"El, mummy buat kenduri doa selamat next Saturday. Datang tau." Andria berbisik. Aku anggukkan kepala.
Semalam Auntie Agnes memang ada menelepon untuk memberitahu dia mengadakan kenduri doa selamat dan mengajak aku datang. Uncle Jaafar telah di lantik menjadi pengarah di salah sebuah bank di Malaysia.
"Jumaat nanti, ikut balik sekali dengan aku tau." Andria berbisik lagi. Mata En. Arshad menghala ke arah kami. Perasan barangkali kami bercakap.
"Ye. Aku tahu. Karanglah cakap. Tu En. Arshad dah jelling tu." Aku muncungkan mulut. Andria tersengih memandang En. Arshad. Aku tahu, pantang En. Arshad kalau ada pekerjanya yang berbual ketika mesyuarat bulanan pekerja dijalankan. Usai mesyuarat, aku dan Andria duduk di bilik mesyuarat. Perlahan-lahan bilik itu kosong. Yang ada hanya En. Arshad sedang meneliti fail. Semua keluar dengan wajah yang letih. Mana tidaknya, mesyuarat yang memakan masa hampir 5 jam itu hangat dengan pelbagai isu.
"Cakap!" Aku menyergah Andria yang memandang En. Arshad.
"Hehehe..."
"Cepat!"
"Hari Jumaat ni aku mintak Jacob hantar, then aku tumpang kau balik. Ok?" Aku angguk kepala menyetujui cadangan Andria.
***************************************
Hari Jummat, tepat jam 5:15 petang, aku dan Andria bergegas pulang. Aku akan bermalam di rumah Andria sehingga hari Ahad. Aku juga telah berjanji akan membantu sepanjang kenduri doa selamat berlangsung. Walaupun Auntie Agnes mengupah katering untuk untuk kenduri esok, namun masih banyak yang harus dilakukan.
Wajah Jacob aku pandang dengan rasa rindu yang menggebu. Enam bulan tidak bertemu, hanya berbual melalui video conference dan kadang kala melalui telefon, rasa rindu seolah-olah sudah tidak tertahan. Walaupun sebelum ini kami bersetuju untuk bersahabat sahaja daripada mengikut cadangan gila Andria dan Auntie Agnes, namun kami berdua sepakat tanpa lisan bahawa kami tidak mampu menidakkan apa yang kami rasa terhadap satu sama lain. Sekali lagi mataku tertumpu ke wajah Jacob yang membantu beberapa pekerja kanopi memasang khemah-khemah di halaman rumah.
"Hoi!" Sergahan Andria membuatkan aku tersentak.
"Assalamualaikum." Aku menyindirnya yang sedang tersengih.
"Waalaikumussalam." Andria memaut bahuku.
"Seronok nampak tenung Jacob." Aku jegilkan mata memandang Andria.
"Mana ada!" Tukas ku.
"Eleh... mana ada... mana ada... kalau 'mana ada', kenapa muka tu merah semacam je?" Automatik tanganku memegang pipiku. Hish! Muka ni memang derhaka dengan tuannya. Mudah betul air mukaku menyatakan ekspresi perasaan ku. Aku lihat Andria tersengih.
"Sibuk je!" Aku ketuk kepalanya.
"Jom!" Andria menarik tanganku.
"Gi mana?" Aku terkocoh-kocoh menyarung selipar.
"Jacob." Andria memeluk bahu Jacob. Jacob tersenyum memandangku. Kulit Jacob kelihatan kemerah-merahan. Mungkin kesan panas terik mentari ketika berada di Afrika Selatan selama beberapa minggu. Aku membalas senyumannya. Tuhan, kenapa dia begitu kacak pada pandanganku?
"Banyak lagi nak pasang?" Jacob hanya mengangguk bagi menjawab soalan Andria.
"Masuk kejap. Nak ambil air." Andria meninggalkan kami. Aku hanya memandang pekerja-pekerja memasang khemah, tidak tahu hendak berbicara apa. Kali ini lidahku kelu tanpa sebarang bicara.
"Have a sit." Jacob meletakkan kerusi di hadapanku sebelum dia duduk dikerusi sebelah. Aku melabuhkan punggung namun mata tetap tertumpu kepada pekerja-pekerja yang masih bertungkus lumus memasang kanopi.
"How are you?" Jacob membuka bicara.
"Okey." Aku menjawab sepatah.
"Okey?" Aku pandang wajahnya.
"Okey tu boleh jadi bagus, boleh jadi tak bagus." Lesung pipit Jacob menyapa pandangan mataku. Rasa bersalah menyerang diri tiba-tiba. Rasa bersalah kerana memungkiri janji yang aku persetujui dengan Jacob dan yang paling menyesakkan dada, rasa bersalah terhadap arwah Amran kerana membiarkan hatiku dikunjungi oleh perasaan cinta terhadap Jacob yang sepatutnya merupakan hak milik mutlak kepada arwah Amran.
"Alhamdulillah. Okey. Sihat." Aku menjawab dengan perasaan bercampur baur.
"El, there's something wrong?" Jacob sudah merapatkan jarak kerusi kami.
"Tak de pape. I penat je." Aku mencipta alasan.
"El, tentang WhatsApp yang you hantar hari itu." Jacob berdehem.
"WhatsApp?" Alamak, mesti dia cakapkan WhatsApp yang Andria hantar tu.
"It is true that WhatsApp submitted by Andria?" Aku dapat rasakan dia memandang wajah ku tepat.
"Yes." Jawapku sepatah.
"Tak ada satu apa pun dalam WhatsApp tu you betul-betul rasakan untuk I?"
"I missed you." I want you too. But I'm not sure if I love you with all my heart. Namun tak terluah. Aku meramas tangan ku.
"I missed you too. And I want you" Tanganku kini berada dalam genggaman Jacob. Suasana menjadi romatis antara kami berdua.
"I ada belikan you baju. I harap you boleh pakai esok." Jacob berkata sambil melepaskan genggamannya. Tidak pasti sama ada Jacob mahu mengubah topik perbualan, namun aku terkejut Jacob ada membelikan aku pakaian.
"Really? Wow, thank you." Aku tersenyum. Hati, tolong jangan buat hal. Berhentilah berdegup.
"Nanti petang I bagi kat you." Aku mengangguk.
"Baju tu you pakai esok ya." Pinta Jacob.
"Kenapa?" Setelah beberapa minit duduk di sebelah Jacob, baru lah aku berani memandangnya. Wajah kemerahannya jelas menerpa.
"Anggap sebagai membayar hutang."
"Hutang?"
"Masih ingat when your family came to sleep here?" Sengihan Jacob membuatkan aku malu. Malu mengenangkan peristiwa tersebut.
"Ingat lagi?"
"I tak pernah lupa apa-apa pun pasal you El." Redup mata Jacob memandangku. Aduh, berhenti lah memandang aku dengan pandangan begitu.
Namun bicara kami terhenti apabila Andria datang membawa minuman dan makanan. Sirap ais limau dan wafel kecil.
"Jacob, ajak dorang minum dulu."
Aku menuang air sirap limau ais kedalam gelas satu persatu. Andria sudah mula mengunyah wafel.
"Minum dulu. Nanti sambung kemudian." Aunty Agnes bersuara sambil menghulurkan gelas berisi minuman kepada salah seorang pekerja.
"Banyak lagi nak pasang?" Soal Andria.
"Tak banyak. Dalam dua buah lagi kak." Jawab lelaki yang berambut kerinting.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...