ELIYA 17

130 4 0
                                    


Aku duduk di salah sebuah bangku yang terdapat di ruang legar Suria KLCC, melepaskan penat yang mencengkam diri. Andria, En. Arshad dan Jacob sudah berjalan dahulu di hadapan. Kali ini seperti kebiasaannya, aku menemani Andria dating. Tapi kali ini ditemani oleh Jacob. Dari pukul sepuluh pagi lagi kami sudah berada di sini. Bermula dengan aktiviti menonton wayang cerita komedi, kemudian diikuti dengan aktiviti menawaf setiap inci kedai-kedai di sini. Kami berehat hanya ketika menunaikan solat Zuhur dan makan tengahari. Apa yang Andria dan En. Arshad cari pun, aku tidak tahu. Sekadar menjadi peneman. Masuk pukul tiga petang, kaki sudah lenguh. Tidak larat lagi untuk meneruskan perjalanan. Akhirnya aku terduduk kepenatan.

"Penat?" Entah sejak bila Jacob duduk disebelahku. Aku anggukkan kepala lemah.

"You patut cakap dengan kami kalau you penat. Kita boleh berhenti sekejap." Ujarnya memandang tanganku mengurut kakiku yang kemerah-merahan. Padah memakai kasut tumit setinggi tiga inci!

"Sakit?" Soalnya lagi setelah tiada reaksi dariku. Aku anggukkan lagi kepala.

"Jom." Dia menarik tanganku.

"Kemana?" Aku terkial-kial bangun dan menuruti langkah. Baru aku perasan, Andria dan En. Arshad menghilang entah kemana.

Kami masuk ke dalam kedai kasut Charles and Keith. Pantas tangannya mencapai sandal berwarna coklat gelap sebelum memberikannya kepada pekerja di situ.

"Saiz kasut?" Soalnya. Aku yang terpinga-pinga masih memandang wajahnya.

Dia memaksa aku duduk di situ dan mencangkung sebelum mengambil kasut ku. Eh, dia buat apa ni?

"Saiz ni?" Dia menunjukkan kasut ku kepada pekerja tersebut. Aaaahhhh... baru aku paham.

"Ada, sebentar ye." Pekerja tersebut berlalu ke bahagian belakang kedai sebelum menghilang di balik dinding.

"Jacob, you nak buat apa?"

"Beli kasut baru." Selamba dia menjawab.

"Tapi I dah ada kasut."

"Macam mana you nak jalan dengan pakai kasut macam ni? Tinggi sangat!" Komennya. Aku tengok kasutku. Tidaklah tinggi sangat. Setakat tiga inci ni apalah sangat. Aku dah biasa. Kebanyakan kasut ku bertumit tiga inci.

"I dah biasalah!" Sangkalku.

"Dah biasa, tapi kaki sakit jugak." Sindirnya pedas.

"Memanglah sakit kalau jalan non-stop berjam-jam lamanya." Rengusku.

"You patut cakap kalau you penat. You bukan tak tahu Andria tu macam mana." Lembut suaranya.

"I ok. Cuma perlu rehat sekejap je." Tiba-tiba aku rasa dia prihatin denganku.

Jurujual menghulurkan sandal kasut kepada Jacob.

"Try." Jacob menghulurkannya kepadaku.

"Jacob, tak payahlah kot sampai nak beli kasut baru. I boleh jalan dengan kasut ni." Aku kerling sandal ditangannya.

"Nanti kaki you bengkak. Ini pun dah merah ni." Dia suakan lagi sandal tersebut. Melihat wajah risaunya, akhirnya aku mengalah dan mencapai sandal tersebut. Sandal berwarna coklat gelap dan bercorak abstrak merah itu aku cuba. Ngam-ngam muat tersarung di kakiku. Aku pandang Jacob.

"Suka tak corak dia?" Jacob menyoalku. Aku Cuma jawab dengan anggukkan. Harus apa ku katakan lagi? Dia mengambil kasut tumit tinggiku dan meletakkan ke dalam kotak sandal yang sudah tersarung di kaki ku sebelum berlalu ke kaunter. Tahu akan tujuannya, aku pantas mengejar.

EliyaWhere stories live. Discover now