"Have you thought about my proposal?" Jacob mencapai tanganku ketika aku melintas ruang tamu bersama Andria.
"Go..." Andria memberi isyarat.
Aku mengikut langkah Jacob ke bilik belajar merangkap bilik perpustakaan kecil. Tempat di mana kami berkongsi memori indah bersama.
"I love both of you." Akui ku apabila Jacob sudah menutup pintu bilik.
"By means of both is me and arwah Amran?" Aku mengangguk.
"Then?" Jari jemariku di capai. Semakin kerap pula Jacob memegang diri ku. Dari semalam, pantang ada peluang, jari jemari ku pasti di ramas. Selepas itu, jari jemarinya akan mengelus pipi ku pula.
"Im scared you can't accept it. Look Jacob, mana ada orang yang boleh terima bahawa bakal isteri dia juga mencintai orang lain?" Aku pandang matanya. Aku mahu Jacob tahu bahawa aku serius dan jujur mengenai perkara ini.
"I can. Of course, I can accept it sebab I tahu you menyintai orang yang telah tiada. At least I knew you also love me. You keep me in here." Jarinya di depakan dan menyentuh dada ku.
"Dan yang ada di dunia ni, hanya I seorang sahaja. Jadi I tak risau sangat. I just risau kalau you mencintai orang lain yang masih hidup. Nanti I pening kepala memikirkan strategi untuk memikat you dan rampas you dari orang tu." Jacob mencuit hidungku.
Aku menarik nafas panjang. Cuba mencerna kata-kata yang Jacob baru ucapkan sebentar tadi. Aku cuba untuk memahami isi hati Jacob.
"I rasa bersalah dengan you. I tahu you tak kisah. Tapi I rasa tidak adil untuk you bila hati ini berbelah bagi kerana masih mencintai arwah Amran dan juga pada masa yang sama, I sudah jatuh cinta dengan you." Aku menarik nafas panjang lagi. Susahnya untuk membuat Keputusan.
"El, pokok pangkalnya adalah hati you. You sudah tahu apa yang ada dalam hati I." Jacob memandangku dengan pandangan redup. Betul juga kata Jacob, pokok pangkalnya adalah hati ku. Aku yang perlu membuat keputusan sebab ini melibatkan hati dan perasaan aku. Sebab ini melibatkan hidup ku.
"El, I cuma minta sedikit ruang dalam hati you untuk I hidup. I tak nak jadi pengganti arwah Amran sebab I tahu antara I dan dia, ada perbezaannya. I tahu I tak akan mampu menjadi pengganti dia." Jacob menggenggam semula tangan ku. Aku tatap lagi wajah kacaknya. Ya TUHAN, wajah kacaknya ni lah yang menjadi salah satu sebab aku jatuh cinta kepadanya.
"Jangan lupakan dia. I tak nak minta you lupakan dia. I tahu dia akan selalu ada dalam hati you sampai bila-bila. I cuma mahu you bagi I peluang untuk mencintai you seperti mana dia atau mungkin lagi lebih dari dia." Panjang lebar Jacob cuba untuk menyakinkan aku.
"Bagi I peluang untuk mencintai you, menyayangi you, mengasihi you dan menjaga you seumur hidup I." Jacob merayu lagi.
"You tak marah I masih cintakan dan sayangkan arwah Amran?" Jacob tergelak mendengar soalan itu.
"Jack..." Kali ini nadaku seperti ingin menangis. Air mata yang mula menjengah tubir mata, aku cuba tahan.
"Itu yang you risau selama ini?" Anggukku menjawab soalan.
"I tahu you tetap cintakan dia selagi hayat di kandung badan. Sebab dia lelaki pertama dalam segala hal dalam hidup you dan yang paling penting, dia suami you. Cuma takdir memisahkan you dan dia sehingga tidak mungkin bersatu semula. Hakikatnya El, dia bukan saingan I pun. Pasal tu I tak risau sebab I tahu dia dah di alam lain. Jadi kelebihan yang I ada adalah, I ada depan mata you. I ada di sini. Berdiri depan you. Tetap setia menanti you." Panjang lebar Jacob menjelaskan.
"But Jack..."
"My sweetheart El, you need to understand. I tak minta you berhenti cintakan dan sayangkan arwah Amran. I tak minta you lupakan dia terus dan yang paling penting, I tak minta you buang dia terus dari hati dan hidup you untuk meletakkan I dalam tu. I cuma minta you berikan sedikit ruang dalam hati you untuk I. I cuma minta you bagi I peluang untuk membahagiakan you." Jacob menerima hakikat bahawa susah untuk aku melepaskan Amran di dalam hati ku. Dia tetap hidup dalam hati ku dan jiwa raga ku sampai bila-bila. Cuma aku akui, kini dalam hati ku telah ada Jacob kerana aku juga tidak mahu melepaskannya. Tamak kah aku?
"Buat apa I mencemburukan orang yang sudah tiada El? I boleh cintakan you tanpa rasa bersalah kerana memaksa you untuk memilih antara kami berdua. You can have us both. By body and by soul" Jacob mendepakan kedua tangannya sebelum menarik aku ke dalam pelukkannya. Erat.
***
Berita kami bersetuju untuk bersatu di alam perkahwinan di sambut dengan air mata gembira oleh Andria dan Aunty Agnes. Hajat mereka untuk menjadikan aku sebagai sebahagian dari ahli keluarga mereka tercapai. Aku memberitahu berita tersebut kepada bapa dan emak melalui panggilan video.
Kami bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Aunty Agnes bertegas untuk merancang majli perkahwinan kami dan inginkan kami bersanding di pelaminan. Aku dan Jacob hanya menurut. Akad nikah kami hanya di jalankan di Shah Alam, disusuli majlis persandingan pada malam harinya. Kami memutuskan untuk membuat sebarang majli di Semporna memandangkan keadaan Elyna yang sedang sarat mengandung lapan bulan. Kami hanya memberitahu keluarga sahaja yang aku akan berkahwin semula. Kami menjemput sesiapa sahaja yang boleh datang ke Shah Alam.
Makcik Sunti datang bersama Ikhwan dan anak ketiganya Azilah. Becok mulutnya membebel apabila melihat Elyna. Kami yang mendengar hanya pekakkan telinga. Sejak keluarga kami tahu Elyna mengandung anak luar nikah, beberapa cacian kami terima. Malah ada yang menyalahkan bapa dan emak kerana berani menghantar Elyna belajar ke luar negara menyebabkan Elyna bergaul bebas sehingga mengandung.
"Tengok mulut tu. Entah apa ja di bebelkan." Bisik Eliasya ke telinga ku sambil menghalakan pandangan kepada Makcik Sunti yang sedang membebel dengan emak.
Bapa membawa Elyna masuk ke dalam. Malas agaknya mendengar kata-kata dari Makcik Sunti.
"Bercakap macam suci sangat. Padahal anak-anak dia tu, mengandung juga dulu sebelum kahwin." Cebik Eliasya.
"Biarkan ja. Jangan di layan." Tukas ku. Orang tua ni mulutnya memang dari dulu tak ada insuran. Dan memang dari dulu suka menyampaikan cerita yang tidak betul. Kalau betul pun, pasti ada tokok tambahnya. Bapa dan emak kata, biarkan saja orang berkata apa yang mereka kata. Kita tidak boleh halang. Ambil saja pengajaran dari perkara yang berlaku.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...