❦︎ ℬℯ𝒶𝓊𝓉𝓎 𝒶𝓃𝒹 𝓉𝒽ℯ ℬℯ𝒶𝓈𝓉 1 ❦︎

8.9K 347 2
                                    

“TUAN nak yang mana satu? Yang warna hitam ni atau blue black?

Adha memperagakan kedua tuksedo itu di depan Raykal. Lelaki itu hanya memandang tanpa ada minat.

“Kau je lah pilih. Aku malas.”

“Betul eh? Kalau macam tu saya pilih yang hitam. Baru lah ada aura seram-seram gitu bila tuan pakai.”

Besar kecil besar kecil je Raykal memandang pembantunya itu. Raykal kembali melontarkan pandangan ke luar tingkap besar di pejabatnya.

Satu keluhan terbit di bibir. Adha yang sibuk mengemaskan barang itu terus berhenti. Dia meletakkan pakaian tadi di atas sofa lalu berjalan ke arah meja Raykal.

“Tuan okay tak ni?”

“Haih come on la Adha. Kau pun tahu aku tak nak pergi majlis ni.”

Adha tersenyum nipis. Memang dia tahu pun majikan dia ini memang anti dengan majlis korporat.

“Tak apa lah, tuan. Sekali sekala.”

“Pft I know. Aku datang pun sebab atuk aku ugut. Kononnya dia nak tengok aku datang majlis tu sebelum dia pergi. Drama Queen sangat lah.” bebel Raykal. Mengingatkan tentang perbualan dia dan atuknya semalam, rasa nak tergelak pun ada.

Bukan main lagi orang tua tu bagi drama bajet air mata 20 sen. Nak tak nak, Raykal setujukan juga lah.

“Hahaha tak apa lah tuan. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak pergi siapkan barang tuan.”

“Eh nanti kejap Adha. Kau ada tak tentatif majlis malam ni?”

Adha terus mengambil ipadnya yang berada di sofa lalu kembali mendekati meja Raykal.

Raykal hanya melihat gerak-geri Adha yang menggesel-gesel jarinya di skrin ipad. Seketika kemudian ipad disuakan kepada Raykal.

“Nah. Ini tentatif majlis malam ni. Daripada pukul 8.30 sampai 12.”

Raykal menilik jadual itu dari atas hingga bawah. Dapat dia hela nafas lega apabila tiada pertunjukan yang berbahaya bakal diadakan malam ini.

“Okay ambik balik ni. Thanks you may go now.”

Baik tuan.”

Sejurus selepas itu, Adha keluar bersama dua pasang sut kemeja yang dipegangnya tadi. Kini tinggal Raykal seorang diri di bilik itu.

Kepalanya didongakkan lalu disandarkan di kepala kerusi. Kerusi roda itu juga dipusing perlahan-lahan.

Tangan kanannya naik memegang parut di mata dan bibir. Parut? Ini semua kerana insiden 20 tahun lepas.

Ketika itu dia menghadiri majlis ulang tahun syarikat seperti sekarang. Atuk, ibu dan ayahnya turut berada di situ.

Matanya dipejam rapat. Tidak, dia tidak mahu mengingati kejadian itu lagi. Dia cuma berharap trauma dia akan hilang.

Tapi bagaimana?

Ting!

Satu mesej masuk menarik perhatian Raykal. Segera dia mengeluarkan telefon dari dalam poket.

Jelas kelihatan mesej itu daripada kumpulan dia. Hanya Adha dan datuknya sahaja mengetahui tentang diri dia yang sebenar.

Phantom Troupe

Bos, ada yang kata kumpulan sana nak buat serangan malam ni.

Raykal membaca mesej itu dengan dahi berkerut. Serangan lagi? Mereka masih tak kenyang ke setelah kena belasah habis-habisan?

Laju tangannya menekan pad kekunci untuk membalas.

Phantom Troupe

Jangan bagi diaorang dekat sikit pun dengan hotel tu malam ni. Ingat, kita dekat tempat orang. Kalau tak aku tak kisah pun nak serang balik.


Ye lah. Atuk sendiri buat majlis di hotel La Paradise milik Adrian Mateen. Ni kalau tak kena bunuh dengan musuh, mahu kena bunuh dengan Adrian sebab rosakkan hotel dia.

Phantom Troupe

Baik bos. Tapi ada juga yang kata mereka cuma mahu datang sebab nak tengok, tapi tak akan buat apa-apa serangan.

Raykal menggigit bibirnya sedikit. Macam tu pula eh? Nak datang sebab nak ucapkan tahniah kepada musuh ke apa ni.

Phantom Troupe

Whatever. Kalau dia datang nak tengok je, biarkan. Tapi kalau dia ada niat lain, semua just get ready.

Usai memberi arahan, Raykal menyimpan semula telefon ke dalam poket.


Malam ini pasti menjadi malam yang memenatkan untuk dia.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now