𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼
"ARE you okay?" soalnya. Tangan masih lagi setia merangkul pinggang Sophia. Gadis itu yang masih lagi dalam fasa terkejut perlahan-lahan mengangguk. Jantung dia usah cakap. Berdeguplaju sahaja.
Terus dia menarik tubuh Sophia agar berada dalam posisi berdiri. Mujur tiada yang nampak babak tak berbayar tadi. Baru sahaja Sophia ingin bertenang, dapat dia rasakan tangan lelaki yang berada di pinggangnya itu menarik dia merapat.
"Eh-" tak sempat Sophia mahu kata apa-apa, lelaki itu sudah menarik dia ke tengah ruang tarian. Membahang wajahnya apabila banyak mata yang tertumpu ke arah mereka berdua. Walaupun dia memakai topeng, tapi malunya masih ada!
Peliknya, sewaktu mereka berjalan ke tengah ruang tarian tiada siapa pula yang memarahi tindakan selamba mereka. Malah, siap beri laluan lagi.
"I thought you would never come." lelaki itu memecahkan kesunyian antara mereka. Tangan kanan Sophia diambil lalu tangan kiri gadis itu dipegang oleh tangan kanannya. Sebelah lagi tangan masih setia memegang pinggang rampingg Sophia.
"So, you're the one who invited me here?" lain pula balasan Sophia.
"Hm." tak pelik lah kalau lelaki ini yang jemput dia. Dua kali lima je dengan pekerja dia. Muka beku sahaja.
"But why?"
"Shh." lelaki itu meletakkan jari telunjuknya di bibir Sophia agar gadis itu diam. Dia mula menggerakkan tubuh mereka seiringan dengan alunan musik. Kaki memainkan peranan dalam bergerak ke sana ke sini.
Seolah-olah mereka sudah mempunyai chemistry antara satu sama lain. Pergerakan tubuh mereka tampak sangat profesional. Dalam diam Sophia kagum. Dia pun memilih untuk diam dan menghayati saat ini sahaja.
Apabila rentak yang lain masuk, badan Sophia dipusingkan sekali. Langkah biasa yang dilakukan oleh orang yang menari di ruangan itu. Apabila habis satu pusingan, tubuh gadis itu ditarik rapat semula dengannya. Makin erat dia memegang pinggang Sophia.
Tunak mata mereka memandang satu sama lain. Terasa seperti mereka berdua sahaja yang berada di ruangan tarian ini. Seolah-olah semua orang di dewan ini hanya memerhatikan mereka berdua sahaja.
Deru nafas lelaki itu dapat Sophia rasa menampar kulitnya. Memang tidak ada tanda-tanda pun yang mereka mahu alihkan pandangan daripada satu sama lain. Agak lama mereka hanya merenung antara satu sama lain sambil badan masih lagi bergerak mengikut tarian.
Rentak terakhir masuk. Pinggang Sophia dipegang dengan kedua tangan lalu serentak dengan pasangan lain, dia mengangkat tubuh gadis itu ke udara sebentar. Sophia tergelak kecil, menampakkan lesung pipitnya. Reaksi spontan dia kerana terasa geli hati apabila dibuat sedemikian.
Apabila badan gadis itu diturunkan semula, lelaki itu menyandarkan dahi dia dan Sophia. Redup matanya memandang gadis itu sehingga saat-saat akhir msuik yang dimainkan.
Orang ramai menepuk tangan apabila habisnya tarian tersebut. Baru Sophia tersedar daripada lamunan dan mengalihkan pandangannya.
"Ehem." deheman kecil itu untuk menghilangkan rasa segannya.
"Thank you for the dance, Sophia Rose. But I'm afraid I don't have much time left for tonight's fun." setelah sekian waktunya, lelaki itu bersuara. Namun apa yang keluar dari mulutnya bukanlah apa yang Sophia mahu dengar.
"W-wait what?" terpinga-pinga dia memandang lelaki itu seolah-olah meminta jawapan.
Lelaki itu tersenyum segaris sebelum wajahnya kembali dikosongkan. Sebelah tangannya menarik lembut kepala Sophia, mendekati dia. Tanpa sesiapa menyangkakan, lelaki itu menghadiahkan sebuah ciuman di pipi gadis itu.
Membulat mata Sophia dengan tindakan lelaki itu. Dia cuba menolak dada lelaki itu namun lelaki itu lebih pantas menahan tangan Sophia. Dia masih lagi mencium pipi gadis itu. Bukan lah ciuman ghairah atau apa. Namun terasa lebih kepada ciuman melepaskan rindu. Entah mengapa.
Sophia terpempam. Badannya terkaku. Perlahan-lahan lelaki itu menarik semula wajahnya setelah mencium pipi mulus gadis itu.
"Till we meet again, bunga."
dan buat kesekian kalinya, Sophia terkejut. Bunga? Apa maksud lelaki itu? Lagi satu, dia boleh berbicara bahasa Melayu ke?
Entah sejak bila, gerangan lelaki tadi hiang di khalayak orang ramai di ruangan itu. Meliar-liar kepala Sophia cuba mencari semula lelaki itu.
Hampa apabila tidak nampak kelibatnya, Sophia menggigit bibir bawahnya. Perkataan bunga tadi berlegar-legar dalam kepalanya, cuba mentafsir maksud lelaki itu. Rasa macam pernah sahaja dengar panggilan itu.
Atau adakah sekadar kebetulan kerana nama dia ada Rose yang barangali lelaki itu fikir bunga ros.
"At least tell me your name.." keluhnya perlahan. Oleh kerana lelaki itu mahu diam sewaktu tarian, dia berkira-kira mahu tanya selepas itu. Alih-alih terus hilang pula.
Dia pun tidak faham apa jadi malam ini. Malam ini bagaikan malam yang bertandakan tanda soal buatnya namun pada masa yang sama, tanda soal itu tidak terasa kosong tanpa jawapan. Malah, malam ini terasa penuh buatnya. Walaupun dalam jangka masa yang singkat.
Sangat singkat.
MATANYA mengerling gerangan yang berada di kerusi belakang. Dapat dia lihat lelaki itu menongkat dagu sambil tangan disandarkan ke tingkap kereta.
“Are you sure you don't want him to know?" soalnya.
Lelaki yang berada di belakang tadi memandangnya tajam. Satu decitan halus terbit di bibir.
“Sooner or later he will find out. Just...not yet. Not now.” lelaki bermuka ketat tadi hanya mengangguk. Dia fokus sahaja terhadap pemanduannya. Namun terasa gatal ingin bertanya lagi.
“But what would happen when he found out about her?" soalnya lagi.
Lelaki bermata biru itu mengeluh perlahan. Topeng masquerade itu ditanggalkan lalu dicampak ke tempat duduk tepi.
Pandangan dilontarkan ke luar tingkap, memandang langit malam yang gelap.
“Then I shall protect her the way I've always wanted to.”
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)
Romance"𝑻𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒗𝒊𝒐𝒍𝒆𝒕 𝒆𝒚𝒆𝒔...𝑮𝒐𝒓𝒈𝒆𝒐𝒖𝒔." ❤︎❤︎❤︎ SOPHIA ROSE Gadis kacukan yang dilahirkan dengan sepasang mata violet. Seorang yang pendiam namun dalam diam, dia meru...