ELIYA 8

242 4 0
                                    


Pagi-pagi lagi keluargaku sudah bangun terutama mak. Jam empat pagi lagi sudah mengejutkanku untuk solat.

"Mak, sini solat subuh 5.45 pagi." Aku memberitahu mak waktu subuh.

"Mak sudah biasa bangun masa-masa begini. Tidak biasa pulak bangun lambat. Lambat betul subuh disini." Aku cuma tersenyum mendengar bebelan mak.

"Mak tidak boleh tidur ni. Mak tengok tv kat luar lah yea." Mak berlalu pergi setelah dia membetulkan selimut Elyana.

Aku mencelikkan mata memandang wajah adik-adikku dalam cahaya kelam. Mak sudah terbiasa kerana waktu di Sabah memang sejam lebih awal dari Semenanjung. Nak tidur semula ke tak ni? Kang kalau tidur balik, sah-sah aku susah nak bangun awal pagi nanti. Bingkas aku bangun dan menuju ke ruang tamu. Tiada kelibat mak kelihatan. Aik, tadi kata nak tengok tv. Ni tak de pulak. Mana mak menghilang ni? Mungkin masuk ke dalam bilik kot.

Air yang mengalir dari shower membasahi tubuhku terasa sejuk. Tidak pernah seawal begitu aku mandi. Sengaja aku tidak mengunakan heater kerana aku lagi suka mandi dari air yang sejuk. Selesai mandi aku keluar ke balkoni untuk menghirup udara segar. Hurmm...Udara pagi-pagi begini memang menyamankan. Terima kasih mak kerana kejutkan awal pagi begini. Kalau tak, memang jarang sekali aku menghirup udara pagi macam ni. Setelah lebih kurang lima minit aku berada di balkoni, aku menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan. Sedang aku membancuh bancuhan cekodok, mak mendekatiku.

"El baik-baik saja hidup kat sini?" Mak bersuara sambil menuangkan minyak ke dalam kuali. Dapat ku kesan nada kerisauan.

"Alhamdulillah baik mak." Aku tersenyum dan menunjukkan wajah ceria.

"Mak risaulah El tinggal sorang-sorang. Dulu Amran ada, tak ada lah mak risau." Aku tersenyum mendengar kata mak.

"Jangan risau ye mak. El baik-baik je." Aku menghulurkan bancuhan cekodok kepada mak.

"Mana mak tak risau. El sorang ja di sini. Bulan depan Lina pula sorang-sorang. Hurm... anak-anak mak ba besaran sudah. Macam baru kemarin saja mak lahirkan kamu semua." Keluh mak sambil menggoreng cekodok. Aku menekan suis untuk menjerang air sebelum aku menyentuh tangan mak. Alahai, mak ni. Pagi-pagi macam ni sentimental lah pulak. Air mata yang ingin mengalir, aku tahan.

"Mak, walaupun kami semua jauh dari mak dan bapa, kami semua tetap sayangkan mak dan bapa. Mak jangan susah hati ya. Didikan mak dan bapa cukup sempurna untuk membuatkan kami menjadi insan yang berguna dan pandai menjaga diri." Aku menenangkan hati mak sebelum kerisauannya berterusan.

"Apa kata El balik Sabah ja? Cari kerja ssiSabah." Mak mengusulkan cadangan. Aduh...macam mana nak menjawab cadangan mak ni.

"Mak..." Elyana memeluk mak sambil menguap. Nasib baik Elyana datang. Aku berasa lega kerana tidak perlu menjawab cadangan mak. Elyana memang rapat dengan mak. Kemana mak pergi, dia mesti akan ikut serta.

"Dah bangun dah anak bongsu mak. Masuk waktu ba sudah kan?" Aku melihat jam dinding dapur yang berbentuk epal. Jarum menunjukkan 5.40 pagi.

"Lagi lima minit mak."

"Mak pergi kejutkan bapa kamu dan adik-adik. Elyana, pergi mandi." Arah mak sambil berlalu ke bilik. Elyana membontoti langkah mak. Masih mamai agaknya.

Aku menyambung kerja menggoreng cekodok. Tidak lama selepas itu, mak pula menyuruh aku mengerjakan solat subuh dan dia mengambil alih menggoreng cekodok. Setelah bersarapan dan memastikan semua pinggan mangkuk dibersihkan dan sampah sarap di buang, kami sekeluarga bersiap pula untuk pergi ke Cameron Highland.


***************************


Cameron Highland merupakan tempat yang paling aku gemari di Semenanjung Malaysia walaupun keadaan cuacanya semakin tidak menentu dan semakin membahang. Entah kenapa, sejak kali pertama Amran membawa aku ke Cameron Highland, aku terus jatuh cinta pada tempat tersebut. Setiap kali keluargaku datang, Cameron Highland menjadi tempat yang wajib kami lawati. Sama seperti Kundasang. Kalau aku balik ke Sabah, kami sekeluarga pasti akan pergi ke Kundasang.

Sepanjang perjalanan, banyak yang kami bualkan terutamanya Elyana yang petah berbicara. Bapa yang memandu kerana dari Tapah ke Cameron Highland nanti, aku yang akan memandu. Hampir setiap tiga bulan sekali aku ke Cameron Highland menjadikan aku sudah arif tentang jalan berliku Cameron Highland. Ada saja benda yang menjadi usikkannya. Elisha menggelarkannya gadis R&R kerana hampir setiap perhentian R&R kami berhenti kerana Elyana ingin mengambil gambar. Ketika ayah memberhentikan kereta di R&R Tapah, adik-adik aku semua mencelikkan mata. Aku mengarahakn mereka ke tandas untuk membuang apa yang patut kerana di sepanjang perjalanan ke Cameron Highland nanti, tidak akan ada tandas. Kami singgah di stesen Petronas untuk mengisi tangki minyak kereta sehingga penuh.

Aku memandu kereta pada kelajuan 80-kilometer sejam. Walaupun aku sudah arif tentang jalan menuju ke Cameron Highland ini, aku tetap berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

"Nak tidur dululah. Kalau sampai sudah di perkampungan orang asli, kejutkan ya. Kita mahu ambil gambar." Elyana tersengih.

"Huh... si gambaran ni." Elisha mencebik mendengar kata-kata Elyana. Kami sekeluarga cuma tergelak. Memang sudah paham kerenah Elyana. Dimana-mana pun boleh ambil gambar. Destinasi yang wajib aku singgah kalau ke Cameron Highland adalah Lata Iskandar. Subhanallah...tempat tersebut memang cantik. Kami singgah di perkampungan orang asli untuk mengambil gambar. Orang asli di kawasan perkampungan ini juga peramah. Mereka melayani setiap kerenah kami terutamanya yang sebaya dengan Elyana. Memang kecoh tempat mereka dengan kerenah Elyana.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan, tiada apa-apa yang membahayakan berlaku. Nasib baik juga pemandu lori setakat ini yang aku temui semuanya berhati perut. Memberikan aku isyarat untuk memtotong jikalau tiada kenderaan dari arah bertentangan.

Sebaik sahaja sampai ke Lata Iskandar, aku mengejutkan keluarga ku. Aku memang tidak pernah ketinggalan untuk singgah di Lata Iskandar ini. Tidak kira turun dari atau naik ke Cameron Highland. Kadang kala setiap kali naik ke Cameron Highland aku teringin juga melalui jalan Simpang Pulai. Namun, disebabkan ingin menikmati keindahan alam ciptaan Allah di Lata Iskandar ini, aku sanggup melalui jalan Tapah walaupun kebanyakkan kawan-kawanku berkata jalan Tapah lebih berbahaya dari jalan Simpang Pulai.

"Kak El, kita nak mandi boleh tak?" Elyana menegurku.

"Jangan nak mengada-ngada Elyana. Nanti basah kereta kakak kamu tu." Mak mencelah.

Aku tersenyum memandang wajah monyok Elyana. Selalunya, apa yang dia minta, mak mesti akan kabulkan. Namun, sekali sekala mak akan melarangnya dari membuat perkara yang mak rasakan tidak sesuai dilakukan. Elyana biasanya hanya akan mencebik namun dia tidak pernah membantah walau sedikit pun kata-kata mak. Elyna dan Elisha sudah bermain air bersama bapa. Mak pula membuntuti kemana Elyana pergi kerana kali terakhir kami pergi ke sini, Elyana memanjat anak tangga menuju ke atas bukit tanpa kami sedari. Aku pula sibuk mengambil gambar mereka. Setelah lebih kurang sejam berada di situ, kami bergerak ke atas.

Sebaik sahaja kami sampai di Ringlet, aku terdengar bapa aku menguman tentang Cameron Highland semakin panas. Sudah tidak sesejuk seperti dahulu. Memang ku akui betul. Selain bapaku, semua orang juga bercakap tentang perkara yang sama. Memang Cameron Highland sudah tidak sesejuk dulu. Walaupun dia berada di kawasan pergunungan, namum tetap tidak lari dari merasa arus pemodenan dan pembangunan.

Kami tidak singgah di mana-mana selepas itu kerana bapa sudah keletihan. Lalu aku terus memandu ke rumah pemginapan kami di Apartment Lily. Apartment Lily merupakan tempat tinggalku sekiranya aku berada di Cameron Highland. Disebabkan itulah, aku dan Kak Mun, pemilik apartment tersebut merupakan kenalan rapat. Ketika aku memarkir kereta, aku ternampak Kak Mun sedang berdiri di tepi keretanya. Sebaik sahaja aku menguruskan pendaftaran kami, kami sekeluarga pantas menuju ke tingkat dua. Nombor rumah adalah sebelas. Balkoni rumah ini menghadap bukit. Terdapat tiga bilik didalam rumah tersebut. Dua daripadanya mengahadp bukit dan yang satu lagi menghadap tangga. Kelengkapan rumah seperti peti ais, dapur memasak dan pinggan mangkuk memang telah tersedia. Kami mengemaskan semua pakaian ke dalam almari. Selepas mengerjakan solat Zohor berjemaah, kami berehat sebentar sebelum menyambung semula mengangkat barang-barang dari kereta. Setelah itu, aku sudah tertidur kepenatan.

EliyaWhere stories live. Discover now