Seperti yang dirancang, aku dan keluarga Andria sudah tercongak di tepi sungai. Menunggu masa untuk terjun ke dalam sungai. Kami menyewa sebuah chalet yang berada di tepi sungai yang terdapat di sepanjang deretan Sungai Congkak. Selesai mengangkut barang-barang makanan dan pakaian ke dalam chalet, kami bersiap sedia untuk mandi.
Andria tentunya yang paling kecoh ketika itu. Baru sahaja hujung jari kakinya mencecah air sungai, dia sudah berteriak menyatakan air sungai itu sejuk. Jacob pula sudah menghilang entah kemana. Mahu mengambil gambar katanya. Sudahnya, tinggal aku, Uncle Jaafar dan Auntie Agnes yang berendam di dalam sungai. Andria hanya bermain air di tepi sungai.
Sungguh segar rasanya berendam di dalam air sungai yang jernih. Seolah-olah semua tekanan hilang. Selesai mandi, kami menukar pakaian di bilik mandi awan yang berhampiran dan selepas itu bersiap sedia untuk makan tengahari. Untuk makan tengahari, Auntie Agnes sempat memasak nasi goreng dan ayam goreng yang disediakannya pagi tadi.
Ketika kami menikmati makanan tengahari, barulah Jacob memunculkan dirinya. Rambutnya terselit sehelai dua daun. Entah mana saja dia pergi untuk menangkap gambar, mungkin untuk disimpan sebagai koleksi peribadi atau untuk majalah-majalah fotografi.
Jam telefon ku kerling. Sudah pukul tiga. Pantas aku meminta diri untuk menunaikan solat Zohor. Sementera menunggu waktu Asar, aku membaca Al-Quran yang disediakan di surau tersebut. Usai menunaikan solat, aku kembali ke chalet yang kami sewa. Cuma Jacob yang kelihatan di situ. Andria, Uncle Jaafar dan Auntie Agnes entah kemana menghilang. Jacob ketika itu sedang menyediakan peralatan untuk memanggang.
"Mana yang lain?" Aku menghampiri Jacob sambil mencapai tiang tempat pemanggang dan menyerahkannya kepada Jacob.
"Arang terlupa nak bawak. Dorang pergi beli arang." Jacob terus memasang kerangka-kerangka besi tempat pemanggang.
"Kenapa tak guna tempat pemanggang yang sedia ada?" Soalku kerana hairan kerana tempat pemanggang memang sudah disediakan khas disitu.
"Dah biasa guna sendiri punya."
"You cut your hair?" Soal Jacob tiba-tiba.
Aku yang duduk mencangkung ketika itu mendongakkan kepala memandang Jacob yang berdiri di hadapan ku. Mak aih. Tingginya mamat ni. Aku pantas bangun sambil menyentuh rambut ku. Perasan jugak dia aku potong rambut eh. Padahal aku cuma potong beberapa inci sahaja. Daripada paras pinggang, aku potong ke 5 inci keatas dari paras pinggang.
"Potong sikit je." Aku tersengih memandangnya namun sengihan itu mati apabila tiba-tiba Jacob mengelus rambut ku.
"Jack!" Spontan bibirku memanggilnya dengan panggilan 'Jack'. Entah kenapa nama itu senang saja meluncur keluar dari bibir ku.
"Jack. I like that." Untuk kesekian kalinya dia mengatakan. Jacob mengulum senyum sambil melepaskan rambutku.
Aku cuba untuk mengawal hatiku yang berdegup kencang. Boleh mati aku kalau macam ni! Dengusku. Tindakan Jacob selalu tidak terjangka. Perlahan-lahan aku duduk di atas kerusi yang berada di luar chalet. Dalam diam aku memegang dada. Meredakan gelora di jiwa. Kelakuan Jacob kadangkala membuatkan aku lemas. Namun rasa lemas itu membuatkan diriku berasa bahagia. Perasaanku terbuai. Pelik bukan. Entahlah. Hehehe...
"Im going to Bandung next month." Tiba-tiba Jacob bersuara. Ku lihat tempat pemanggang telah kukuh berdiri. Again???
"Be careful." Sepatah saja aku jawab. Perasaan tertanya-tanya meresap ke dalam hati.
"I just want you to know." Jacob menyambung lagi.
"But why?" Tidak mampu bibir ini ku tahan daripada mengeluarkan soalan tersebut.
"No reason. I just... Like it. I feel comfortable when you know where I am." Jacob sudah duduk disebelahku.
Terasa dia begitu rapat denganku. Risau dengan perasaan yang ku rasakan makin menular jauh ke dalam hati, aku mengubah topik.
"Lamanya dorang pergi beli arang." Terdengar Jacob tergelak kecil.
"I tahu you nak tukar topik. Comel lah!" Belum sempat aku mengelak, tangan Jacob sudah singgah di kepala ku dan mengusapnya perlahan. Senang dengan kelakuannya, aku biarkan sahaja.
"Dorang pergi buat arang dulu tu." Jawapan Jacob mencetuskan ketawa dari mulut ku. Mahu marah Andria kalau dia dengar.
"I think I'm slowly fall in love with you." Suara Jacob sekali lagi memecah kesunyian kami. Aku menoleh memandangnya.
"Apa dia?" Soalku sekali lagi. Bimbang tersilap dengar.
"I think I'm slowly fall in love with you." Pandangan Jacob kali ini sangat berlainan dengan yang sebelum ini. Sangat tajam dan terus menusuk ke dalam kalbu.
Ah, sudah!!! Pengakuan dan kelakuan Jacob sekali lagi membuatkan jantungku berdegup kencang. Ku rasakan, tidak pernah sekali pun jantung ini berdegup dengan normal selama berada di sisi Jacob. Sudahlah hati ini sudah terpaut padanya. Aduh!!!
"Jack, I don't know how to react." Dalam kekalutan begitu, itu sahaja kata-kata yang mampu aku ucapkan. Senyuman Jacob sekali lagi mendatangkan ketenangan dalam jiwa ini. Ah, perasaan lagi! Aku cuba usir jauh-jauh perasaan yang makin kuat mencengkam hatiku.
"We will talk about this later. Dorang dah sampai." Jacob pantas bangun lalu berjalan menuju ke arah ibu bapanya. Andria ku lihat membawa tiga kon aiskrim di tangannya. Satu di capai oleh Jacob dan satu lagi diberikan kepadaku.
"Thanks." Andria tersengih.
"Korang berdua ni macam dah pasangan kekasih pulak aku tengok." Omel Andria.
"No lah. We just friend." Aku kerling Jacob. Masih berdebar-debar dengan pengakuan berani matinya tadi walaupun dia belum sahkan.
"Friend lah sangat!" Perli Andria.
"Korang berdua adalah BFF aku." Aku menjawab dengan nada ragu-ragu. Dan aku yakin Andria perasan nada yang aku gunakan.
"Pembetulan! Iam your BFF. He's your future husband." Andria membetulkan kenyataan yang aku buat.
"Dria!" Aku cubit pingganya. Namun, belum sempat dia membalas, aku sudah berdiri dibelakang Jacob. Wajah cemberutnya membuatkan kami tertawa.
Setelah memyediakan apa yang patut, kami mula memanggang ayam, sotong, kentang, sosej dan macam-macam lagi jenis makanan yang telah kami bawa. Jacob tidak lagi menimbulkan soal tadi dan aku jugak tidak lagi bertanya kepadanya.
Kami menjemput jiran di sebelah menyebelah kami untuk menikmati makanan bersama. Jacob, Uncle Jaafar dan Auntie Agnes berbual dengan orang-orang yang kami ajak sebentar tadi Aku masih setia duduk di tepi pemanggang bersama Andria. Sambil tangan kami sibuk menyuap dan mulut kecoh berbicara, mata kami tidak lupa memandang sekali sekala keatas pemanggang untuk memastikan makanan yang tengah dipanggang tidak hangus terbakar.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...