EPILOG

74 1 0
                                    

Aku telah berhenti kerja dan memilih untuk menjadi suri rumah agar mudah untuk aku mengikuti kemana sahaja Jacob pergi kerana itu yang Jacob inginkan. Cuma kadang kala, di ketika waktu lapang, Jacob dan aku akan pergi ke kawasan yang mempunyai kecantikan alam semula jadi untuk mengambil gambar. Jacob masih lagi sekali-sekala menerima projek yang berkaitan fotografi sekiranya tidak bercanggah dengan jadual kerjanya.

Namun sejak kandunganku memasuki trimester ketiga, Jacob berhenti mengambil perkerjaan yang memerlukan dia ke luar negara.

Kami berada di pantai Port Dickson ketika itu. Jacob ralit mengambil gambar ketika aku rasa air keluar dengan banyaknya dari ari-ari ku.

"Jack!" Aku cengkan tangan Jacob. Air ketuban sudah pecah aku rasa.

"What?" Jacob yang tengah mengemas kameranya memandang wajahku yang berkerut.

"I think our baby is coming out." Aku bersuara perlahan.

"Perut you dah sakit ke?" Jacob memegang tanganku.

"No. Tapi air ketuban I rasa dah pecah." Sebaik sahaja aku berkata begitu, air ketuban mengalir deras dari ari-ari ku.

"Jack, dia makin banyak keluar." Aku sudah cuak.

"Hold on, I tengok." Aku tahan tangan Jacob dari menyelak kain skirtku.

"Ramai orang lah!" Jacob ni! Tengah ramai orang macam ni pun dia nak selak kain aku.

"Jom!" Tanpa membuang masa, Jacob menyandang beg camera nya lalu mencempung aku menuju ke kereta.

***

Aku menerima kucupan di dahi dari Jacob sebaik sahaja aku berada di wad bersalin.

"Thank you, sweetheart." Bibir ku di raih oleh Jacob. Bibirku di kulum perlahan oleh Jacob.

"Kasi rehat dulu El. Baby pun belum ada nama lagi." Usik Andria sambil menutup pintu bilik.

"Kacau lah!" Jacob tersengih.

"Sabar sikit. Tak lama. 100 hari ja." Andria masih galak mengusik. Aku menyeringai memandang Jacob.

"Taulah!" Jacob menepuk bahu Andria.

"Terima kasih El jadikan aku aunty. Seronoknya. Baby girl lagi tu. Ada teman dah lepas ni. Kalau El sibuk dah layan baby tua, biar aku yang jaga baby muda." Kami tergelak mendengar cadangan Andria.

Aku bersyukur dengan TUHAN. Selepas penderitaan yang aku alami selepas kematian arwah Amran, TUHAN hadirkan Jacob untuk aku. Kini, Yusra, anak perempuan kami menjadi pelengkap kehidupan kami suami isteri.

--- THE END ---


Terima kasih kepada pembaca yang setia membaca cerita ini dari awal sampai ke akhir chapter. Mohon maaf atas segala kekurangan. Mohon maaf juga sebab mengambil masa yang lama untuk menyiapkan cerita Eliya.

Menulis merupakan hobi sampingan saya. Saya tidak pernah menghadiri mana-mana kursus penulisan, oleh itu penulisan saya mungkin agak caca marba dan banyak kesalahan tatabahasa baik dalam Bahasa Melayu atau English.

Harap para pembaca enjoy membaca cerita Eliya.

Soon nanti akan menyusul cerita Eliasya. Nantikan!!!

EliyaWhere stories live. Discover now