❦︎𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝔂 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓑𝓮𝓪𝓼𝓽 12❦︎

2.5K 175 5
                                    

        𝓣𝓱𝓮 𝓸𝓷𝓮 𝔀𝓲𝓽𝓱 𝓿𝓲𝓸𝓵𝓮𝓽 𝓮𝔂𝓮𝓼 𝓪𝓻𝓮 𝓰𝓸𝓻𝓰𝓮𝓸𝓾𝓼

               DENGAN langkah malasnya, Sophia berjalan ke arah pintu bilik hotelnya. Penat juga satu badan dia setelah menghadiri majlis tadi. Bukan setakat hadir, malahan membuat persembahan.

Ding dong!

"One minute!"

Kedengaran lagi bunyi loceng dibunyikan. Perlulah dia speaking ala ala mat salleh. Nanti kalau dia kata 'kejap' sah sah lah manusia di bumi Perancis ini tidak faham.

Cepat-cepat Sophia membuka pintu sebaik sahaja dia sampai di situ. Dahinya berkerut apabila tiada orang yang berada di depan pintu.

"Aik? Hello?" matanya meliar di segenap koridor aras itu namun tiada siapa.

"Ah sudah." hotel di sini pun mahu berhantu ke? Sophia keluar sedikit daripada biliknya, namun dia tersentak apabila kakinya terlanggar sesuatu.

Lantas dia menunduk. Jelas kelihatan sebuah kotak putih besar bersama sepucuk surat di atasnya. Terus gadis itu menunduk dan mengambil kotak itu.

"Sophia Rose.." dia membaca apa yang tertera di muka depan surat itu. Faham lah dia memang itu untuk dia.

Sophia mengintai segenap ruang itu lagi. Memang kosong. Barangkali dia cuma mahu hantar. Sophia hanya angkat bahu lalu masuk kembali ke dalam bilik hotelnya bersama kotak itu.

"Entah siapa lah yang bagi ni.." omelnya perlahan sambil berjalan ke arah katilnya.

Jarak pintu dan katil tidak jauh. Bilik hotelnya tidaklah sebesar mana. Kita okay lah untuk dia seorang sahaja. Linda pula duduk di bilik lain.

Surat itu diambil terlebih dahulu lalu dibuka. Terangkat kening Sophia melihat tulisan yang begitu cantik sekali.

You danced so beautifully, Sophia. Mind to have a dance with me, tomorrow night? If you mind, do know that my driver will pick you you up on 9 p.m tomorrow.

A.C.P

"A.C.P.? Siapa pulak ni?" berkerut dahinya sambil membelek-belek surat itu. Entahkan siapa lah pula yang menjemput dia.

Mata Sophia melirik ke arah kotak tadi pula. Surat tadi diletakkan ke sebelah lalu kotak itu pula dibawa ke pangkuannya. Perlahan-lahan riben yang mengikat kotak itu dileraikan. Sudah serupa kotak hadiah pula. Penutupnya diangkat. 

Membulat mata Sophia melihat isi di dalam. Mulutnya ternganga gara-gara terpegun. 

"Ya Allah cantiknya dress ni!" suaranya separa menjerit. Bukan apa, cantik betul gaun yang terletak elok di dalam kotak itu bersama sebuah topeng. Terus Sophia mengeluarkan gaun tersebut. 

Kalau awalnya nampak warna hitam sahaja, namun bila diangkat sudah boleh nampak keseluruhan warna gaun itu. Atasnya hitam dan bawahnya pula warna unggu. Sepadan dengan topeng tadi. Corak campuran warna hitam dan unggu. 

"Lawa topeng ni.." sekali tengok dia dah dapat cam yang dia dijemput ke masquerade party. Tengok balik gaun dia tidak lah nampak macam kostum apa sangat pun. Tapi selagi ada topeng, ada lah gayanya. 

Warna unggu itu pun seakan-akan sama dengan warna matanya, membuatkan Sophia tertanya-tanya. Dia kenal ke lelaki yang jemput dia ini? Kalau ikutkan hati dia, mahu saja dia pergi namun dia tak kenal siapa lelaki itu. 

𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐀𝐒𝐓 (COMPLETE)Where stories live. Discover now