Eliya 39

181 1 0
                                    

Entah sudah berapa lama aku duduk di dalam bilik mandi. Buat pertama kalinya, aku tewas dengan perasaan aku sendiri. Sentuhan dan belaian Jacob semalam masih hangat aku rasakan. Air shower aku biarkan mengalir. Aku merenung kosong dinding di hadapan ku. Hati ku berbunga riang namun dalam masa yang sama otak ku mengingatkan bahawa aku telah mencurangi arwah Amran. Aku biarkan Jacob membelai ku di katil yang kami miliki bersama. Air mata mengalir perlahan-lahan. Terasa seperti aku mengkhianati arwah Amran. Aku menutup mata dan cuba menenangkan diri.


Adakah aku menyesal dengan perbuatan yang kami lakukan semalam? Tidak. Namun aku tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan Jacob. Keinginan untuk mengulangi semula kejadian semalam memenuhi ruang hati ku. Ya Tuhan, apa yang merasuk diri ku sekarang ini. Aku menghela menafas sedalam-dalamnya sebelum membersihkan tubuh badan ku.

Sebaik sahaja keluar dari bilik mandi, aku lihat Jacob masih lena di ulit mimpi. Tubuhnya yang terdedah separuh membuatkan aku berdebar. Aku baring semula di atas tilam dan menghadap Jacob. Wajah kacak Jacob aku tatap dalam-dalam. Adakah aku jatuh cinta kerana wajah kacaknya? Adakah aku jatuh cinta dengan kelakuaannya terhadap ku? Aku sendiri tidak pasti. Tapi yang pasti, semenjak mengenali Jacob, hati ku seolah-olah hidup semula. Hati ku tidak pernah berhenti mendendangkan irama riang.


Sejak kami menjalinkan hubungan, Jacob pastikan kami berjumpa setiap hari kerana menurutnya, dia pasti akan rindu untuk menatap wajah ku di hadapan matanya kalau dia keluar negara lagi. Wajah bersihnya aku elus. Jacob bergerak namun masih tidak tersedar dari lena. Dengkurannya menggelikan hati ku. Aku kucup perlahan pipi Jacob. Tiba-tiba perasaan untuk mengulangi perkara semalam terbit di dalam hati ku. Aku menggelengkan kepala berkali-kali. Ya Tuhan, apa yang terjadi dengan diri ku. Ingin membuang perasaan yang tiba-tiba membuak untuk menyentuh Jacob, aku bangun dan menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Ketika membasuh kuali, tiba-tiba ada tangan melingkar di pinggang ku dan kemudian satu kucupan hinggap di pipi ku.

"Jack." Seru ku.


"I missed your warm body." Jacob mendekatkan pipinya dengan pipi ku.

Debaran di dada ku semakin mengencang. Kejadian semalam terbayang-bayang di minda.

"I nak you." Ujar Jacob lagi. Kali ini dagu Jacob sudah di bahu ku. Namun tangannya masih merangkul pinggang ku.

Aku terkelu dan terkaku. Keinginan kami sama. Aku tidak tahu bagaimana untuk memberikan kata.
"Say something El." Bisiknya.


"I already prepared breakfast. You nak air apa?" Ada getaran di dalam suara ku. Dan aku rasa Jacob perasan kerana Jacob mengambil kuali dan meletakkannya di tepi sebelum memusing tubuhku untuk berhadapan dengannya.

"El, why?"

Aku hanya memandang dada Jacob yang tidak berbaju. Tidak berani memandang wajahnya. Aku seorang yang tidak pandai menyembunyikan perasaan ku. Sekiranya saat ini Jacob melihat wajahku, pasti dia akan memahami keinginan ku. Dan aku sebolehnya tidak mahu perkara tersebut terjadi lagi.

"El..." Kedua belah tangannya memegang pipiku dan memaksa aku melihatnya.

"You want me too kan." Itu bukan pertanyaan. Itu kenyataan. Jacob mampu membaca riak wajahku sebaik sahaja matanya memandang mata ku. Aku mengangguk. Suara ku seolah-olah hilang.

"But you're very sure what we did last night is wrong. That's why you're reluctant now" Jacob mengelus wajahku. Aku mengangguk lagi. Aku sedar kami berdosa besar semalam. Namun keinginan kami berdua mengatasi segala-galanya.

"Marry me when I come back from Africa. So we can do what we are doing last night anytime anywhere without restriction." Jacob memandangku tepat.

"Jack, I'm not sure." Hatiku berbelah bagi. Adakah perkahwinan kami berlandaskan nafsu semata-mata? Ya, aku mencintainya, dia juga mencintai aku. Namun hubungan cinta di antara kami masih berada di fasa baru.

"I didn't want the answer right now. Take your time to think about this. Tapi jangan fikir lama sangat. After last night, I don't think I can control myself every time I see you." Dengan kata-kata tersebut, Jacob menarik aku ke bilik tidur. Kenangan indah semalam berulang kembali. Sekali lagi kami hanyut di buai perasaan kami sendiri.


EliyaWhere stories live. Discover now