Eliya 47

46 1 0
                                    

Berhar-hari aku memikirkan lamaran Jacob. Dengan Andria, aku masih merahsiahkannya, namun pendapat bapa dan emak, aku sudah tanyakan. Mereka macam biasa menyokong apa jua keputusan ku. Bagi mereka, seandainya aku merasakan Jacob terbaik untukku, maka mereka setuju dengan lamaran Jacob.

Petang itu, ketika aku sedang menyiapkan tugas harian, Aunty Agnes menelefon sambil menangis memberitahu bahawa pihak kedutaan Malaysia di Iraq memberitahu hotel penginapan Jacob dan kumpulannya telah di bom. Keadaan Jacob belum dapat dipastikan sama ada selamat atau tidak. Ketika menerima khabar tersebut, dunia ku terasa gelap seketika. Aku tidak bila masa aku pengsan. Sedar-sedar sahaja, aku sudah berada di klinik di temani Andria dan Micheal.

"Dah sedar pun. Kau ni buat aku tambah takut lah." Guman Andria sambil membantu aku duduk.

"Aku di mana?" Aku pandang sekeliling.

"Hospital. Kau pengsan, dorang bawa kau ke hospital naik ambulan. Daddy kejap lagi sampai ambil kita."

"Eliya, are you okay?" Micheal menghulurkan air.

Aku mengangguk lemah.

"Dah ada khabar tentang Jacob?" Aku menyambut air mineral yang di hulurkan oleh Micheal.

"Belum. Pihak kedutaan sedang berusaha untuk mendapatkan berita dari wakil kedutaan kita di Baghdad.

"He proposed to me." Luahku tiba-tiba dengan Andria dengan nada yang lemah

"What?" Berbeza dengan nada ku, nada suara Andria kedengaran lantang.

"Kau tak bergurau kan?" Nadanya bertukar girang.

"Tak. Jacob lamar aku sebelum dia pergi ke Baghdad." Aku menunduk. Macam mana kalau lamarannya kepada ku membawa malapetaka? Minda ku mula berfikir bukan-bukan. Kata-kata mummy ketika aku terlantar di hospital selepas kemalangan dengan arwah Arman mula bermain di minda. Aku ingatkan aku sudah melupakan kata-kata tersebut, namun kini ianya tiba-tiba diputarkan kembali oleh kotak ingatan ku.


"Perempuan sial macam kau memang bawa sial. Siapa-siapa saja lelaki yang dekat dengan kau ni akan mati!" Tiba-tiba kata-kata ini berdesing di telinga ku.


"Jangan-jangan, gara-gara lamaran tu, dia di timpa musibah?" Aku kalut memandang Andria.

"Jangan nak mengarut! Tak ada benda-benda sial semua tu!" Tukas Andria seolah-olah turut mendengar kata-kata tersebut.

"Betul, jangan mengarut." Micheal menyokong Andria. Aku menunduk lemah. Semoga ianya bukan yang seperti aku fikirkan. Jangan fikir bukan-bulan Eliya. Kau kena yakin bahawa Jacob masih hidup dan selamat. Aku menenangkan diri.

"Then, what you answer?"

"Aku tak bagi jawapan lagi. Aku tunggu dia balik Malaysia, baru aku bagitahu Keputusan aku. Tapi Andria, aku takut. Macam mana kalau Jacob..." Air mata mula mengalir keluar dengan deras.

Aku takut sekiranya Jacob pergi meninggalkan aku sebelum sempat untuk aku memberikan kata putus.

"Sudah, jangan fikir bukan-bukan." Tegah Andria sambil mengelap air mataku. Micheal di sebelah ku sudah tidak senang duduk, tidak tahu hendak buat apa untuk membantu Andria memujuk ku. Mesti dia kalut melihat aku selemah ini. Maklumlah, selama ini, aku selalu menunjukkan sisi tegas diri ku.

Perbualan kami terhenti dengan kemunculan daddy. Aku bersetuju untuk menetap di rumah ibu bapa Andria sehinggalah kami mengetahui khabar berita Jacob. Memandangkan esok adalah hari Sabtu dan tidak berkerja, aku terus ke rumah ibu bapa Andria.

Aku masih menerima berita kehilangan Jacob dengan hati yang rawan. Aku pandang gambar yang kami ambil kali terakhir di telefon pintar ku. Air mata sudah berhenti mengalir. Dari semalam aku tidak henti-henti menangis sejak berita kehilangan Jacob ku terima.

Aku dan Andria sedang baring di gazebo. Mata kami Ketika ini masing-masing sembab dan bengkak. Cuaca hari ini bagaikan mengerti perasaan kami seisi rumah. Mendung, namun tidak hujan.

"Aku risau Dria." Kesah ku.

"Aku pun risau sekarang ni. Kami berharap kedutaan ada berita baik kepada kami. Kali tearkhir Jacob call kami dua hari lepas. Dia cakap, minggu depan dia balik Malaysia." Andria merenung jauh.

Kali terakhir juga aku dihubungi oleh Jacob adalah pada dua hari lepas. Ya TUHAN, selamatkan lah Jacob.

***

Sudah tiga hari tidak ada khabar berita dari kedutaan mengenai keselamatan Jacob. Aku masuk berkerja walaupun badan terasa lesu. Aku perlu memaksa diri untuk sibukkan diri dengan kerja kerana kalau aku hanya duduk di rumah, ianya akan menambahkan rawan di hati.

"Kenapa tak ambil cuti?" Entah bila Micheal sudah bertenggek di tepi partition mejaku.

"I tak boleh duduk diam. Nanti I fikir bukan-bukan."

"Sabar ya. Mereka sedang berusaha juga untuk menghubungi kumpulan Jacob. Sebab ketika kejadian, Jacob dan kawan dia lagi seorang dari Canada sudah pulang hotel dulu. Yang lagi lima orang masih di kawasan lain." Cerita Micheal.

Banyak pula si Micheal ni tahu pasal cerita kejadian Jacob.

"Macam mana you tahu?" Aku mengisyaratkan Micheal duduk di sebelah ku.

"Hui Ren cakap."

"Hui Ren? Kawan Jacob yang photographer tu?"

Micheal tersenyum sambil mengangguk.

"You ada apa-apa dengan Hui Ren ke?" Soal ku dalam nada berbisik. Maklum saja, Rika masih ada di pejabat. Jalan perpisahan Micheal dengan Rika pernah menjadi drama yang hangat di pejabat dan aku terutamanya mendapat tempias yang teruk ketika itu. Rika masih bersikap dingin dengan aku. Aku tahu dia masih menuduh aku menjadi punca perpisahannya dengan Micheal, namun tidak berani berkata apa-apa di pejabat. Risau dikenakan tindakan agaknya.

"Kami masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain." Wajah Micheal berseri-seri apabila menyebut nama Hui Ren.

"Sejak bila you rapat dengan dia?" Hilang seketika masalah kehilangan Jacob.

"Beberapa bulan kebelakangan ini. Tapi I rasa, I suka dia sejak kali pertama kita berjumpa dengan dia dulu." Wah, aku tidak tahu mereka berhubungan selepas kejadian tersebut. Patutlah sejak akhir-akhir ini Micheal bertambah ceria.

"Wah, you tak bagitahu I pun."

"I segan dan rasa bersalah dengan you. I putuskan hubungan dengan Rika dulu, you yang kena marah oleh Rika." Micheal memandangku.

"Dah lah, tak perlu cakap pasal tu lagi. I wish you best of luck dengan Hui Ren. Kalau jadi kahwin, jangan lupa jemput." Aku membalas pandangannya.

"I rasa, you yang kahwin dulu dari I." Usik Micheal.

***

Masuk hari kelima kehilangan Jacob, kami menerima khabar gembira. Jacob dan kawannya telah di jumpai. Ketika kejadian, mereka sedang membantu orang tempatan mengangat barang ke dalam kereta berhampiran hotel penginapan mereka. Selepas kejadian pengeboman berlaku, mereka ikut berlari bersembunyi dengan warga tempatan. Hari ketiga selepas kejadian, Jacob sudah melaporkan diri ke kedutaan. Namun di sebabkan oleh prosedur-prosedur tentu yang perlu di lalui Jacob, kedutaan mengambil masa untuk memaklumkan kami. Lagi beberapa hari, Jacob di jadualkan pulang ke Malaysia. Kami menerima khabar tersebut dengan penuh kesyukuran dan gembira.

EliyaWhere stories live. Discover now