ELIYA 25

133 1 0
                                    

Usai makan malam, Natrah membawa aku ke bilik arwah Amran. Gambar kacaknya menjengah pandanganku.

"Dia tujuh belas tahun masa ni." Beritahu Natrah.

"He's so handsome." Komenku. Aku sentuh gambar yang melekat di pintu biliknya.

'Arman Mansor'. Aku larikan jari jemariku di seluruh kawasan gambarnya.

"Come." Natrah memusing tombol pintu dan menolaknya sehingga terbuka luas. Pertama kali aku menjengah bilik arwah Amran sejak lima tahun lepas. Keadaannya tidak jauh berbza melainkan cadar dan langsirnya yang sudah bertukar. Susun aturnya masih sama. Katilnya, almarinya, meja komputernya dan semuanya, masih berada dalam kedudukan yang sama. Aku melangkah perlahan masuk ke dalam.

"Kalau El nak tidur sini, boleh." Natrah memegang tanganku.

"Boleh?" Anggukan Natrah menggembirakan aku.

"Nat keluar dulu. El rehat lah. Kalau El perlukan apa-apa, panggil Nat ye. Bilik Nat kat hujung sana." Tunjuk Natrah. Aku Cuma mengangguk.


********************************


Hatiku... Hatimu...

"Selamat Datang. Makan sini atau bawa balik?" Aku maniskan wajah menyapa pelanggan yang datang. Waktu itu larut malam. Hampir pukul dua pagi. Aku berkerja secara sambilan di restoran makanan segera McDonald. Orang yang datang makin berkurangan. Terdapat beberapa orang yang duduk di luar restoran. Manakala dalam restoran hanya ada tujuh orang. Pelajar UiTM barangkali.

"Hi. Saya Amran." Pelanggan tersebut menghulurkan tangannya. Aku pandang En. Hisham, pengurus kami yang kebetulan berada disebelahku. Dia menghampiri.

"Hi, En. Amran. Makan sini atau bawa balik?" Tanpa menghiraukan huluran tangannya, aku ulangi semula soalan ku.

"Hi Eliya." Dia membaca tanda nama didadaku.

"Ye Encik." Aku kerling En. Hisham lagi. Namun dia tersengih.

"Terus terang jelah Am." Giat En. Hisham. Terus terang?

"Saya jatuh cinta dengan awak. Boleh bagi saya peluang untuk membahagiakan awak?" Aku terlopong mendengar pengakuannya. Lidah kelu tidak terkata. Aku harus menjawap apa? Lelaki ini sangat berterus terang dan berani...

Menjadi satu cinta...

"Jadi isteri Am, El. Am tak boleh berpisah dengan El." Aku sangka ianya hanya gurauan. Namun apabila dia menghulurkan cincin platinum bertahtahkan emas...

"Am..." Aku kelu.

"Eliya Wafi, sudikah awak mengahwini saya, Amran Mansor?" Amran sudah berlutut dihadapanku.

"So typical." Spontan ayat itu keluar dari mulutku.

"Apa?" Mata Amran mencerlung memandangku.

"El tak nak lah Am lamar El macam ni. Dah lapuk tahu!" Aku mencapai cincin yang dihulurkannya dan menyarungkannya ke jari manisku. Elok muatnya. Entah bila dia beli.

"El..." Amran memandang cincin platinum yang sudah tersarung dijari manisku. Aku mengangguk bila dia memandangku. Beberapa saat selepas itu, Amran merangkul erat tubuhku. Erat... begitu rapat seolah-olah tidak akan ada halangan antara kami berdua. Air matanya menitis di bahuku. Dan aku, tersenyum kegembiraan. Hari yang paling bahagia dalam hidupku...

Ku rasa... hadirmu... menyempurnakan aku...

Majlis perkahwinan kami di Semporna meriah dengan kehadiran ahli keluargaku. Walaupun hanya kembar Amran dan seorang sahabat mereka yang menghadiri majlis perkahwinan kami, itu sudah cukup memadai bagi Amran. Aku tidak pernah nampak dia seceria ini. Ketika tok kadi mengesahkan aku sudah menjadi miliknya yang sah, senyuman paling manis dibibirnya mekar dan tidak pernah lekang. Genggaman tangannya sentiasa erat dan hangat...

EliyaWhere stories live. Discover now