❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 26❦︎

1.7K 127 0
                                    

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              SOPHIA mengelap peluh di dahi. Reaksi normal tubuh dia setiap kali dia diserang sakit kepala. Dia duduk sebentar di bangku yang berada di dalam cafe itu.

“Sophia? Sakit kepala lagi ke?" soal Maya. Sophia hanya balas dengan anggukan. Tak berdaya nak jawab.

“Makan ubat lepastu kalau nak rehat, rehat lah. Shift Sophia pun dah nak habis.”

“Hm.” Sophia hanya mengumam. Terus Maya melangkah masuk ke bilik pekerja untuk menukar pakaian. Giliran dia pula mengganti shift Sophia.

Perlahan-lahan gadis itu bangun dari duduknya sebaik sahaja nampak kenderaan Raykal yang dipandu oleh Adha. Maklumlah lelaki itu dah jadi driver grab dia sekarang ni.

Tergesa-gesa Adha keluar dari kereta lalu mendekati Sophia. “Sorry sangat lambat tadi Sophia. Saya tiba-tiba sakit perut.” Adha menayangkan riak bersalah sangat.

Sophia hanya tersenyum lemah. “Tak apa, saya okay je.” dengan berhati-hati langkah dibawa ke arah kereta. Takut sahaja kalau dia tiba-tiba tumbang kerana sakit kepala.

“Sophia awak okay tak ni?” risau Adha tengok gaya gadis itu jalan terhuyung-hayang.

“Tak saya okay je cuma pening sikit." Sophia gelak kecil, bagi memberi imej yang dia sihat sahaja.

Terus badan diboloskan ke dalam kereta tanpa menghiraukan pandangan Adha.

Sepanjang perjalanan, Sophia hanya banyak mendiamkan diri dan memejam mata. Walaupun jarak rumah dan cafe tersebut tidaklah jauh mana, namun tetap terasa jauh sangat.

Sesampai sahaja di rumahnya, Sophia mengucapkan terima kasih lalu cepat-cepat keluar dari kereta. Tengok cara pandang Adha pun dia sudah tahu lelaki itu pasti mahu bertanyakan soalan.

“Huh..” keluhan berat dihela sebaik sahaja jumpa sofa rumahnya. Beg di tangan terus dicampak sahaja di atas sofa dan topeng muka dibuka lalu dia pergi menuju ke dapur.

“Hai lah ubat..hai lah ubat.” sempat gadis itu bersenandung sendirian sambil mengambil air kosong.

Kabinet atas dibuka. Sebuah bekas berisi ubat dan tandatangan doktor diambil. Satu biji pil dikeluarkan. Terus dia meletakkan pil tadi ke dalam mulut lalu air diteguk sekali dengan pil tersebut.

Berkerut jugalah wajah dia menelan benda itu. Sudah lama dia tidak makan ubat. Bila kena makan, macam itu lah jadinya.

“Suka hati kau je nak sakit kepala kan?" Sophia memarahi tubuh sendiri. Namun sakit kepalanya selalu datang tanpa diduga juga.

Kadangkala rasa sakitnya memang sakit sangat sehinggakan menangis-nangis gadis itu dibuatnya. Hendak meminta tolong, dia tinggal sendirian pula. Akhirnya Sophia hanya hadap sajalah rasa sakit itu setiap kali ianya datang.

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now