Eliya 23

140 3 0
                                    

Aku memakai jeans berwarna biru gelap dipadankan dengan blause berwarna merah dan berbunga-bunga krim. Rambut aku biarkan lepas. Ketika aku menunggu Jacob tiba, sandal di kaki aku renung. Sandal yang Jacob beli ketika aku, Andria, Jacob dan En. Arshad menjelajah seluruh Suria KLCC Shopping Complex. Ah.... aku belum bayar lagilah. Hari ini mesti bayar!

Pertama kali keluar berdua dengan Jacob menambah debaran di dada yang memang tidak pernah surut setiap kali berjumpa face-to-face dengan Jacob. Tidak tahu perasaan ini harus bagaimana. Bercampur baur sehingga aku sukar untuk mentafsirkannya. Keliru? Tidak sama sekali. Tidak percaya? Iya. Rasa tidak percaya sering kali melanda diri mengenangkan betapa mudahnya aku jatuh cinta terhadap Jacob. Hanya sekali pandang itu sudah menyebabkan hatiku terpaut padanya. Sejak melihat wajahnya di hospital ketika Andria kemalangan, wajah itu sering bermain di minda. Makin di usir, makin kuat menjengah memori.

Aku meloloskan diri ke dalam perut kereta Jacob. Serta merta haruman Huge Boss menusuk ke rongga hidung. Jacob memakai T-Shirt polos berwarna merah dan seluar jeans berwarna biru gelap. Gulppp..

"Eh, kita pakai baju lebih kurang sama warna dia." Jacob menegurku.

"Ha'ah. You yang tiru I." Usikku.

"Oh, semalam you kan yang beritahu I, mintak I pakai baju warna merah." Jacob dengan nada yakinnya.

"Yeke?" Debaran di dada mula memainkan irama.

"Yelah. Lupa?" Jacob memandang wajahku.

"Hah? Bila?" Aku memerah otak. Tak pernah pun.

"Tak delah." Tukasku pasti.

"Ada. You tak ingatlah tu." Jacob memasukkan gear sebelum bergerak perlahan keluar dari simpang apartment menuju ke jalan besar.

"Tak delah. Ada ke?"

"Dalam mimpi." Jawapan Jacob mencetuskan ketawa dari mulut kami berdua.

"Jack! You ni!" Rasa geram dengan jawapannya yang mengenakan aku. Aku mengetap bibir.

"Just kidding." Jacob mengusap lenganku sebelum tangannya di alihkan ke stereng kereta. Aku amat senang dengan gesture yang Jacob tunjukkan setiap kali dia mengusap lenganku.

"Nak pergi mana?"

"Pergi tempat ramai orang." Aku tidak sedar apa yang ku jawab bila hatiku berkocak hebat dengan sentuhannya tadi.

"Tempat ramai orang?" Apabila Jacob mengulangi kata-kataku, baru aku perasan akan jawapanku. Tempat ramai orang? Apa yang aku jawab ni?

"Mid Valley." Aku jawab dengan sengihan.

"You cakap tak suka pergi shopping complex." Jacob mengingatkan.

Memanglah. Tapi aku tengah gugup ni. Semuanya spontan. Hati dan fikiranku mula tidak selari. Oh my hati! Please! Stop!

"Are you nervous?" Aku mengeluh.

"Yes." Akuiku.

"Me too."

"What?" Dia jugak?

"I dont know why." Lembut nadanya.

"Me too." Aku mempersetujuinya. Masing-masing berusaha untuk menenangkan diri rasanya.

"So, confirm nak pergi Mid Valley?"

"I ikut you lah. You yang ajak I keluar." Aku memutuskan.

"Mid Valley." Putus Jacob.

Kami menyusuri setiap kedai yang berada di dalam Mid Valley. Cukup sekadar window shopping tanpa banyak berbual. Sudahnya kami mengulangi aktiviti yang kami lakukan ketika di Suria KLCC tempoh hari.

EliyaWhere stories live. Discover now