Sebaik sahaja kaki ku melangkah masuk ke dalam pejabat, wajah ingin tahu Andria menantiku. Andria ni! Tak reti sabar. Semua nak cepat je.
"Cepatlah cerita." Andria membuntuti langkahku menuju ke pantri.
"Sabar boleh tak? Aku nak buat air ni. Bak sini mug." Aku menghulurkan tangan untuk mengambil mug dari tangan Andria.
"Morning guys." Kedengaran suara Micheal. Aku tersenyum sambil menerima huluran mug Micheal. Rutin yang seakan-akan sudah biasa aku lakukan sekiranya Rika bercuti.
"Eh, hello Mr. Micheal! Ingat El ni tea lady ke?" Terjegil mata Andria memandang Micheal.
"Habis tu, you pun sama. Suruh El buatkan air jugak. Takkan I tak boleh?" Wajah selamba Micheal menaikkan lagi kemarahan Andria. Aku tahu Andria marah bukan disebabkan aku membancuh air minuman Micheal. Tapi disebabkan kemunculan Micheal untuk bersarapan bersama kami membantutkan hasratnya untuk mengetahui apa yang terjadi pada hari sabtu lepas.
"El is my best friend. You tu siapa?" Andria sudah bercekak pinggang memandang Micheal.
"Sudah... Sudah... Jom sarapan. Aku lapar." Aku pantas mengajak mereka untuk bersarapan. Malas sebenarnya mendengar mereka bertekak pagi-pagi begini. Boleh spoil mood dibuatnya. Aku duduk di antara mereka berdua. Tidak mahu mereka meneruskan pergaduhan.
Sebaik sahaja kami memulakan kerja, Andria tidak lagi membangkitkan tentang perkara tadi. Salah satu sikap Andria yang paling aku kagumi, dia pandai membawa diri dan menyesuaikan diri dalam keadaan apa jua. Dia juga tahu masa berkerja adalah untuk berkerja. Bukannya untuk benda lain. Namun aku harus bersedia untuk masa lunch hour nanti kerana aku pasti, dia akan membangkitkan semula perkara tadi.
Seperti ku duga, sebaik sahaja kami selesai makan tengahari, Andria membangkitkan semula soal pagi tadi. Aku tenang bercerita tentang apa yang terjadi pada sabtu lepas.
"So, what you want to do?" Andria memandangku. Aku cuma mengangkat bahu. Tanda aku belum berfikir lagi apa yang harus aku lakukan.
"Kau maafkan dorang?"
"Soal kemaafan aku dah lama maafkan mereka. Lagipun aku tahu, salah aku jugak kerana disebabkan akulah arwah meninggalkan keluarganya. Mereka tak bersalah. Aku yang bersalah. Tapi terus terang, aku masih gerun nak berjumpa dengan bekas ibu mertua aku." Aku berterus terang tentang perasaan aku kepada Andria.
"Dalam keadaan koma macam tu pun, kau masih takut dengan dia?" Andria mengejekku. Aku cuma tersengih.
"Mungkin aku akan datang melawat seminggu sekali. Lagipun aku boleh rasa ayah arwah tu dah menerima aku. Cuma Arman lagi yang masih dingin dengan kedatanganku. Mungkin dia tak ingat aku. Lagipun kami bukannya rapat sangat."
"Aku sangat setuju dengan cadangan kau tu. Kalau boleh, bawalah aku sekali. Nak jugak kenal-kenal dengan keluarga bekas mertua kau tu." Aku cuma mengangguk. Eh, nanti kau ada masa tak?" Andria tiba-tiba menyoalku. Aku mengangkat kening.
"Aku dengan family aku nak pergi berkemah kat Sungai Congkak tu. Mummy tu as usual nak jugak suruh ajak menantu kesayangan dia ni ha ikut sekali. So, kau boleh ikut tak?" Andria terkekeh-kekeh ketawa melihat aku mencebik muka. Suka sangat gelarkan aku ni menantu kesayangan mummynya.
"Bila?"
"Tak pasti lagilah."
"Tengoklah." Jawapku sepatah.
"Eh, tak bolehlah tengok-tengok. Kang tak jadi pergi nanti. Please lah ikut. Tak baik tau hampakan permintaan mak mertua." Andria menyakat lagi.
"Andria!" Aku tersengih melihat dia sudah melarikan diri sambil ketawa.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...