"Apa hal tadi?" Soalku tidak sabar apabila kami sudah berada di dalam perut kereta.
"Apa?" Jacob memulakan perjalanan.
"Your friends! Dorang inspektor ke?" Soalku jengkel.
"No. They are my ex-classmate in Dublin. In addition, they are doctor. Not inspector, sweetheart." Jacob mencuit pipi ku.
"Then, what just happen?"
"I'll explain later." Jacob tersengih.
"I want the explanation now!" Tegasku.
"Okay, no need to angry." Jacob mengemam bibirnya.
"I am not angry Jack. I just... don't know anything. Your friend's tanya I macam-macam terutamanya Linda. What have I done yang buatkan dia marah dengan I?" Aku meramas jari jemariku.
"We are best friend. Linda, dia sukakan I. Tapi, I nak hubungan kami sebagai kawan saja. Tak lebih, tak kurang. Then, Salim and Azam asked me to gave an opportunity to her because they felt pity for her. Masuk bulan ketiga kami menjadi kekasih, I putuskan hubungan. I tak boleh teruskan hubungan kami. I tak sampai hati tipu dia dan yang paling penting, I tak boleh tipu diri I sendiri. Linda minta sebab kenapa I tak boleh terima dia. I bagi dia dua sebab." Jacob menghela nafas. Pernah menjadi kekasih selama hampir tiga bulan. Aku hela nafas panjang. Patutlah Linda tak suka aku.
"Apa dia?"
"Sebab pertama, I tak suka intelligent women. Maksud I, I tak suka gadis yang ada kerjaya yang perlukan dia hundred percent. She's a doctor, her whole life mesti dalam dunia doktor je. I suka gadis yang boleh pergi kemana je I pergi selepas kami berkahwin. Sebab kedua, I suka gadis yang terlibat dalam bidang fotografi." Jacob menjelaskan.
"But you, you don't have both. You have your own career and you bukan dalam bidang fotografi. Sebab tu Linda marah dan tak suka bila I cakap you kekasih I". Sambung Jacob.
"Tapi kenapa tipu dia? Kita kan kawan. Apa salahnya dia tahu keadaan yang sebenar?"
"I tak nak dia terus mengharap." Resah Jacob.
"Habis kalau I mengharap, macam mana?" Aku uji Jacob.
"Kalau you mengharap, I tahu nak buat apa." Jacob tersengih. Seolah-olah resahnya hilang sekelip mata.
"Jack, I don't like this." Luahku.
"You will like this." Balasan Jacob membuatkan aku bungkam.
Terus teringat pengakuan Jacob yang dia sebenarnya sudah jatuh cinta dengan aku. Sejak hari itu, kami tidak pernah lagi membincangkan hal tersebut. Aku tidak tahu sama ada dia maksudkan atau tidak. Namun, dari segi kelakuannya terhadap ku, seolah-olah mengiyakan hal tersebut. Jacob tenang memandu di sebelah ku dan aku sepi melayan perasaan.
*****************************************************
Air mata Elina yang mengalir laju tanpa henti dari tadi aku usap. Jari jemarinya aku genggam erat.
"Kak El, aku tak mahu pergi." Elina tersedu-sedan. Bajunya yang bertimbun di atas katil, dia kuis menggunakan kakinya. Menolak agar jatuh dari atas katil.
"Lina, tak boleh. Kau mesti pergi." Aku cuba memujuk. Sebelum ini, dia yang beria-ia ingin melanjutkan pelajaran ke Dublin. Kini, bila tiba masanya, dia pulak yang beria-ia tidak mahu pergi. Mak dan bapa sudah runsing. Menurut mereka, Elina menangis tanpa henti sehari sebelum penerbangannya ke sini sehinggakan Elyana turut memujuk mak dan bapa supaya tidak membernarkan Elina pergi.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...