"Apa ni?" En. Arshad meletakkan notis pemberitahuan daripada HR tentang perletakan jawatan Andria.
"Notis." Aku menjawab sepatah. Malas mahu menyesakkan kepala menjawab panjang-panjang.
"Aku tahulah notis. Tapi kenapa?" Nada suara En. Arshad kedengaran tajam.
"Kenapa apa?" Aku saja menjawab soalan dengan soalan. Sepatutnya dia lebih tahu sebab musabab Andria meletakkan jawatan.
"Kau jangan pura-pura tak tahu." Kali ini nada suara En. Arshad meninggi.
"Masuk dalam bilik aku." En. Arshad memberikan arahan sebelum menonong masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang cemberut. Huh! Tak kuasa aku nak melayannya!
"Nak bincang apa?" Aku berdiri dihadapannya.
"Duduk." Kali ini nada suara dia kendur.
"En. Arshad nak bincang apa? Kalau pasal kerja, saya duduk. Kalau pasal Andria, saya mintak maaf. Saya tak boleh komen." Aku malas hendak berbasa basi. Biar dia tahu aku tidak mahu berbiacara tentang hal Andria.
"El, please..." En. Arshad meraup wajahnya.
"No! Kalau En. Arshad nak tahu pasal dia, tanya dia sendiri."
"She didn't pick up my call." Wajah En. Arshad sugul.
"That's what you want, rite?" Aku memerlinya.
"El..."
"Kalau nak jugak cakap tentang dia, saya keluar dulu." Aku terus keluar tanpa sempat En. Arshad berkata apa-apa. Kasihan melihat raut wajahnya tapi bukan Andria yang memutuskan hubungan mereka. Dia yang memutuskan. Dan aku cuma mengotakan janjiku kepada Andria.
"You tahu ke Andria hantar notis berhenti 24 jam?" Micheal meluru kearahku sebaik sahaja aku duduk. Ni lagi sorang!!!
"Apa?" Aku bersuara geram.
"Andria. Dia dah berhenti. 24 hours notice!" Gaya cakap Micheal macamlah aku tak tahu tentang berita tersebut.
"I knew and I don't want to talk about it. Clear?" Aku jegilkan mata memandagnya.
"You know why she suddenly..."
"I don't know!!!" Aku menjawab sebelum Micheal sempat menyudahkan soalannya.
"Its impossible. You are her best friend forever." Micheal mendengus mendengar jawapanku.
"So what? I already told you, I don't want to talk about it." Aku mendengus.
"Eliyaaa..."
"Please... I dah cukup stress hari ini. Jangan you tambahkan lagi. Please!!! Baru jam 10 pagi, I dah stress. Boleh kena heart attack I kalau macam ni." Aku mengeluh.
"Okay. Sorry El." Micheal berlalu meninggalkan aku.
Mood untuk berkerja hilang entah kemana. Sudahnya aku melanguk memandang skrin komputer. Pening rasanya. Deringan telefon mengejutkan aku.
"Eliya, masuk bilik aku." OMG!!! Suara En. Arshad kedengaran.
"Tentang?" Soalku malas.
"Eliya, please..." En. Arshad merayu.
"No!" Kataku muktamad sebelum meletekkan telefon.
Aku capai beg tangan dan berjalan keluar. Ah, ambil emergency leave saja lah! Getus hatiku. Selagi aku berada disini, selagi itulah En. Arshad akan terus mengangguku. Aku memberitahu HR yang aku mengambil emergency leave hari ini.
Aku memandu mengelilingi Seksyen 19 beberapa kali. Tidak tahu mahu kemana. Sudahnya aku memarkir kereta di depan studio Jacob.
"Nak ajak dia keluar ke?" Monolog ku.
"Ah, tak payahlah!" Aku membuat keputusan.
Kerusi aku baringkan sedikit dan pejamkan mata. Terasa kepalaku berdenyut-denyut tapi aku tidak menghiraukannya.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...