ELIYA 12

185 4 0
                                    

Sebaik sahaja kedai Cactus Point dibuka, aku bergegas masuk ke dalam disebabkan dua perkara. Pertama, rasa sejuk yang ku alami dan kedua, disebabkan rasa tidak kuasa melayan kerenah Jacob. Aku berjalan di lorong-lorong meja yang menempatkan pokok-pokok kaktus yang kecil dan comel serta pokok-pokok bunga yang lain. Comel sungguh pokok-pokok kaktus yang kecil ni namun dalam masa yang sama berbahaya disebabkan oleh duri-duri yang menyelaputi seluruh tubuhnya. Aku membelek-belek pokok bunga yang bergantungan. Segar sungguh. Walaupun aku tidak suka menanam bunga, namun aku cukup mengkagumi keindahannya ketika mekar segar di siang hari.

Ku kerling jam di tangan. Rasanya sudah hampir sepuluh minit Andria pergi ke tandas. Ni buang air besar ke buang air kecil ni? Haish... Pantas tanganku mendail nombor Andria. Caller rington "Yesterday" nyanyian Hilary Duff kedengaran. Tidak lama selepas itu, aku terdengar suara Elyana menjawab telefon.

"Assalamualaikum Kak El."

"Waalaikumussalam. Mana Andria?" Soalku kasar. Aku tahu Andria sengaja meninggalkan aku dan Jacob. Aku tahu juga Andria sengaja meminta Elyana yang menjawab telefon untuk mengelakkan diri daripada terkena amarahku.

"Dia tengah drive. Jap lagi kami sampai ek. Ok. Bye."

Belum sempat aku bersuara Elyana sudah meletakkan telefon. Nak kena budak ni! Bersekongkol pulak dengan Adria. Getusku geram. Apa dorang ingat aku budak-budak lagi ke nak kena main padan-padan dengan Jacob ni?

Ah, lelaki itu. Baru aku teringat akan dirinya. Lantas mataku melilau mencari kelibatnya. Manalah pulak mamat ni? Heee...pagi-pagi ni aku betul-betul dalam keadaan bad mood. Ini semua disebabkan Andria. Budak tu nak kena ni!

Aku berpusing ke belakang dan tiba-tiba aku terlanggar Jacob. Aduh, apalah nasib asyik terlanggar mamat ni. Tapi kali ini, tidak seperti sebelumnya. Selalunya dia akan memarahiku kerana melanggarnya. Namun, kali ini lengannya melingkari pinggangku. Ketika itu, aku terasa seperti dadaku berdegup terlampau kencang sehingga bagaikan terasa ingin pecah. Seketika kau terleka dan sebaik sahaja pelukannya semakin rapat, aku tersedar. Hishh... apa kena dengan aku ni. Aku pantas melepaskan diri dan menjarakkan diri daripadanya. Aku mengumpul kekuatan untuk berbicara dan mengumpul tenaga untuk terus berdiri di hadapannya.

"Sorry" Aku meminta maaf kerana melanggarnya. Tapi bukan sengaja pun kan. Siapa suruh dia berhenti betul-betul di belakang ku.

"Its okay. Bukan salah you. Lagipun best jugak sebab dapat peluk you" Jacob tersengih. Suka lah tu!

"Lamanya Andria gi toilet." Aku cuba berbual. Rasa rimas apabila dipandang sebegitu rupa.

"How old are you?" Jacob tiba-tiba bertanyakan usia ku. Aik, baru tanya ke? Dan tak tahu ke? Ingatkan Andria dah beritahu.

"28 tahun." Aku menjawab sepatah.

"Ah, you lagi tua dari Andria." Jacob mencongak perbezaan usia kami. Eh...eh...suka-suka je cakap orang dah tua.

"Tua 3 tahun." Aku tersenyum.

"Er...mummy...she..." Jacob tergagap-gapap kali ni. Wajah putihnya kemerah-merahan.

"Kenapa dengan mummy you?" Apa lagilah yang Auntie Agnes ni cakap dengan Jacob tentang aku.

"Dia suruh tanya kalau you ada special boyfriend." Laju je ayat tu keluar dari mulut Jacob. Patutlah blushing semacam je. Hehehehe..

"Mummy you yang tanya ke atau you yang tanya?" Aku mengusiknya.

"Assume me." Jacob tersenyum mendengar soalannya di jawab dengan soalan.

"Tak nak assume." Aku mengusiknya lagi. Kali ini Jacob tergelak kecil. Pertama kali aku dengar dia tergelak sejak aku mengenalinya. Aku tersenyum mendengar gelakkanya. Entah lah apa kena dengan diriku ni. Bunyi gelakan Jacob pun aku terdengar merdu.

"You didnt answer my question yet."

"Tak ada." Aku menjawab dengan perlahan dan dengan jujur.

"Why?" Dia juga bersuara perlahan.

"Like I told you before this, I still cintakan arwah suami I. I still tak boleh lupakan dia. So, I think, I tak nak jatuh cinta buat sementara waktu ni sebab hati I tak mampu lagi mencintai orang lain buat masa sekarang. So, unfairlah kan pada orang tu kalau I terima cinta dia sedangkan sebenarnya hati I tak mencintai dia. Macam main-mainkan dia pulak." Aku memberi penjelasan.

"Tak terfikir untuk cuba mencintai orang lain?" Aku memandang wajah Jacob sebaik mendengar soalan tersebut. Tapi dia tidak memandangku. Kenapa dengan dia harini?

"Tak." Aku menjawab sepatah.

"Why?"

"Tak rasa nak bercinta lagi." Aduh, apa Jacob ni tiba-tiba berbicara soal cinta ni? Rimas aku dibuatnya. Kang dia tanya banyak-banyak, bocor rahsia aku.

"Why?"

Erk, berapa kali 'why' dia nak tanya ni? Dari tadi asyik 'why' je.

"Berapa banyak 'why' you nak tanya?" Dia tersenyum mendengar soalanku.

"Jawapan untuk 'why' yang terakhir tu, I tak ada jawapannya sebab I sendiri tak pasti." Aku menjawab soalannya sambil mengambil pokok kaktus yang berada di hadapanku. Berpura-pura membeleknya sedangkan gelora di hatiku ketika ini begitu kencang.

"I tanya why banyak kali sebab I tak puas hati dengan jawapan you." Jacob menjawab tegas.

Aku diam. Tidak mahu berkata-kata lagi. Mesti setiap jawapanku akan menimbulkan persoalan kepadanya. Bukannya dia cintakan aku pun. Kenapa nak tahu semuanya tentang perasaan ku. Aku sengaja berjalan selangkah untuk menjarakkan diri darinya yang ku rasakan semakin dekat. Aku sengaja mencapai bakul yang disediakan di tepi meja yang menempatkan pokok kaktus.

"You dont have to answer every single of my question." Tanpa sedar dia sudah berada di sebelah ku. Tangan kami sibuk membelek kaktus-kaktus kecil di dalam bekas.

Aku mengeluh. Aku ni pun satu. Betul jugak apa yang dia cakap. Tak semestinya aku jawab setiap soalan dia.

"How about you?" Aku cepat-cepat menyoal Jacob sebelum sebarang soalan keluar lagi dari mulutnya.

Dia tergelak besar mendengar soalanku.

"Kenapa gelak? Lucu ke soalan I?" Aku menoleh memandangnya. Apa yang lucunya pada soalan tu pun aku tak tahu.

"What you want to know?"

Aduh. Apa lah mamat ni. Dari tadi asyik bertanyakan soalan. Setiap soalan aku di balas dengan soalan. Dia ni memang tak fasih Bahasa Melayu ke atau aku yang tak reti menyoal sampai dia tak faham soalanku?

Aku memandang ke arah pintu kedai. Saat itu, aku ternampak kelibat Andria. Tiba-tiba perasaan marah menyelinap ke dalam hatiku. Budak ni memang suka menyusahkan. Aku bergegas mendapatkan Andria dan meninggalkan Jacob yang tercengang. Dari jauh ku lihat Andria tersengih macam kerang busuk.

EliyaWhere stories live. Discover now