Eliya 46

52 1 0
                                    

Keesokannya, seperti yang dijanjikan, aku sudah tercengat di bawah apartment menanti kedatangan Jacob. Tepat jam 9.35 pagi, kereta MPV berwarna hitam milik Jacob meluncur masuk.

"Hi. You look beautiful today." Jacob menegurku. Aku cuma tersenyum. Blaus Lycra lengan panjang berwarna ungu lembut dan seluar jeans berwarna biru gelap aku pandang.

"Thank you."

"Kita tengok wayang, nak tak?" Ajak Jacob sebaik sahaja kami memasuki One Utama.

"Tapi sebelum tu I nak beli lense kejap. Boleh kan?" Aku balas dengan anggukan.

"You nak tengok cerita apa? Kita beli tiket dulu. Kang ramai nanti yang beratur untuk beli tiket kalau dah masuk tengahari.

"I tak kisah." Aku mengikuti langkahnya ke escalator. Aku kehilangan kata apabila bertemu dengan Jacob. Aku tidak tahu apa perlu di bicarakan.

Usai membeli tiket, kami ke kedai yang menjual lensa kamera. Jam ditangan menunjukkan pukul 12.45 tengahari sebaik sahaja kami selesai makan tengahari.

Sementara menunggu jam 2 petang, kami menuju ke kedai buku MPH. Aku sangat suka masuk ke kedai buku. Semua buku aku belek. Tidak kira buku jenis fiksyen ke, bukan fiksyen ke, semua aku belek. Pernah aku menghabiskan hari Sabtu ku seharian didalam kedai buku Kinokuya.

Tanganku pantas mencapai buku bertajuk Investment lalu membeleknya. Tiba-tiba ada tangan yang merangkul pinggangku. Aku pandang kearah kiri untuk melihat siapakah gerangan yang berani memeluk pinggangku. Sebaik sahaja aku menoleh, wajah Jacob begitu dekat dengan wajahku sehinggakan aku terdengar desah nafasnya.

"Jack!" Marahku. Lebih kepada terkejut sebenarnya.

Jacob mengambil buku ditangaku dan meletakkanya semula ke rak buku sebelum menarik tanganku menuju ke tempat parking kereta.

"Movie?" Tanyaku sambil masuk ke dalam kereta.

Jacob tidak menjawab sebaliknya memandu keluar dari kawasan One Utama. Menuju kemana? Aku sendiri tidak pasti. Namun mata tetap sesekali menjeling papan tanda arah di jalan raya bagi memastikan aku tahu lokasiku ketika ini.

"Jacob, kita nak pergi mana?"

"I rasa wayang bukan tempat yang sesuai untuk I pujuk you. I ada idea lagi bagus."

"Apa?"

"Tunggu je. Jangan risau okey." Jacob menyentuh tanganku sebentar sebelum beralih ke stereng kereta.

Ke kawasan mana entah Jacob membawa aku kerana seingat aku, sebaik sahaja kami keluar dari tol Damansara, aku sudah terlelap. Sedar-sedar aku sudah berada di kawasan lapang yang menghadap ke laut. Jacob berada di luar, sedang merenung laut yang membiru.

Aku melangkah keluar dari kereta perlahan-lahan. Aku pandang sekeliling. Jalan raya di belakang kurang sibuk. Tapi pantai di depan begitu putih pasirnya.

"Hi."

"Where are we?"

"Kat salah satu kat pantai kat Port Dickson."

"Kenapa datang sini?" Tengahari begini pergi pantai? Panas kot. Nasib baik pantai yang Jacob pilih ni banyak pokok merimbun.

"Masuk dalam kereta." Pulak?!

"I rasa nak mandi kat pantai. Jom pergi beli baju ekstra." Mandi? Ei, tak mahu lah.

"Tak nak lah." Aku tertawa kecil. Ada-ada je Jacob ni.

"Hurm, kita round-round PD dulu then dah petang sikit, kita lepak sini balik."

"Okay." Aku mengikut saja. Tak sanggup rasanya jadi penunggu pantai panas-panas begini.

***************

"Kenapa datang sini?" Soalku semula sambil menanggalkan kasut dan meletakkannya ke dalam kereta. Kemudian berjalan ke gigi air. Pantai yang putih, bersih dan air laut yang jernih dan membiru menenangkan perasaanku.

"I tau you suka pantai." Jacob menuruti langkahku.

"Thanks." Ujarku sambil tersenyum kepada Jacob.

Setelah berjalan beberapa minit, Jacob memulakan bicara.

"I love you and will you marry me?"

Automatik kepala ini menoleh dia disebelah. Memain ke apa dia ni?

Bagaikan memahami apa yang tersirat dikepala, Jacob mengulang semula apa yang dikatakannya.

"I love you and I want you to marry me." Kali ini bukan soalan sudah, tapi pernyataan.

Sah!!! Ku telan air liur yang terasa kelat. Bukan aku tidak gembira mendengar ucapannya, cuna hati ini tiba-tiba berasa gusar. Entah kenapa. Aku kalih kepala semula kehadapan.

Tidak tahu mahu membalas apa. Kaki masih juga melangkah memijak butir-butir pasir yang lembut namun langkah terhenti apabila Jacob memaut tanganku. Jacob memaksa aku memberhentikan langkah dan menarik bahuku untuk berhadapan dengannya.

"I tahu you dengar." Jacob merenung mataku.

"Jack, I..."

"I tak nak dengar apa-apa dari you sekarang. I akan pergi Baghdad lusa. Sepanjang ketiadaan I, I harap you fikir nasak-masak tentang hubungan kita. I want you to know, I want more than the couple thing. I want you to be my wife, my soulmate." Lagi keluh lidahku mendengar penjelasan Jacob.

"I tak nak you terpaksa terima I. I tak tahu sama ada ini terlalu cepat buat you atau terlewat buat I. Tapi I nak you tahu tentang impian I terhadap hubungan kita. I know its sound like I'm selfish, but I can't hold it anymore. I dah tak mampu pandang you je jauh dari jauh. I tak nak you terlepas. I sangat-sangat memerlukan you dan yang paling penting, I ingin memiliki you."

Panjang lebar penjelasan Jacob. Bunyi deruan ombak yang menghempas pantai ku dengar seakan mengalunkan melodi yang senada dengan irama hati kami. Aku tersenyum memandangnya.

"Jack, I..." aku duduk diatas pasir. Pantai yang putih itu aku renung.

"Whats wrong?" Jacob turut duduk disebelahku.

"I masih tak boleh lupakan arwah Amran. Dan I akan tetap bertemu dengan keluarga arwah Amran terutamanya Amran. I won't avoid it and I won't stop it!" Aku berterus terang dengan apa yang aku rasa ketika ini.

"Berkenaan keluarga Amran, I knew its my mistake for cemburu buta dengan hubungan you and Arman, and I admitted it my stupid mistake to not let you explain the whole things and believe everything Anita said to me. I know, apologize it self its not enough. I tak akan halang you jumpa keluarga Amran dan Arman, because before me, mereka yang muncul dalam hidup you dulu. I cuma minta, you bagitahu I if you pergi berjumpa dengan mereka untuk mengelakkan fitnah berleluasa." Panjang lebar ucapan Jacob kali ini.

"Eliya, look. I tak minta you lupakan Amran. I knew, dia tetap dalam hati you. I just minta sedikit ruang dalam hati you untuk I. I tak nak jadi pengganti dia sebab I tahu antara I dan dia ada perbezaannya. I tahu I takkan mampu mengantikan dia sampai bila-bila." Aku pandang jari jemariku yang kini berada dalam genggaman Jacob.

"As for Amran, jangan lupakan dia. I tak minta you lupakan dia. I just nak you bagi I peluang mencintai you, menyayangi you, mengasihi you dan menjaga you seumur hidup I."

Aku tidak memberikan sebarang kata-kata. Aku hanya memandang wajah Jacob. Cuba untuk memahami apa yang tersurat dan tersirat di sebalik kata-katanya.

Petang itu, kami habiskan dengan menjelajah pantai di Port Dickson. Kami membuat keputusan untuti tidak memberitahu siapa-siapa pun apa yang terjadi sehinggalah ada keputusan yang pasti dari ku. Aku yang meminta Jacob menyimpan rahsia ini. Cukup hanya kami berdua sahaja yang tahu.

Malam ini, aku berteleku di atas sejadah. Tetap masih ingin meminta petunjuk dari TUHAN yang Maha Esa mengenai hubungan aku dan Jacob. Hati dan minda ku sudah selari untuk bersetuju dengan lamaran Jacob, namun tetap masih ada rasa ketidakpastian. TUHAN, tolong aku.

EliyaWhere stories live. Discover now