Bunyi merdu biola yang Natrah mainkan mendamaikan jiwa. Menurut Natrah, dulu mummy sangat suka mendengar gesekan biola Natrah. Sebab itu, setiap hari Natrah pasti akan menggesek biolanya untuk mummy walaupun mummy masih tidak bergerak. Daddy juga berada di dalam bilik. Tangannya rapat mengenggam erat tangan dingin mummy. Arman tidak kelihatan. Berkurung di dalam bilik barangkali.
Sekali dalam seminggu aku pasti datang melawat keluarga Arwah Amran. Kadang-kadang hari Sabtu dan Ahad, sekiranya tiada perancangan dari Andria dan aku tidak berkerja, aku pasti ke sini. Meluangkan masa seharian di sini. Berborak dengan Natrah, mummy dan daddy. Kadang-kadang aku mengambil alih tugas menjaga mummy sekiranya Natrah dan daddy terpaksa berjumpa klien di hujung minggu.
Selalunya selepas Isyak aku akan balik. Bukan tidak pernah daddy dan Natrah mengajak aku tidur di sini, namun perasaan kurang selesa masih sukar aku tepis. Seribu satu alasan aku berikan supaya tidak bermalam di sini. Tapi, pagi itu, Natrah berjaya membuatkan aku bersetuju untuk bermalam di sini atas alasan yang kukuh. Menurutnya, dia hendak memberikan sesuatu kepadaku berkenaan barang-barang arwah Amran.
Gesekan biola Natrah masih kedengaran. Aku semakin hanyut dalam nada yang penuh kesedihan dan kesepian. Sekiranya arwah Amran masih hidup, tentu saja sekarang ini kami sedang menjalani kehidupan yang bahagia di temani anak-anak. Bayi yang pernah mendiami rahimku mungkin sudah berusia lima tahun sekarang dan mungkin sudah mempunyai seorang adik. Mungkin sekacak ayahnya sekiranya dia lelaki. Arwah Amran memang sentiasa menginginkan anak lelaki.
Astaghfirullah hal azim... aku meraup wajah. Berkali-kali aku beristighfar dalam hati. Perasaanku yang mempersoalkan takdir sebentar tadi, aku lontar jauh-jauh dan tidak mahu memikirkannya lagi. Gesekan biola akhirnya berhenti. Air mata membasahi pipi Natrah. Sudah lima kali aku menonton Natrah menggesekkan biolanya di tepi katil mummy, dan setiap kali itu jugak air matanya tumpah tidak berkesudahan. Aku hulurkan tisu kepadanya. Memberikannya senyuman yang aku harap dapat menenangkan dirinya.
"Thanks. Nat berharap mummy akan suka." Natrah duduk di sebelahku. Biolanya dibiarkan di atas meja. Daddy sudah merebahkan kepalanya di tepi kepala mummy.
"Dia pasti suka." Aku capai tangannya. Cuba menyalurkan tenaga positif dalam dirinya.
"Harap-harap gesekan biola Nat mampu menyedarkan mummy dari lena yang panjang dan mengurangkan kesakitannya.
"Insya-Allah Nat. Masih belum ada apa-apa perkembangan?" Aku memandang mesin pernafasan mummy. Satu-satunya benda yang memberitahu kami bahawa mummy masih lagi bernyawa.
"Tak ada apa-apa. Cuma sesekali je mummy menggerak-gerakkan jari telunjuknya."
Kali kedua kedatanganku melawat mummy, mummy memberikan respon yang mengejutkan kami semua dengan menggerak-gerakkan jari telunjuknya beberapa kali. Menurut doktor, ia merupakan perkembangan yang bagus dan meminta kami meneruskan usaha yang kami lakukan untuk menyedarkan mummy semula.
"Tak apa, kita berusaha lagi. Jangan risau." Aku memberikannya lagi sehelai tisu.
"Nat dan daddy rasa, kitaorang nak upah nurse baru untuk mummy." Natrah memberitahuku cadangannya dengan daddy.
"Nurse lain?" Pandangan mataku tertumpu tehadap kedua-dua jururawat yang menjaga mummy. Mereka sedang berborak ketika itu.
"Ya. Nanti Nat terangkan sebabnya." Natrah turut memadang jururawat tersebut.
Arman masuk diikuti oleh seorang lelaki segak berkot berwarna biru gelap. Lelaki bercermin mata itu memandang Natrah yang tiba-tiba menunduk. Pandangan yang penuh rasa kasih terpancar di bola matanya.
"Daddy." Tegur lelaki tersebut sambil menyalami tangan daddy. Kemudian dia mencium dahi mummy.
"Maaf, dah lama tak datang. Farid terpaksa ke Sarawak sebulan. Ada kursus." Lelaki itu menggelarkan dirinya Farid. Farid... nama itu berlegar di minda ku. Ah, siapa ya?
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...