ELIYA 18

141 3 0
                                    


"Please El. Aku punya meeting kena extend lepas Maghrib." Andria sudah bertenggek di tepi meja kerjaku.

"Pukul berapa?" Tanganku lincah menyusun kertas di dalam fail.

"Jacob cakap dia habis sebelum pukul tujuh." Andria memandangku dengan wajah bersalah.

"Aku tak tahu meeting aku kena tangguh. Aku baru tahu tadi. Sorry kalau aku menyusahkan kau."

"Tak de lah. No hal punya." Aku usap tangannya menandakan aku tidak kisah. Biasalah, setiap hujung bulan mesti setiap jabatan akan mengadakan mesyuarat. Jabatan kewangan telah pun mengadakan mesyuarat semalam. Mesyuarat yang mengambil masa hampir lapan jam itu tetap melemaskan aku walaupun sudah berpuluh kali aku menghadapi situasi tersebut.

"Aku keluar dalam pukul enam nanti." Aku kerling jam di tangan.

"So, kau boleh ambil dia lah ni?" Andria sudah tersengih memandangku.

"Boleh lah. Apa pulak tak boleh."

"Yey! Aku sayang kau!" Andria tiba-tiba memeluk dan mencium pipiku.

"Eeee... kau ni! Sana! Sana!" Aku menolak tubuhnya. Adria tergelak melihat aku bersusah payah menolak tubuhnya. Mana taknya, tinggi dia 5 kaki 9 inci. Manakala aku cuma mempunyai ketinggian 5 kaki 2 inci. Memang susahlah nak mengelak dari pelukannya.

"Dah! Sana... aku nak kemas meja ni. Lepas tu aku nak solat dulu sebelum pergi."

"Hehehehehe... ok lah. Nanti aku belanja kau nasi goreng esok ye."

"Yelah... yelah..."

"Hantar dia ke sini je. Nanti kami balik sama-sama."

"Ok."


*********************************************


Aku keluar dari kereta setelah memarkir kereta di tempat parking yang disediakan.

"Hi El. Kerja I tak siap lagi." Jacob bersuara sebaik sahaja aku menutup pintu kereta.

"Lama lagi tak?" Aku memandangnya. Jambang liar mula tumbuh di wajahnya. Menurut Andria, Jacob sibuk sangat sejak kebelakangan ini sebab dia perlu menyiapkan kerjanya sebelum dia berangkat ke Zurich.

"Not sure. Maybe around seven. Before Maghrib I rasa." Entah kenapa mata Jacob aku rasakan begitu tajam merenungku. Ah, mainan perasan je ni. Syuh... syuh...

"Tak pe. I tunggu." Aku membuka pintu kereta.

"Apa kata you tunggu kat tempat I kerja?" Jacob memegang lenganku. Menghalang aku daripada memasuki kereta.

"Boleh?" Aku memandangnya.

"Boleh." Dia melepaskan pegangannya.

"Kejap. I ambil handbag." Aku mencapai handbag yang aku letak di bawah tempat duduk penumpang hadapan. Kejadian jenayah yang sering berlaku sekarang membuatkan aku cukup berhati-hati.

"Jom." Aku membuntuti langkah Jacob. Cuaca di Taman Tasik Shah Alam ketika ini berangin. Ku kerling jam di tangan. Jam 6:30 petang. Patutlah. Orang pun makin ramai. Ada yang berjoging, ada yang sekadar duduk di bangku sambil termenung. Aku tersenyum memandang keadaa tersebut kerana perkara itu lah yang sering aku buat ketika kebosanan melanda diri dan ketika diri ini malas untuk berjoging.

"El." Aku menoleh memandang Jacob.

"Apa?"

"Thanks."

EliyaWhere stories live. Discover now