ELIYA 3

396 3 0
                                    


"Andria, mari masuk." Laung En. Arshad kepada Andria yang ketika itu baru sahaja melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.

"Tengok tu! Tak sempat orang nak breakfast." Rungut Andria sambil berlalu ke bilik bos.

Aku cuma tersenyum melihat gelagat Andria. Sebelum giliran aku pulak di panggil oleh bos, aku bergegas pergi ke pantri untuk membuat minuman. Nescafe 3 in 1 memang menjadi kegemaranku dari dulu. Aku membancuh dua cawan nescafe 3 in 1. Satu untuk Andria dan satu untuk aku. Sejak Andria berkerja disini, kami semakin rapat dan akhirnya menjadi rakan karib. Ramai yang tidak sukakan Andria kerana personalitinya yang manja dan seksi. Namun bagi aku, semua itu tidak menjadi persoalan selagi ianya tidak menganggu kerjayaku.

"Morning El."

"Owh...morning Micheal." Aku tersenyum memandang Micheal.

"You look so beautiful today."

"Thank you." Aku tersenyum lagi. Micheal selalu sahaja memuji aku cantik tidak kira apapun yang aku pakai.

Namun aku cuba berfikiran positif. Pujian itu mungkin pujian biasa saja kerana semua orang tau Micheal milik Rika, setiuasahanya.

"How are you?"

"Im good. Thank you. How about you?" Aku mengambil plastik yang di hulurkan oleh Andria yang ketika itu sudah berada di pantri.

"Im..."

"Micheal, girlfriend you mana?" Tidak sempat Micheal menjawab, Andria memotong percakapannya.

"Dia tak kerja harini. El, boleh you buatkan I nescafe?" Micheal menghulurkan gelasnya kepadaku.

Ish, mamat ni. Orang tak bagi jawapan lagi dah hulurkan gelas. Ini bukan mintak tolong ni, ni sah-sah nak aku buatkan ni. Aku mengambil gelas Micheal dan mula membancuh lagi air nescafe.

"Alah Micheal. You ni. Setakat Nescafe 3 in 1 tu, tak kan tak boleh buat kot. Tuang air panas je." Andria membebel lagi.

"You pun El juga yang buatkan." Micheal tergelak mendengar kata-kata Andria.

"Dah siap." Aku menghulurkan semula gelas Micheal yang sudah berisi nescafe panas.

"May I join your guys?"

Aku dan Andria sekadar mengangguk sebelum duduk di meja dan makan. Micheal tergelak melihat anggukan kami. Pasti dia paham bahawa kami sudah kelaparan.

Aku tersenyum dalam hati.

EliyaWhere stories live. Discover now