Pagi-pagi lagi aku, Jacob dan Andria sudah tercongak di depan kedai Cactus Point sedangkan kedai tersebut belum buka lagi. Ini semua disebabkan Andria yang memaksa aku pergi pagi-pagi selepas sarapan tadi. Adik-adik aku, mak, ayah dan Auntie Agnes menyambung tidur semula. Andria, Jacob dan Auntie Agnes sampai semalam. Haih... anak beranak ni. Sejak akhir-akhir ini kerap je mengikuti ke mana aku pergi.
"Belum buka lagi ni!" Gerutu ku sambil mencapai sweater di belakang kereta.
"Daddy cakap, biar jadi first costumer. Dapat discount banyak." Andria tersengih memandangku.
"Alah... kau ni. Jom masuk kereta. Sejuk ni." Aku memeluk tubuh.
"Tak nak. Aku nak hirup udara segar." Andria tersengih memandang wajahku yang cemberut.
"Heee... Kau saje je kan nak menyusahkan aku!" Aku menunjukkan muka tidak puas hati. Jacob pun satu. Sanggup menuruti kata Andria. Ikutan hati mahu saja aku biarkan dia memekak namun wajah penat adik-adik aku mendengar bebelannya menyebabkan aku menuruti katanya. Ku jeling Jacob yang berada di kereta. Sedang membelek kameranya.
"Tak payah jeling-jeling. Masuk je temankan dia. Aku tak pe sorang-sorang kat luar. Pergilah temankan dia." Andria menolak tubuhku menghampiri kereta.
"Kesitu pulak. Dah! Kau jangan banyak songeh ok. Aku betul-betul marah ni." Aku menunjukkan wajah serius. Namun Andria hanya membalas dengan senyuman.
Tak kuasa melayan kerenah Andria, aku duduk di bangku yang terdapat diluar kedai tersebut. Kedai Cactus Point merupakan kedai kaktus yang terbesar di Cameron Highland. Di situ bermacam-macam jenis kaktus di jual dengan harga yang murah. Bunga-bunga lain pun turut di jual.
Aku mencapai teleponku dan mula bermain game. Terasa seseorang duduk di sebelahku. Namun aku buat bodoh je sebab aku tahu tu pasti Andria. Nak memujuk lah tu. Ah, selalu sangat ikut kepala dia. Umur dah 25 tahun perangai macam budak-budak lagi. Mengalahkan Elyana. Aku buat endah tak endah. Mataku terus menatap telepon ku. Tiba-tiba aku dengar bunyi enjin kereta dihidupkan. Aku mendongak memandang ke hadapan tapi sudah terlambat kerana kereta MPV milik Jacob sudah berada di jalan raya. Eh, apa ni. Kenapa tinggalkan aku? Takkan Andria marah kot sebab aku merungut tadi. Aku bingkas bangun namun terduduk semula apabila terasa tangan kananku di tarik oleh seseorang.
Kedebush! Macam nangka yang terjatuh aku terduduk. Sakit punggung aku dibuatnya. Aku toleh ke kanan untuk melihat gerangan yang menarik kasar tangan kananku. Terbeliak mataku memandang Jacob yang dengan wajah selambanya duduk disebelahku. Jadi, rupanya dari tadi Jacob yang duduk di sebelahku.
"You???"
"Yes! Me. Why?"
"I thought Andria."
"Dia pergi toilet. Tak tahan katanya."
Aku memandang jalan raya dua hala dihadapanku. Lengang. Iyalah. Mana tak legangnya. Sekarang baru jam 7.15 pagi. Aku kerling jam di tangan kiriku. Aku menghembus nafas. Kenapalah Andria ni tinggalkan aku dengan Jacob ni. Aku menekan-menekan telefon ku mencari nombor Andria.
"You sukakan I kan?"
Perbuatanku terhenti sebaik saja mendengar dia berkata macam tu.
"I tak..." Perlahan aku menjawab. Ya sebenarnya kepada jawapan itu namun aku tidak mahu dia tahu perasaan aku kerana aku sendiri tidak pasti kerana apa perasaan itu wujud.
"Habis, kenapa mummy suruh I kahwin dengan you? Mesti you yang bagi suruh mummy I kan paksa I kahwin dengan you." Lancar saja mulut dia mengeluarkan kata-kata itu. Aku tersentap dengan tuduhannya. Aku tidaklah sekeji itu.
"I tak tahu apa yang you cakap." Aku berpura-pura tidak tahu dengan apa yang Jacob katakan.
"You're Andria best friend. I bet she has informed you!" Nada suaranya tajam.
"Dia ada bagitau. Tapi I tak rancang semua tu. You ingat I nakkan you sangat ke? Please lah!" Aku mencerlung memandangnya namum dia membalas pandangan ku dengan tajam. Aku menoleh ke hadapan semula. Lemah terasa lutut ku dengan pandangannya.
"Why not you just ignore what your mummy said. I dont want to discuss about this." Aku bangun namun terduduk semula. Jacob menarik tanganku lagi. Adui, apa mamat ni serius sangat ni. Menakutkan je.
"Im not finish yet!" Tegas nadanya sambil tangannya memegang bahuku. Aku cuba menolaknya namun Jacob bertindak memeluk bahuku dengan kuat. Jantungku berdegup laju. Entah kenapa pelukannya membuatkan ku resah dan tenang dalam pada masa yang sama.
"Jacob!" Buntang mataku memandangnya.
"I tak minta mummy you paksa you untuk kahwin dengan I okey. I tak tahu pun mummy you buat macam tu. So, jangan memandai-mandai nak salahkan I!" Ada getaran dalam nada suaraku walaupun aku cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan nada tegas.
"So, memang betul yang you tak minta mummy I paksa I untuk mengahwini you?" Kali ini lembut nada suaranya.
"I masih cintakan arwah suami I dan I masih tak boleh mencintai orang lain. Susah untuk I melupakannya." Ucapku sambil menggeleng kepala untuk menjawab soalannya. I am telling no lie.
"Ok." Sepatah saja yang keluar dari mulutnya. Aku cuba untuk melepaskan diri dari pelukannya namun Jacob tetap tidak mahu melepaskannya. Aku memandangnya.
"I tak cakap tadi yang I nak lepaskan you." Senyuman terukir di bibirnya. Oh, kacak sungguh lelaki di sebelah ku ini.
"Tapi..." Kata-kataku terhenti apabila wajah Jacob semakin menghampiri ku. Serasa tidak berdaya aku. Ingin saja aku lari dari situ namun lututku makin longgar apabila desahan nafasnya sudah menampar wajahku. Aku menutup mata. Cuba untuk menguatkan semangat untuk menolaknya, namun belum sempat aku berbuat demikian, terdengar suara Jacob menampar telinga ku.
"You ingat I akan cium you ke?" Secara automatik mataku terbeliak memandangnya! Lelaki di tepi ku ini memang menyakitkan hati!
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...