Eliya 15

176 3 0
                                    


Aku menenangkan perasaan dan jiwa sebelum mengetuk pintu bilik. Tidak sampai beberapa saat mak membuka pintu.

"El." Mak menyapaku. Bapa ku lihat sedang menghisap rokok. Hurrmmm...bapa...bapa...Dengan perut kosong pun masih boleh lagi menghisap rokok.

"Mak, Auntie Agnes ajak solat berjemaah di bilik solat di sana tu. El kejutkan adik dulu. Nanti mak dan bapa pergi dulu ya. Telekung dan sejadah ada juga dalam bilik tu." Dalam slanga Sabah aku bercakap dengan mak.

Aku teringat pada Andria ketika pertama kali dia mendengar aku bercakap dengan keluarga ku. Dia cakap slanga kami bercakap menarik. Dan lagi satu dia ingatkan aku bersikap biadap terhadap ibu bapaku bila aku menbahaskan diri sebagai 'aku'. Hehehe... Sedangkan memang begitu cara kami berkomunikasi. Penggunaan kata 'saya' hanya digunakan didalam urusan rasmi.

"Iyalah. Mak ambil wudhu dulu." Aku berlalu ke bilik sebelah untuk mengejutkan adik-adikku.

"Bangun. Kita pergi solat Subuh."

"Kak, aku rasa demam Elyana dah surut lah." Elisha memberi laluan kepadaku untuk masuk ke dalam bilik. Elina sedang mengurut kepala Elyana. Aku menyentuh dahi Elyana, sudah tidak sepanas dulu. Mak masuk ke dalam bilik di ikuti bapa.

"Badan Yana panas lagi?" Mak meraba dahi Elyana.

"Dah kebah dah ni." Guman mak. Aku mengangguk. Sebagai ketua jururawat di Hospital Semporna, mak tentu tahu keadaan suhu badan seseorang yang dilanda demam atau tidak.

"El temankan Yana. Mak dan bapa pergilah solat dulu. Kau berdua pun pergilah."

Sedang aku khusyuk memicit badan Elyana, pintu bilik di buka. Jacob berjalan masuk dan duduk di birai katil sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya. Dia menghulurkan telekung. Aku pantas mengambil wudhu kerana jam sudah menunjukkan hampir 6.30 pagi. Jacob masih duduk dibirai katil ketika aku keluar dari bilik mandi.

"Solat kat sini je. Arah kiblat menghadap almari buku tu." Jacob memberitau arah kiblat.

"I nak solat." Ucapku memberi petunjuk kepadanya agar dia keluar dari bilik.

"Solatlah." Jacob masih juga duduk di situ. Macam mana aku nak kusyuk solat sekiranya dia berada di sini?

"I..." Aku tak tahu apa yang patut aku ucapkan. Aku cuba menyusun ayat. Macam mana ya nak beritahu dia? Kenapa kalau di hadapannya lidah ku kelu?

"You cannot perform well if I watch you?" Lembut matanya memandangku.

Seolah-olah memahami apa yang bermain difikiranku, Jacob melangkah keluar sambil menutup pintu. Aku tersenyum sendiri. Kadangkala kelakuan Jacob membuatkan aku serba salah dan gelabah tanpa arah. Sungguh aku tidak tahu apa yang bermain di fikirannya.

Aku pantas menunaikan solat Subuh. Usai solat Subuh aku baring di sebelah Elyana sambil menutup mata. Terasa badanku di peluk erat oleh Elyana. Aku mengiring dan membalas pelukkannya.

"Kita dah sihat." Elyana berkata.

"Alhamdulillah." Aku mengucapkan syukur.

"Nanti, kalau kita datang semenanjung lagi, kita pergi Danga Bay ya."

"Ya. Aku janji. Nanti bila Na sudah balik Malaysia, sebelum balik Sabah, aku belikan tiket untuk datang sini. Okay?" Janjiku sambil mengusap-usap kepalanya. Elyana hanya mengangguk. Kasihan dia.

"Kak, turun sarapan. Eh, si busuk dah bangun?" Elisha mengusik Elyana. Elyana mencebik. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka.

"Badan dah tak panas ni." Elisha mendorong Elyana bangun.

EliyaWhere stories live. Discover now