Ketika aku menghidupan telefon, beberapa notification masuk. Lima panggilan dan tiga mesej WhatsApp dari Jacob. Video ketika Arman memegang tangan ku semalam di Pasaraya Aeon terpampang depan mata. Jahat sungguh Anita hanya menghantar video yang separuh sahaja kepada Jacob
- I believe what I saw -
- Answer me, what your relationship with him??? -
Aku balas mesej Jacob.
- What you see is not necessary correct. -
Aku meletakkan telepon ke tepi dan menuju ke kamar mandi.
Selesai membersihkan diri, aku belek telepon. Mesej sudah blue tick, bermakna Jacob sudah membaca mesej tersebut, namun masih tidak ada balasan.
Selepas seharian berkerja, aku dan Andria berjumpa di restoran dan makan bersama. Aku menunjukkan mesej Jacob kepada Andria dan menjelaskan perkara sebenar. Andria membebel marah.
"He should believe when you explain to him. How could he believe that b!tch!" Getus Andria.
"Dia sangat marah semalam masa call I. I tak nak cakap bukan-bukan dan tak nak cakap perkataan yang menyakitkan hati kami berdua, jadi I hang-up dan tutup telefon." Aku memandang Andria sayu.
"I know its my fault I tidak bagitahu dia I keluar dengan keluarga arwah Arman, and it was my fault to hang-up the phone suddenly. But he should listen to me. He keep saying he believes what Anita show him." Nada ku lemah.
"Tunggu dia balik, nanti you jelaskan kepada dia lagi sekali." Andria memegang tanganku.
"Sorry, I tak tahu nak meluah dengan siapa." Aku memandang Andria lagi sekali.
"No need to say sorry. You did the right thing by talking to me about this. Jacob tu kadang-kadang boleh tahan juga perasaan cemburu dia tu. Anita tu pun satu, sibuk nak kacau hubungan orang. Orang dah reject, sudah lah. Ini fitnah lagi!" Andria mula membebel.
*************************
Selama hampir dua bulan Jacob tidak menghubungi aku. Aku ada menghantar mesej sekali sekala, namun tiada balasan. Aku hanya fokus dalam menjalani kehidupan aku. Elyna masih meneruskan pelajaran di Dublin. Dia jarang pulang ke Malaysia. Namun, dia menghubungi aku semalam, mengatakan ada sesuatu yang ingin dia beritahu, tapi dia takut akan di marahi oleh bapa dan emak. Aku menyakinkan dia dan dia bersetuju untuk berkongsi cerita nanti. Elyna perlu fokus dulu pada peperiksaan akhir semester dua. Selepas sahaja selesai peperiksaan akhir, dia akan menelepon aku dan akan memberitahu perkara sebenar.
Waktu menunjukkan jam 11.45am ketika aku meluruskan jari jemari. Aku capai telepon yang berdering. Memandang nama Andria di skrin telepon, membuatkan aku memandang sekeliling. Maklum lah, Encik Arshad masih berusaha menjejaki Andria.
"Hello Andria." Sapaku dengan nada yang sangat perlahan.
"Jacob is back." Sepatah Andria memberitahu ku. Apa??? Jacob sudah kembali ke Malaysia, namun dia tidak menghubungi ku langsung?
"Bila?" Soal ku.
"A week ago. I thought you knew, but when he brought Anita to our house yesterday, I thought, something was wrong with both of you. Even mummy and daddy asking about you. Mummy want to call you immediately, but I cakap nanti I call you." Hatiku bagai di hiris sembilu mendengar cerita Andria.
"I didn't know he'd come back. He never contacted me since that matter." Aku merujuk kepada kejadian sebelum ini.
"Try to call him and explain to him." Andria menasihatkan aku.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...