❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 61❦︎

1.2K 112 9
                                    

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAYKAL menendang pintu utama rumah tersebut. Dapat dia lihat hasil kerja anak-anak buahnya yang menyebabkan lantai dibanjiri dengan darah.

“Jayden!!" serunya lantang. Bergema suara garaunya di ruangan itu.

Isyarat mata diberi kepada Adha di sebelah. Lelaki itu mengangguk faham.

“Divide into group of 4! Jangan berpecah faham?!"

Masing-masing mengangguk faham dengan arahan ketuanya. Mereka mula berpecah. Adha setia berada dengan Raykal.

Mereka mula mengambil langkah ke ruang tamu. Senjata di tangan dipegang kemas. Sampai di pintu ruang tamu, Raykal menunggu di tepi.

Adha menendang pintu tersebut lalu Raykal meluru masuk terlebih dahulu. Senjata diacukan secara rawak pada mulanya namun dia terhenti pada susuk tubuh seseorang.

Gerangan itu turut mengacukan senjata ke arahnya. Atmosfera bilik itu berubah sepi namun dinginnya begitu tajam.

“Raykal"

André"

Masing-masing tidak terkejut kerana mereka tahu dengan kehadiran satu sama lain.

“I came here for Sophia and Jayden. Let's not have a fight." André turunkan senjata dia terlebih dahulu, diikuti dengan anak buah yang lain.

Raykal yang memahami turut mengalihkan senjata dia daripada mengacu ke arah André.

Tap! Tap! Tap!

Namun bunyi tepukan tangan yang datang secara tiba-tiba membuatkan masing-masing kembali memegang senjata. Mereka semua mengacukan ke satu arah sahaja.

“Wow! What a surprise! Semua orang dah tunggu aku ke?" Jayden berjalan melintasi mereka tanpa ada seorang pengawal atau senjata sekalipun.

Dia berjalan seolah-olah di kiri dan kanannya tiada puluhan orang yang memegang senjata ke arahnya.

Raykal mengetap rahangnya “Mana Rose?!"

Jayden membuat muka. “Raykal, show some manners. Kau tak nak greet tuan rumah dulu ke?" dengan tak bersalah, dia menolak mayat anak buah nya yang berada di kerusi lalu dia duduk di kerusi tersebut.

“Stop this nonsense Jayden. Where is she?" André pula mula bersuara.

Makin seronok Jayden melihat mereka berdua. “Ah to be Sophia Rose...macam mana lah rasanya ada dua lelaki nak kan dia separuh mati?"

Raykal menggeleng. Dia tidak peduli. Kunci keselamatan dibuka lalu senjata diacukan tepat ke arah kepala Jayden.

“Sekali lagi kau bazirkan masa, pecah kepala kau Jayden."

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now