Malam ini, bintang bersinar terang. Tapi sayangnya, hatiku tidak seperti bintang mala mini. Tidak semeriah langit di angkasa. Entah kenapa hati ini sentiasa kosong sejak pemergian Jacob ke Afrika sebulan selepas perkahwinan kami. Puas aku cuba penuhkan dengan pelbagai rencah kehidupan yang aku lalui, namun ianya kosong tanpa Jacob. Mungkin ini kah yang dikatakan seksa menahan rindu?
Aku tidak mampu untuk meminta Jacob berhenti kerja sebagai fotografi kerana itu yang membuatkan dia hidup. Jacob sudah terlalu banyak berkorban untuk aku apabila hanya fokus kepada alam semula jadi sahaja. Kami tidak mahu perkara di Baghdad berulang semula. Cukup lah sekali aku merasa seolah-olah nyawa aku bagaikan melayang apabila mengetahui kehilangannya ketika pengeboman berlaku.
Mungkin sudah tiba masanya aku berkorban untuk dia. Aku akan berhenti dan akan mengikut Jacob kemana sahaja. Bukan kah tugas seorang isteri sentiasa di sisi suaminya? Jacob tidak pernah meminta aku untuk berhenti kerja. Katanya dia memahami kerjaya ku. Tapi dia pernah berkata seandainya aku berada di sisinya setiap hari, pasti hidupnya akan bermakna.
Aku menghadap laptop dan jari jemariku mula pantas menaip tiap patah perkataan perletakan jawatan ku. Amat berat ku rasakan kerana aku mula berkerja di syarikat tempat aku berkerja sejak aku menghabiskan sarjana muda aku. Bermula sebagai pembantu kewangan, sehingga aku di naikkan kepada pegawai kanan kewangan, dan memperolehi sarjana dalam bidang kewangan, meninggalkan syarikat ini bagaikan meninggalkan separuh nyawaku.
Tanganku terhenti seketika daripada menaip. Aku renung tiap bait patah perkataan. Hatiku mula berbolak balik. Betul ke apa yang aku buat ini? Bunyi deringan telepon menyentakkan ku. Aku capai telepon dan membaca whatsapp daripada Jacob.
-I miss you sweetheart-
-I miss you too-
-I wish you were here and I wish I were at you now-
Aku renung tulisan whatsapp Jacob. Aku renung semula laptopku. Memandang bait-bait ayat perletakan jawatan ku.
-Are you okay El?-
-Yes, iam okay. How many days left?-
-27 days and I can't wait to kiss and make love with you-
Aku tersenyum. Jacob tidak pernah gagal membuatkan aku merasa hangat. Baik melalui sentuhannya, kata-katanya dan kelakuannya.
-Me too. Come home faster, please-
Aku tidak pernah merayu dia pulang cepat, tetapi kali ini aku betul-betul merindukan sentuhannya.
-I will. Got to go El. They calling me-
-I love you, Jacob-
-Love you too-
Aku menghabiskan ayat surat perletakan jawatan ku dan menutup laptop. Album gambar kahwin kami aku bawa ke riba. Aku tatap satu persatu setiap helaian. Aunty Agnes begitu berkerja keras memastikan kelancaran majlis perkahwinan kami. Aku berjanji akan berpindah ke rumah mereka apabila urusan Elyna selesai.
Bercakap soal Elyna, aku mengintai ke pintu. Selalunya jam sebegini Elyna masuk ke dalam bilik. Kami tidur sebilik sejak kandungan Elyna masuk ke minggu 36 kerana aku risaukan keadaannya sekiranya dia tidur bersendirian. Sepanjang Elyna mengandung, aku cukup menjaga emosi Elyna. Kami sengaja tidak mahu Elyna menetap di Semporna sepanjang dia mengandung dan juga tidak mahu dia melahirkan Adam di sana kerana tidak mahu dia tertekan dengan cakap-cakap orang. Apa pun yang berlaku, Elyna sudah menyesal dan Adam tidak bersalah dalam hal ini. Emak pun sekarang kerap membuat panggilan video. Sekarang kandungan Elyna masuk minggu ke 38. Menurut doctor, Elyna boleh bersalin bila-bila masa sahaja. Beg untuk di bawa ke hospital memang sudah berada dalam bonet kereta.
"Kak El!!!" Terdengar laungan Elyna. Aku pantas keluar bilik.
"Air ketuban Na pecah." Air bergenang berhampiran kaki Elyna. Tanpa berfikir Panjang, aku mencapai kunci kereta, telepon, dompet dan beg tote yang mengandungi dokumen penting Elyna. Kami bergegas ke hospital dan aku menuju ke zon kecemasan.
Apabila Elyna sudah berada dalam bilik kecemasan, aku menelepon keluarga di Semporna dan juga Andria, Aunty Agnes dan Uncle Jaafar. Selang sejam, Andria dan ibu bapa mertua ku sampai ke hospital.
"El..." Andria menyalam tanganku. Selepas itu, aku menyalam tangan ibu dan bapa mertua ku. Selama menjadi sahabat Andria, aku memang tidak pernah berangan-angan untuk menjadi menantu Aunty Agnes dan Uncle Jaafar. Namun takdir berkata sebaliknya.
"Sudah beli tiket bapa dan emak El?" Aku mengangguk menjawab soalan mummy.
"Flight dorang esok pagi jam 9 pagi." Aku memaklumkan mummy.
"El sudah makan?"
"Sudah."
Kami duduk di kerusi yang di sediakan di depan bilik bersalin.
***
Sepuluh jam yang terasa sangat lama akhirnya menemui penghujung apabila jururawat ke luar dari bilik bersalin memaklumkan Elyna selamat bersalin anak lelaki.
"Syukur alhamdulillah." Aku menadah tangan menangis kegembiraan. Andria memeluk ku gembira.
"Alhamdulillah." Ungkap Aunty Agnes.
"Bila saya boleh masuk untuk azankan Adam?" Soal Uncle Jaafar kepada jururawat. Seperti yang telah dia janjikan kepada bapa, sekiranya bapa tidak ada ketika Elyna melahirkan Adam, Uncle Jaafar akan bertanggungjawab untuk mengazankan Adam.
"Adam ya nama bayi? Boleh encik. Masuk sini ya." Jururawat yang Bernama Nurain itu tersenyum sambil menunjukkan laluan kepada Uncle Jaafar.
***
Kami bersetuju dengan Cadangan Aunty Agnes untuk berpindah ke rumahnya selepas Elyna bersalin. Sebelum ini aku bercadang meletakkan Elyna di pusat penjagaan selepas bersalin memandangan aku tidak mampu menjaga Elyna dan Adam sepanjang masa. Namun Aunty Agnes bertegas untuk kami berpindah dan tinggal di rumahnya. Akhirnya kami bersetuju kerana sekurang-kurangnya Elyna dan Adam berada dalam jagaan yang selamat. Aku juga sudah memindahkan separuh dari pakaian ku ke rumah ibu bapa mertua ku.
"Adam tidur?" Aku menyoal emak yang baru saja melabuhkan punggungnya di sebelah Aunty Agnes.
"Nanti lepas ni baby El pula." Usik Andria.
"Boleh ja. Aku tunggu Jacob balik. Nanti kami kerja keras untuk bagi kau anak buah." Aku membalas usikan Andria. Mereka semua ketawa mendengar kata-kata ku.
"Emak dan bapa dah berbincang. Kami akan bawa balik Adam dan Elyna nanti. Biar Elyna berpantang di Semporna."
"Tapi mak, susah nanti." Aku tidak bersetuju. Rancangan asal adalah selepas Elyna habis pantang, emak dan bapa akan datang ke sini semula untuk mengambil Adam dan membawanya pulang ke Semporna. Sementara Elyna akan balik ke Dublin untuk meneruskan pengajiannnya.
"Kami mahu Adam kenal kami. Nanti kalau kami ambil selepas pantang, Adam akan mencari-cari Na dan El." Hujah emak. Ada betulnya juga kata emak. Nanti sukar pula untuk Adam.
"Tapi nanti orang akan bercakap." Aku mengguman.
"Biarkan orang bercakap. Kalau kita fikir orang bercakap, memang tidak akan habis." Balas mak.
Akhirnya, setelah berbincang dengan emak dan bapa, kami memutuskan Elyna dan Adam akan balik ke Semporna dua minggu selepas dia berpantang di sini. Aku pula, terus menetap di rumah ibu bapa mertua ku. Rumah ku dan arwah Amran, aku biarkan saja tidak berpenghuni. Aku tidak mahu untuk menyewakan rumah tersebut. Aku hanya benarkan adik-adik ku, adik beradik arwah Amran dan Andria sahaja sekiranya mereka ingin tinggal di situ.
YOU ARE READING
Eliya
Любовные романыEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...