𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
CEPAT-CEPAT dia menyarungkan kasut sneakers dia. Sudah lah dia terlambat bangun, dan terpaksa menyebabkan orang menunggu pula.
Menunggu? Ya, menunggu. Sejak dia mula masuk kerja semula 3 hari lepas, Raykal mengarahkan Adha untuk menghantar Sophia ke tempat kerja dan sewaktu balik.
Puas lah gadis itu tegah, malah Raykal makin menegaskan. Katanya kalau Adha tidak boleh ambil dia pergi kerja, Raykal sendiri akan culik gadis itu.
Redha sajalah dengan Raykal ini.
Sophia mengunci pintu rumahnya setelah keluar. Dia tersengih bersalah pada Adha namun lelaki itu hanya tersenyum faham.
Baru berapa langkah sahaja dia ambil daripada pintu rumah dia, kaki dia terlanggar sesuatu. Terus Sophia terkaku.
“Eh?" siapa pula yang letakkan bunga di depan rumah dia ini. Badannya ditunduk sedikit, mengambil sejambak bunga itu. Ada sekeping kad di situ.
“Ah nanti lah." lebih baik dia masuk ke dalam kereta terlebih dahulu. Terus Sophia berlari kecil ke arah kereta. Adha membukakan pintu untuknya.
Usai sudah masuk, Sophia tunduk semula memandang bunga itu sementara Adha baru hendak mula memandu.
Berkerut-kerut dahi gadis itu mengambil kad tersebut. Bunga diletakkan di tepi. Entah siapa yang beri.
I instantly thought of you when I smell the scent of roses.
May you have a great day, Bunga.T
ulisan itu. Sophia tahu, ini pasti lelaki bermata biru itu. Tulisannya sama seperti tulisan sewaktu lelaki itu menjemput dia ke parti malam itu.
‘Macam mana dia tahu mana aku tinggal?’ peliknya, lelaki itu sentiasa tahu di mana dia berada. Macam Raykal juga lah. Tahu-tahu sahaja ada depan muka.
‘Lagi satu, macam mana dia hantar ni? Dia ada dekat Malaysia ke?' fikir Sophia.
Setahunya, berkemungkinan besar lelaki itu tinggal di Perancis jauh sana. Jangan kata bunga ros ini istimewa daripada Perancis.
Sophia mengambil semula sejambak bunga itu. Dibawanya dekat ke wajah lalu dihidu. Terpejam mata dia saat haruman bunga ros itu menusuki rongga hidung dia.
Wangi!
Tanpa sedar, bibir Sophia mengukir senyuman. Walaupun hakikatnya boleh dianggap menyeramkan bila lelaki itu tahu segalanya tentang dia, namun dia tidak rasa takut pun.
Kalau betul lelaki misteri itu ada niat jahat, nun jauh di Perancis lagi dia dah apa apakan Sophia. Namun sikit pun dia tidak mengasari melainkan hanya sentuhan lembut dia pada malam parti itu.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...