Pagi itu, aku berkerja seperti biasa. Ketika sedang tekun menyiapkan kerja, telefon aku berbunyi menandakan ada mesej whatsapp masuk. Aku membuka aplikasi WhatsApp dan membaca mesej tersebut.
-hai-
Ringkas saja. Ku lihat nombor telefon yang menghantar mesej tersebut. Aku tidak mengenali nombor tersebut. Malah nombor tersebut tidak ada dalam memori telefon aku. Siapa ye?
-hai jugak-
aku jugak membalas seringkas yang mungkin.
-Nanti lunch sama2.-
Aik, ajak lunch pulak? Siapalah pulak ni. Orang ni silap hantar sms kot.
-Pardon? Awak silap hantar whatsapp kot-
-No. Tak salah. I memang texted you Eliya.-
Kali ni, nama aku masuk tertera disitu.
-Mayb Eliya lain kot.-
Masih beranggapan orang tu salah hantar.
-I jemput you on 1pm dan Andria sekali.-
Erk... Dia tahu aku kawan dengan Andria?
-Siapa ni?-
Tidak mampu membendung rasa ingin tahu, aku bertanya kepada pengirim whatsapp tersebut.
-See you on 1pm. :) -
Aduh, pulak orang ni nak berteka teki. Aku tengok gambar profilnya adalah gunung ganang. Siapa lah pula ni? Aku membiarkan sahaja whatsappnya tidak berbalas. Entah siapa-siapa lah. Buat aku takut je. Aku kerling jam di tangan. Jam 10.10 pagi. Kalau betul-betul orang ni ajak aku pergi lunch, mesti dia akan tercongak kat opis ni. Niat untuk memberitahu Andria terbantut apabila ku lihat Andria sedang berbincang dengan Badri di satu sudut. Nantilah.
Kesibukan kerja membuatkan aku tidak sedar masa sudah menganjak ke angka 1.00 petang. Mujur Andria mengajak untuk keluar untuk makan tengahari. Kalau tidak, sudah pasti aku terlupa untuk makan tengahari.
Laju langkah Andria menuju ke arah sebuah kereta jenis MPV berwarna hitam di tepi jalan. Macam kenal lah kereta ni. Kereta siapa ye? Aku cuba mengingati kereta tersebut. Andria sudah masuk ke dalam perut kereta tersebut. Aku melangkah perlahan-lahan menuju kereta tersebut sambil cuba mengimbas memori aku. Sebaik sahaja aku membuka pintu kereta, bau haruman minyak wangi Huge segera menerpa ke rongga hidungku. Jacob! Mataku tertancap ke wajah Jacob yang sedang duduk di tempat pemanduan dan memandangku sambil tersenyum. Secara tidak langsung, memori ketika kami berkucupan terbayang depan mata. Aku menggigit bibir bawah, cuba membuang bayangan tersebut jauh-jauh.
"Naik lah cepat cik kakak oi.Dah lapar ni. Tak usah tenung Jacob lama-lama. Karang masa makan nanti, tenung lah lama-lama." Andria mengusik ku. Ku palingkan kepala melihat Andria yang duduk di sebelah Jacob. Aku tersenyum dan segera masuk ke dalam kereta.
"I've told you kan. I datang jemput you and Andria sharp 1pm." Suara Jacob memenuhi ruang.
Told me? Bila? Ah, serta merta aku teringat whatsapp sebelum ni. Dia ke yang hantar mesej?
"You ke yang texted I pagi tadi?"
"Yes. You ingatkan siapa? You tak simpan nombor I eh?" Terdengar ketawa Andria meletus.
"Sorry... Sorry El. Aku tak sengaja. Aku lupa nak bagitahu nombor Jacob kat kau." Aku menepuk kepala Andria dari belakang. Suka sangat mengenakan aku!
"Nak lunch kat mana?" Aku bertanya. Malas mahu melayan Andria yang masih tergelak. Entah apalah yang lucunya.
"KFC boleh?" Andria menjawab. Jacob hanya menganguk dan aku mengguman setuju.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...