Eliya 44

40 1 0
                                    

Pada hari Rabu, tidak peduli sudah dengan maruah diri, aku menghubungi Andria dan bertanya mengenai Jacob. Selesai sahaja aku berkerja, aku memandu kereta menuju ke rumah Andria.

Aku nampak MPV hitam kereta Jacob di perkarangan rumah. Andria sudah berdiri di pintu menanti ketibaan ku.

"Dia ada kat dalam bilik. Pergi lah." Memahami keadaan ku, Adria menggesa aku ke dalam rumah.

"Your parents?" Aku menanya kerana tidak melihat kelibat Auntie Agnes.

"They went to dinner with friends." Jawab Andria. Aku lihat Andria masuk ke dalam kereta.

"Pergi mana?" Soal ku kehairanan.

"I nak bagi you and Jacob ruang untuk berbincang. I pergi beli barang sekejap. Dalam setengah jam I balik." Aku mengangguk.

Perlahan-lahan aku naik ke bilik Jacob dan mengetuk pintunya.

"Come in. The door is not lock." Suaranya menjawab ketukan pintu ku.

"Jack." Seru ku sebaik membuka pintu.

Wajahnya kelihatan terkejut, namun cuma sebentar.

"You nak apa?" Soalnya kasar.

"What happen Jack between us?" Aku menghampiri.

"You ask yourself that question." Pandangan beralih ke komputer riba semula.

"Adakah ini di sebakan oleh video yang Anita tunjuk dengan you?"

"Sebab dia kah you didn't want to marry me when I asked you that question?" Soalan di balas dengan soalan. Tipikal Jacob.

"Arman langung tidak ada kena mengena dengan perkara kita Jack. Dia hanya bekas adik ipar." Guman ku.

"Bekas adik ipar? tapi mesra sampai maca tu sekali?" Perli Jacob.

"Jack, he only holds my hand!" Aku bersuara geram.

"Itu yang nampak di publik. Yang tak nampak, entah apa lagi di pegang. Jangan-jangan lebih dari itu. Kita putus! Keluar dan jangan muncul di depan aku lagi!" Kali ini Jacob berdiri menghadap aku dalam keadaan marah.

Bengang dengan tuduhannya, aku menampar Jacob. Mungkin tidak sekuat mana, tapi sekurang-kurangnya hati ku puas.

"Are you saying I am a whore???" Suara ku bergetar.

"Only you and Amran yang pernah sentuh I. The mistake that I made is, I let you touch me without hubungan yang sah! Sebab tu you anggap I seperti perempuan murahan yang boleh serahkan tubuh kepada sesiapa sahaja!" Aku cuba untuk menahan tangis.

"Eliya, I tak bermaksud begitu." Seolah-olah menyedari apa yang dia cakapkan telah melampaui batas, Jacob cuba menghampiri.

"Don't!" Aku mengangkat tangan dan melebarkan lima jari di hadapannya. Tuduhannya begitu menyakitkan. Lebih menyakitkan daripada kelakuannya yang berpelukan dengan Anita. Langkah Jacob terhenti.

"Bye and dont follow me!" Tegasku. Namun Jacob tidak mendengar amaran ku, sebaliknya tangan kekarnya menarik ku ke dalam pelukannya.

"Im sorry, I tidak bermaksud untuk tuduh you perempuan murahan." Bisik Jacob di tepi telinga ku. Aku merindukan pelukan ini. Aku merindukan haruman Jacob. Namun perasaan sakit hati mengatasi segalanya.

"Let me go! Im not Anita. You can go to Anita and hug her!" Aku cuba untuk melepaskan diri dari pelukan Jacob.

Namun pelukan Jacob yang kuat tidak berganjak seinci pun.

"I said, Im sorry. I marah dengan you. I can't control apa yang I cakap." Jacob menyembamkan wajahnya ke kepalaku.

"Let me go!" Aku masih berusaha cuba untuk melepaskan diri.

EliyaWhere stories live. Discover now