abang aku." Ah sudah! Tak faham bahasa ke Andria ni. Abang dari mana pulak dia kaut ni. Setahu aku abang dia berada di Iraq.
"Aku nak kemas rumah lah. Minggu lepas aku tak sempat nak mop lantai rumah. Lagipun, bulan depan family aku datang. Aku nak kena shopping barang dapur lagi." Aku cuba berdalih. Malas mahu melayan kerenah Andria. Sejak dia bercinta dengan En. Arshad beberapa bulan ni, aku selalu jadi mangsa apabila terpaksa menemankan mereka apabila keluar dating.
"Bulan depan family kau sampai, tapi hujung minggu ni kau nak beli barang dapur?" Andria mencubit leganku mendengar alasanku.
"Sakit lah." Aku buat-buat muka masam.
"Sorry...sorry... aku tak sengaja." Andria mengosok lenganku.
"Aku tak janji lah Andria. Tengok lah kalau aku senang nanti ya." Kasihan pulak melihat muka Andria yang sedih.
"Tapi percentage untuk kau temankan aku tu ada kan?" Andria mula mengukir senyuman.
"Yea...ada." Senyuman Andria semakin melebar.
**********
"Andria, sorry...aku tak dapat temankan esok. Ni haaa...kena pergi esok dengan Suhaila." Aku menghulurkan surat yang menunjukkan aku sebagai AJK hadiah dan cenderamata untuk family day syarikat kami.
"Alah, tak leh pergi hari ahad ke?"
"Tak boleh. Su nak pergi esok. Hari ahad dia nak bawak anak dia jenjalan. Dia cakap kt aku tadi." Andria menjeling pintu bilik En. Arshad.
"Nampaknya kami kena pergi dating berdua lah ni." Riak muka Andria sedih. Namun aku tidak boleh berbuat apa-apa.
"Alah, apa salahnya kalau terserempak dengan orang satu opis pun." Aku menenangkan hatinya.
"Tak boleh. Diakan bos kita. Nanti orang kata dia bias nanti kalau ada apa-apa hal." Betul juga apa yang Andria cakap.
"Sorry tau. Lain kali aku temankan ek." Aku cuba memujuk dia.
**********
Aku bergegas ke HUKM setelah menghantar Suhaila ke rumah dia. Ketika dalam perjalanan balik ke rumah, aku menerima panggilan dari En. Arshad yang dia dan Andria kemalangan ketika dalam perjalanan pulang menghantar Andria. Kereta yang mereka naiki di rempuh dari tepi kiri. Tempat Andria duduk. Ya Allah, janganlah apa-apa berlaku ke atas Andria. Aku dirundung rasa bersalah kerana tidak menemankannya tadi.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...