ELIYA 10

192 4 0
                                    

Pagi tu, aku tidak tahu apa yang kena dengan diriku. Dah lah semalam aku tidur lewat. Harini boleh pula mata aku terbuka luas selepas solat Subuh. Ini semua mesti disebabkan oleh panggilan daripada Andria. Haih...Sakit kepala memikirkannya. Ketika aku duduk menghadap televisyen yang aku sendiri tidak pasti apa siarannya, Elyna duduk ditepi ku.

"Kakak tak boleh tidur?" Elina menengurku sambil mengambil remote Astro dari tanganku.

"Ha'ah." Aku membiarkan saja dia menukar siaran. Channel AXN. Aku dan Elina memang rapat. Walaupun jarak usia kami agak jauh, namun, kami saling sokong menyokong dan bantu membantu antara satu sama lain.

"Kakak okey je kan tinggal kat sini?" Aku memandang Elina sekejap sebelum mataku terpaku semula di televisyen.

"Okey. Alhamdulillah semua okey." Semalam mak, harini Elina pula.

"Kakak tak teringin ke untuk bercinta lagi?" Kali ni pandanganku terarah terus ke arah Elina.

"Aku tau kakak masih rindukan, sayangkan dan cintakan arwah Abang Amran. Tapi, yang pergi, biar pergi. Kita yang hidup ni, perlu teruskan hidup." Kali ini, Elina pula berceramah kepadaku.

"There's something wrong ke?" Apabila Elina sudah mula bercakap tentang mencari pengganti, aku mula berasa pelik. Selama aku bercinta dengan arwah Amran sehinggalah kami berkahwin dan sehinggalah keputusan nekad ku untuk tidak bercinta dalam masa terdekat, Elina menjadi penyokong aku yang paling ampuh.

"Tak tahulah nak cakap ke tak." Elina menghela nafas panjang. Aku renung wajahnya. Aku tahu walaupun matanya menghala ke skrin televisyen, namun fikirannya ke arah lain.

"Better cakap!" Aku mula mengeluarkan nada tidak senang.

"Sebenarnya, Ikhwan ada datang jumpa mak dan bapa." Elina menjeling pintu bilik tempat tidur mak.

"Biarlah dia datang jumpa mak dan bapa. Kan dia anak buah mak. Memang patut pun dia datang melawat mak." Aku turut menjeling ke pintu tersebut. Ini mesti ada kena mengena dengan adik mak iaitu Mak cik Sunti.

"Tapi dia datang berhajat." Suara Elina tenggelam timbul mengucapkan ayatnya.

"Hajat apa?" Aku merenung Elina.

"Hurmm...mak dan bapa tak cakap apa-apa pasal Ikhwan dengan Kak El ke?"

"Tiada. Tak cakap apa-apa pun. Na, kalau ada yang melibatkan aku dan keluarga kita, Na kena cakap tau. Tak mau sembunyi apa-apa pun." Aku mula rasa tidak sedap hati.

"Hajat apa?" Aku mendesak Elyna.

"Ikhwan nak jadikan Kak El isteri dia." Elyna berkata dengan nada perlahan.

Aku terkelu. Kenapa begitu banyak perkara yang memeranjatkan aku sejak kebelakangan ini. Tak habis dengan khabar yang Andria bawa, datang lagi satu khabar yang tidak menyenangkan hatiku. Ikhwan! Lelaki itu memang tidak pernah jemu untuk memburu aku. Dari saat aku menjadi balu sehinggalah sekarang, tidak puas-puas dia menganggu ku. Rimas dibuatnya! Anak angkat Makcik Sunti itu memang seorang yang keras kepala!

"Bapa dan mak cakap apa?" Aku bersuara setelah lama menyepi. Elyna memandangku dengan wajah bersalah.

"Bapa dan mak cakap, nanti dorang akan bincang dengan kakak. Tapi, dorang tidak suruh Ikhwan tu berharap." Elina asyik menjeling pintu bilik mak. Suaranya makin perlahan.

"Isteri dia tahu ke?"

"Tak tahulah. Tapi dari apa yang Na dengar dari sepupu kita yang lain, dorang akan bercerai. Sebab apa dan bila, Na tak tahu pula." Elina tiba-tiba memegang tanganku.

"Kak El, jangan kahwin dengan dia ya. Na tak suka lah perangai dia. Berlagak sombong. Mentang-mentangla dia Pegawai Daerah, sombong kemain." Elina bersungguh-sungguh mengucapkan kata-kata itu.

"Siapa kata Kak El nak kahwin dengan dia? Kak El pun tak suka dia." Aku mengusap-usap tangan Elina bagi menunjukkan keyakinan dalam kata-kataku. Sejujurnya aku lagi suka perkhabaran yang Andria bawa daripada perkhabaran yang Elina bawa.


***************************


Keesokannya, aku berkelakuan seperti biasa seolah-olah dua perkhabaran yang mengejutkan aku semalam dan pagi tadi tidak pernah aku terima. Destinasi pertama yang kami lawati adalah The Lake House di Habu. Rumahnya yang menyerupai English Country memang sangat menarik perhatian. Kami bergambar dan berjalan-jalan di sekitar hotel tersebut sebelum singgah di Estet Teh Cameron Bharat. Di situ, kami berjalan-jalan di lorong-lorong teh yang ditanam di lembah Cameron.

Aku menghirup udara segar lama-lama. Sudah terlalu lama aku tidak menghirup udara segar Cameron Highland. Adik-adikku mentertawakan gelagatku. Mak dan bapa berpimpin tangan ketika melalui jambatan di kawasan ladang teh tersebut. Ku akui cemburu melihat kemesraan mereka ketika itu. Impian aku dan Arwah Amran ikut sama terkubur bersama jasadnya.

Seterusnya kami ke Air Terjun Robinson. Niat di hati ingin berjalan kaki melalui pejalan kaki yang bermula dari taman di Persiaran Dayang Endah dan akan berakhir di jalan utama. Tetapi bapa tidak mengizinkan kerana kami tidak mempunyai juru pandu arah. Kata ayah, kawasan hutan apatah lagi kawasan hutan tebal seperti kawasan hutan Cameron Hinghland ini mempunyai banyak makhluk Allah lain yang perlu dihormati. Takut sekiranya tersilap percaturan, boleh sesat dibuatnya walaupun laluan pejalan kaki tersedia ada. Lalu kami hanya mengambil gambar di sekitar kawasan situ.

Begitu juga di Air Terjun Parit. Kami hanya mengambil gambar. Elyana mula merungut tentang larangan bapa kerana dia teringin mengambil gambar di kawasan air terjun. Namun rungutannya berhenti apabila jelingan mak menerpa ke wajahnya. Kami pulang sebentar ke apartment tempat kami menyewa untuk solat Zohor.

Kami makan tengahari di deretan restoran di Tanah Rata. Lebih kurang ada lima buah restoran disitu. Hari itu, hampir seluruh tanah rata kami jelajahi. Kami sengaja tidak naik ke Brinchang kerana itu untuk rancangan hari esok. Kami pulang ke rumah setelah jam mencecah angka enam. Setelah membersihkan diri dan solat asar, kami berehat kepenatan. Elyana dan Elina tidur di atas sofa sementara aku cuma membaca majalah RAPI yang baru ku beli tadi. Bapa dan mak sedang duduk di balkoni sambil sambil meminum kopi. Elisha pula sedang melayari instagram.

EliyaWhere stories live. Discover now