Tengahari itu kami tidak berjalan-jalan kemana-mana. Semua masing-masing kepenatan. Cuma berehat di rumah. Elina dan Elisha pergi ke restoran berhampiran untuk membeli makan tengahari. Ku lihat Elyana sudah terlena di atas sofa.
Aku keluar ke beranda. Pemandangan pada petang itu memang sungguh indah. Gunung ganang dan pokok-pokok besar merupakan antara benda ciptaan Tuhan yang paling aku gemari. Memandangnya saja sudah membuatkan aku cukup tenang. Dari atas, aku boleh melihat keretaku yang dipandu oleh Elina memasuki tempat parking.
Aku mengejutkan Elyana, mak dan bapa. Tidak lama selepas itu, Elina dan Elisha sampai. Masing-masing menghadap makanan dengan senyap. Semuanya kepenatan termasuk aku. Berbagai jenis nasi goreng Elina dan Elisha beli. Kami saling merasa makanan sendiri. Memang sudah menjadi kebiasaan kami adik-beradik saling bertukar-tukar makanan. Mungkin kerana kami semua perempuan, jadi kami saling memahami antara satu sama lain walaupun berbeza karakter.
"Kak El, tolong ambil gambar bah. Aku mahu whatsapp si Ferhad." Elisha menghulurkan telefonnya kepada ku. Aku mengambil gambarnya dan menghulurkan kepadanya semula.
Selesai makan, kami solat Zohor berjemaah. Selepas itu, semua membuat aktiviti masing-masing sementara menunggu waktu Asar. Aku dan mak mengaji Al-Quran. Aku rindu untuk mengaji Al-Quran dengan mak kerana itulah rutin kami selepas solat Maghrib sementara menunggu waktu Isyak. Sudah lama jugak aku tidak bersolat secara jemaah. Apabila masuk waktu Asar, kami bersolat jemaah semula.
Waktu malam juga kami tidak kemana-mana. Mak kata hari ini biar kami berehat kerana hari esok pasti kami akan kepenatan disebabkan menjelajah seluruh Cameron Highland ini. Elyana sibuk mengambil gambar langit sepanjang senja itu. Katanya untuk kenangan. Perbuatannya mengingatkan aku kepada dia. Dia yang suka mengambil gambar. Dia yang sentiasa membawa kameranya kemana-mana. Hurm...
Alamak, dalam aku memikirkan dia, aku terlupa untuk memberitahu Andria yang kami dah sampai ke Cameron Highland. Pantas aku mencapai telefon dari handbagku dan menelefon Andria.
"Assalamualaikum Eliya" Kedengaran suara Andria.
"Waalaikumussalam. Andria. Aku minta maaf ye lambat bagi tahu kau. Aku dah sampai kat Cameron ni." Aku cepat-cepat meminta maaf sebelum Andria bersuara semula.
"Tau pun minta maaf. Kau ni kan!" Suara Andria kedengaran geram.
"Sorrylah. Aku betul-betul terlupa tadi. Penat sangatlah."
"Aku faham. Lagipun aku tau kau selamat sebab kau bersama keluarga kau. Kalau kau sensorang tadi, memang aku risau." Nada Andria kembali ke normal.
"Hehehehehe... Sorry tau." Kemudian aku terdengar suara Auntie Agnes kedengaran kurang jelas. Patutlah dia tak marah. Ada mak dia kat situ. Aku tersenyum sendirian.
"My mummy ni ha kirim salam kat korang semua." Owh...itu agaknya yang Auntie Agnes cakapkan.
"Eh, aku ada gosip hangat lah." Suara Andria tiba-tiba perlahan.
"Apa?"
"Jap-jap. Aku keluar jap. Mummy ni menyibuk je." Aku tergelak mendengar kata-kata Andria.
"Ok... Tau tak, mummy suruh Jacob buat apa?" Andria bertanya kepadaku.
"Manalah aku tau." Aku menjawab soalan Andria.
"Agaklaaaa.."
"Mummy awak suruh Jacob kahwin dengan perempuan yang dia bawa hari itu?" Aku mengagak kerana aku tahu sikap Andria. Selagi tidak meneka, selagi itulah dia akan memaksa untuk meneka.
"Memang mummy suruh Jacob kahwin tetapi bukan dengan perempuan tu. Padan muka perempuan tu.!" Nada suara Andria kedengaran puas. Aku pula kehairanan. Laa... kalau bukan dengan perepmuan tu, siapa? Banyak sangat ke teman wanita dia?
"Kau dengar tak ni?" Andria mendengus
"Aaaa??? Apa??? Ulang balik lah. Aku tak dengar dengan jelas."
"Mummy suruh Jacob memikat kau sebab mummy sukakan kau dan family kau." Kali ini Andria bercakap sepatah-patah. Aku tidak terkata apa-apa setelah mendengar kata-kata Andria. Biar betul???
"Sekarang mesti kau speechless kan?" Terdengar tawa Andria dihujung talian.
"Eh, kau jangan memain Andria. Kau kan tahu aku tidak suka memain benda macam ni." Aku bersuara keras menunjukkan aku serius. Andria ni bukan boleh percaya kadang-kadang.
"Betul lah! Aku tak bergurau. Aku dan daddy pun sokong cadangan mummy tu. Kelat je muka Jacob tu bila mummy usulkan cadangan tu." Ayat "kelat je muka Jacob bila mummy usulkan cadangan tu" melekat terus dikepala ku. Kalau kelat, bermakna dia tidak pernah menyimpan perasaan dengan aku.
"Hurmm... Iya ke?"
"Iye. Aku suka lah kalau kau jadi kakak ipar aku. Kita kan dah jadi kawan rapat, so aku memang suka sangat lah." Terdengar suara ceria Andria. Andria memang suka, tapi Jacob?
"So, Jacob cakap apa?" Aku ingin mengetahui apa reaksi Jacob selain "kelat je muka Jacob".
"Tak ada apa-apa. Tapi dia akan tangguhkan pemergian dia ke Baghdad atas desakan mummy. Entah bila baru dia akan pergi ke Baghdad." Jawab Andria tanpa menyedari apa yang aku rasakan sekarang ini.
Aku kerling jam yang tergantung di dinding bilik. Sudah jam satu pagi. Elina, Elisha dan Elyana sudah lena di kiri kanan ku. Tapi mataku masih tidak mahu terpejam apabila otakku ligat memikirkan kata-kata Andria sebentar tadi. Aku tidak tahu apa yang Jacob fikirkan sekarang dan aku tidak mahu tahu kerana aku takut untuk mengetahui kebenaran hatinya.
YOU ARE READING
Eliya
RomanceEliya, wanita berusia 28 tahun itu kesepian sejak kematian suaminya di dalam kemalangan yang tragis. Andria, sahabat baik Eliya sering menemani Eliya. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Eliya sangkakan, hatinya mati bersama arwah suaminya. Namun...