Eliya 36

148 1 0
                                    

"Nyenyak tidur malam tadi?" Suara Jacob kedengaran. Aku sedang menolong Auntie Agnes menyediakan sarapan pagi.

"Oh... nyenyak." Aku tersenyum memandangnya.

"Jacob, tolong mummy angkat ni ke depan. Pergi kejutkan Andria. Anak dara tu suka betul bangun lambat." Aunty Agnes memberikan bekas berisi bihun goreng kepada Jacob.

"Tak bangun lagi? Hish! Andria ni. Kata semalam nak ikut jogging." Jacob membebel lagi. Entah apa yang dia bebelkan aku tak dengar dengan jelas. Haih, mamat ni, boleh tahan kuat jugak dia membebel.

"Kuat jugak dia membebel ye Auntie." Auntie Agnes tergelak.

"Lagi kuat dari Andria tu." Aku turut sama tergelak.

*************************************************

"Esok dah kerja balik kan. Malasnya aku kerja." Andria menyikat rambutnya sambil mengeluh.

"Aik, malas kerja? Kan ke En. Arshad ada? Takkan tu pun malas." Aku mengusik Andria. Namun tetap berasa pelik sebab Andria memang tidak pernah merasa malas kalau bab kerja. Dia memang boleh dikategorikan sebagai workaholic.

"Sejak akhir-akhir ni kan, dia macam nak mengelak dari akulah El. Dia dah tak pernah ajak aku dating." Andria melabuhkan punggungnya di atas katil. Aku yang tengah baring ketika itu, duduk dan meletakkan novel yang aku baca ke atas meja di tepi katil.

"Kenapa? Korang ada masalah ke?"

"Entahlah. Dia yang bersikap dingin. Aku ok je." Andria pulak baring meniarap sambil membelek novel yang aku baca tadi.

"Cubalah tanya dia. Kot-kot ada yang dia tak puas hati dengan kau dan merajuk."

"Malaslah aku. Eh, tukar topik lain lah."

"Kau tahu aku dah isi permohonan sambung study" Andria bersuara semula sebelum aku sempat bersuara. Ni mesti bergaduh besar dengan Encik Arshad ni. Selalunya aku tak payah tanya, confirm dia akan bagitahu. Malas mahu merosakkan mood Andria, aku ikutkan saja kepala anginnya.

"Waaa... Baguslah. Nanti kalau kau dapat, kau berhenti kerja ke?"

"Eh, of course! "

"Eeee... Ni mesti comel pakai baju kuliah hari-hari ni." Aku mengusik Andria sebab aku tahu dia tidak berapa suka pakai baju kurung.

"Dan lagi satu, jangalah pakai make up tebal-tebal macam opera cina tu. Nanti terperanjat lecturer tengok kau." Selesai sahaja aku mengucapkan perkataan yang terakhir, tangan Andria elok mendarat di bahu ku. Pap!

"Padan muka! Usik orang lagi!" Aku tersengih sambil mengusap bahu yang terasa sakit.

"Betul lah!"

"Aku dah putus dengan Arshad." Aku yang ketika itu baru sahaja mencapai novel, tegak memandang Andria. Wajah Andria berubah murung.

"Kau tak pernah cakap dengan aku yang korang bergaduh pun. Kenapa boleh jadi macam ni?" Aku ubah posisi duduk menghadapnya.

"Kami bergaduh besar bulan lepas. Then time tu jugak dia putuskan hubungan kami." Mata Andria sudah bergenang. Sungguh aku terkejut mendengarnya. Tidak ku sangka dan duga sama sekali yang kasih Andria dan Encik Arshad telah putus.

"Tapi kau tak tunjuk apa-apa emosi pun. Kau tak cakap apa-apa pun dengan aku!" Aku mengeluh. Aku menyalahkan diri sendiri yang tidak peka dengan Andria sepertimana dia peka terhadap aku.

"Aku pun tak tahu kenapa aku tak bagitau kau." Terdengar keluhan Andria.

"Kenapa boleh macam ni?" Aku seperti biasa, menjadi pendengar setia seperti mana dia selalu menjadi pendengar setia aku.

EliyaWhere stories live. Discover now