Andria tersengih memandangku. Langsung tidak menjawab soalan yang ku tanya sebentar tadi. Dia dan Jacob ni memang sah ada perangai susah nak menjawab soalan orang lain ni! Patutlah adik beradik.
"Kau kan! Memang saja kan nyusahkan aku!" Aku cubit lengannya tanda protes terhadap perbuatannya.
"Sakit lah." Keluar pun suara Andria. Aku sengaja menjegilkan mata memandangnya. Kali ini aku tidak mahu berlembut dengannya. Ku lihat Andria menggosok-gosok lengannya. Kuat sangat ke aku cubit?
"Kejap. Aku nak cakap dengan kau ni." Aku menarik Andria ke satu sudut. Aku perlu memberitahu kepadanya tentang ketidakselesaan yang aku alami sekarang.
"Aku minta maaf. Aku tahu aku salah tinggalkan kau macam tu je. Tapi aku tak tipu. Aku memang nak buang air pun." Andria cuba membela diri.
"Aku tak selesa lah kau buat macam ni." Aku terus ke tajuk utama. Kalau berkias-kias dengan Andria ni, jangan haraplah nak faham. Sama ada dia memang betul-betul tak faham atau buat-buat tak faham, aku tak pasti.
"Tak selesa apa?" Dia memandangku.
"Tentang apa pun yg kau dan mummy kau buat untuk satukan aku dan Jacob!" Aku bersuara dengan nada tegas. Tidak mahu lagi mereka merancang pelbagai cara untuk menyatukan aku dan Jacob.
"Kau tak suka ke?" Andria memegang tanganku. Aku mengangguk sebagai tanda jawapan.
"Tapi aku rasa kau macam sukakan Jacob." Aku menarik nafas panjang.
"Ya. Memang aku akui aku ada perasaan terhadap Jacob. Tapi aku tak pasti lagi. Tahu tak? Aku tak mahu membina hubungan apabila wujud rasa sangsi dan was-was dalam hati dan perasaan aku. Andria, I want a long-term relationship. Aku sendiri masih tak pasti tentang perasaan aku. Jacob pula, dia dah ada girlfriend." Aku menjelaskan panjang lebar kepada Andria. Semuanya benar kecuali tentang perasaan aku terhadap Jacob. Memang wujud rasa sangsi dalam hati aku, tapi perasaan itu wujud disebabkan aku mengetahui Jacob ada kekasih. Mana mungkin aku akan merampasnya.
Andria terdiam seketika mendengar penjelasan ku. Biarlah. Diamlah berapa lama yang kau mahukan Andria, asalkan kau faham hati dan perasaanku ketika ini. Aku rimas apabila Jacob sentiasa berada di sampingku. Bukan rimas disebabkan rasa tidak selesa, tetapi rimas disebabkan perasaan aku terhadapnya. Rimas terhadap perasaanku sebenarnya.
"Tapi aku tak suka lah kekasih dia." Andria merungut.
"Apa perasaan kau kalau Jacob tak suka hubungan kau dan Arshad?" Kali ini aku menberikan perumpaan menggunakan hubungannya. Dia harus sedar. Rasa sayang dan cinta itu tidak harus dipaksa-paksa, tapi harus dipupuk. Sekali lagi Andria terdiam.
"Kau harus faham apa yang dialami oleh Jacob sekarang ni. Cuba letakkan diri kau dalam situasi dirinya. Mesti kau rasa sedih dan kecewa kerana keluarga kau tak memahami hati dan perasaan kau kan?"
"Aku tak suka apa yang kau sedang buat atau plan sekarang ni untuk menyatukan kami sebab bukan setakat hati perempuan tu terluka, hati Jacob dan hati aku juga terluka. Tengok, mungkin Jacob akan menerima aku sebagai isterinya, tapi hati dia akan merasa sedih sebab dia tak dapat memiliki kekasih hatinya. Dan aku juga akan sedih dan terluka kerana Jacob tidak menyintai aku. Kau faham tak Andria?" Aku berhujah. Aku mahu dia faham tentang semua ini. Aku tidak mahu dia bersifat kebudak-budakkan lagi.
"But I thought, you were okay with this." Andria bersuara perlahan.
"No! I'm not okay Andria. Aku rimas tau. Kalau kau betul-betul sayangkan perhubungan kita, please don't do this to me. Bagi aku ruang untuk menjalani hidup yang tenang." Aku memegang tangannya. Tanda aku tidak memarahinya lagi. Kali ini nada suara aku juga lembut namun tetap tegas.
"Im sorry." Andria meminta maaf dari ku. Aku mengambil keputusan untuk memaafkannya. Andria ni memang. Kalau tak diberi penjelasan memang tak akan faham. Perbualan kami terhenti apabila kedengaran suara riuh Elyana berbual dengan Jacob selang berapa kaki dari kami. Haih..dia ni... Kenapalah asyik mendekat. Berapa jauh aku menjauh pun,dia asyik datang mendekat.
"El. Im so sorry." Andria meminta maaf lagi. Aku mengangguk tanda memaafkannya.
"El...Im sorry ye." Andria bersuara lagi. Haih, apa kehel plak ngan minah ni. Kan aku dah mengangguk tanda minta maaf ni.
"Berapa kali kau nak minta maaf ni?" Aku menyoalnya. Perangai macam budak-budak betul.
"Sampai kau kata 'aku maafkan kau Andria.'" Andria tersengih macam kerang busuk
"Ye. Aku maafkan kau Andria. Lain kali jangan buat lagi." Aku sengaja memerlinya. Dia tergelak besar.
Setelah hampir dua jam memerap di kedai Cactus Point, hampir RM500 duit di habiskan untuk membeli bunga dan peralatannya. Haih, Auntie Agnes ni memang hantu bunga. Setelah itu seluruh Brinchang kami jelajah. Sayur-sayuran pun habis Auntie Agnes borong. Tak tahu lah dia nak bagi siapa.
Mak tidak mahu membeli apa-apa atas alasan susah nak bawak balik ke Sabah. Kami cuma membeli beberapa helai pakaian dan barangan cendarahati untuk keluarga di Sabah.
Dari Kea Farm kami pergi ke Kok Lim Strawberry dan merasai pengalaman memetik strawberi sendiri. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan di Ye Olde Smokehouse Hotel yang terkenal dengan reka bentuk Mock-Tudor dari British. Hajat Elyana untuk berjalan kaki ke Robinson Waterfall tercapai apabila Jacob mengupah pemandu arah. Kami sekeluarga berjalan kaki menyusur denai menuju ke air terjun. Sungguh indah ciptaan Allah. Aku memohon Ya Allah agar diberikan lagi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ini.
Tepat jam 7 malam kami sampai ke rumah. Selepas berehat seketika, kami menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Jam 10 malam, aku membuat cekodok bilis dan air teh 'o' panas memandangkan semuanya masih tidak mengantuk. Elyana berbual dengan Jacob manakala Elina pulak menonton tv. Elisha berbual di telefon. Mak, bapa dan Auntie Agnes berbual di beranda. Kami menikmati cekodok bilis dan air teh 'o' panas sebelum masing-masing tertidur kekenyangan.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...